Jumaat, 6 April 2012

Tahanan kes rompak lolos dari lokap mahkamah



Anggota polis memeriksa kenderaan untuk mencari orang kena tuduh (OKT) (gambar kecil) yang terlepas semasa dalam tahanan di Mahkamah Jalan Duta, di Kuala Lumpur, semalam. -


KUALA LUMPUR 6 April - Seorang tahanan yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjatakan pisau meloloskan diri dari lokap tahanan sementara Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Mohd. Rezuan Abdul Rahman, 32, dipercayai melarikan diri kira-kira pukul 8.20 pagi ketika anggota polis meminta kesemua tahanan yang baru tiba dari Penjara Sungai Buloh itu menyimpan barangan mereka di laci tahanan bawah tanah sebelum dibawa naik ke mahkamah untuk perbicaraan.
Sumber memberitahu, kejadian itu hanya disedari kira-kira empat minit kemudian ketika anggota polis mengira jumlah tahanan itu semula.utusanmalaysia.

1 ulasan:

  1. Doa Dari Hadis Sohih: Pelindung Setiap Kali Keluar Rumah.

    رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

    DALAM sebutan rumi : BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

    Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Hitam Syeikh Syuaib ; Hasan)

    BalasPadam