Jumaat, 30 November 2012

Tahniah ...Filipina dan Thailand mara ke suku akhir piala AFF 2012 ...

PH Azkals make Suzuki Cup semi-finals

 
Manila Philippines - The Philippines makes the Suzuki Cup semi-finals.
Phil Younghusband saved the day for the Azkals with an early second half goal, lifting the Philippines to a 1-0 victory over Myanmar in their do-or-die match Friday, November 30.
Because of the win, the Azkals booked their second semi-finals slot in a row at the prestigious tournament.

Philippines National Team
 
The game's first goal came in the 47th minute, when Jason de Jong chipped a ball to Younghusband, who blasted the ball with his left foot and onto the bottom right of the net despite being marked by two defenders.
Substitute Angel Guirado sealed the the victory for the team on the 93rd minute, off a long pass from defender Carli de Murga. Guirado, alone on top, took advantage of the ball and outran his defender, shooting the ball past Myanmar keeper Thiha Si Tu.
The Philippines and Thailand advance to the next stage from Group A.
This is the first time the Philippines has ever defeated Myanmar.
Close game
The first half saw a Philippine team performing under par, far from their dynamic intensity against Vietnam, which they won 1-0.
Younghusband had several attempts from long range, but all went straight to the hands of the Myanmar keeper.
Myanmar was impressive when the game opened, with several dangerous crosses throughout the first 45 minutes but all were denied either by the Azkals defense or goalkeeper Ed Sacapano.
But the Azkals came out hungry in the beginning of the second half, and was boosted by the early goal of Younghusband. Myanmar stayed aggressive throughout the match with consecutive attempts, but they were all foiled by the Azkals backline.
Despite Myanmar's relentless attack however, they just could not find the back of the net.
Final tally
Much of the Philippine team stayed intact for the Myanmar game, except for a few changes from previous games.
Midfielder Jerry Lucena, who started in both of the Azkals' first two games, returned to his Danish football club. Additionally, important defender Ray Jonsson was replaced by Carli de Murga in the starting lineup, as the former nursed an injury.

Thailand National Team


Because of the victory, the Philippines ended the group stage with 6 points, second only to Thailand which won all their games and had 9 points. Both Vietnam and Myanmar ended with 1 point each after losing two games, and drawing each other. - Rappler.com
 
p/s : Harap-harap Malaysia pun berjaya ke suku akhir seperti mana Filipina dan Thailand

Khamis, 29 November 2012

'Universiti ketawa' akan dibina di India


        
AFP
BEBERAPA orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida,
pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria.



NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP

sumber:kosmo

Gambar otak Einstein didedahkan muzium A



AFP
GAMBAR yang disiarkan pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Maryland menunjukkan otak Einstein.


WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.
Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.
Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.
Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.
Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.
Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.
Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.
Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. - Agensi

sumber: kosmo

Piala AFF: Rajagobal semakin optimis


Logo Piala AFF
.
SETELAH meraih kemenangan ke atas Laos kelmarin, jurulatih skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal semakin optimis untuk mencipta kemenangan kedua pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Indonesia, esok.

"Saya lihat mereka bertambah yakin dan saya akan meneruskan corak permainan tempoh hari tapi akan ditingkatkan lagi," katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawanan Piala AFF Suzuki 2012 di Hotel The Golden Horses, Seri Kembangan hari ini.

Meskipun yakin, Rajagobal tetap menganggap perlawanan menentang Garuda esok sangat penting untuk layak ke peringkat seterusnya.

"Kita hormat pasukan Indonesia dan harus berjaga-jaga dengan mereka dan saya harap esok pemain akan bermain dengan lebih baik," katanya.

Mengenai pertukaran kesebelasan pemain utama esok, pengendali skuad kebangsaan itu menganggap ini adalah perkara normal dalam dunia bola sepak dan turut menyatakan mungkin ada sedikit pertukaran pemain.

"Pertukaran penting untuk mendapatkan keserasian antara pemain dan ini adalah perkara biasa, kita akan lihat nanti," katanya lagi.
Rajagobal mengakui beliau begitu teruja dengan persaingan kali ini, lebih-lebih lagi berlangsung di tempat sendiri.

"Saya memang teruja dan sentiasa positif dengan semua perlawanan walaupun perlawanan pertama kita tewas tapi saya sentiasa positif," jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan ke atas Laos kelmarin, beliau sangat terkejut dengan bilangan jaringan yang dihasilkan oleh pasukannya dan berharap perlawanan menentang Indonesia esok akan menyaksikan keputusan lebih bagus.

Sementara itu, Singapura akan menentang Laos di Stadium Shah Alam, esok.


Jadual perlawanan Piala AFF Suzuki 2012

Jumaat 30 November

Kumpulan A
Filipina mln Myanmar
Stadium Supachalsai, Bangkok
8.20 malam

Thailand mln Vietnam
Stadium Rajamangala, Bangkok
8.20 malam

Sabtu 1 Disember

Kumpulan B
Singapura mln Laos
Stadium Shah Alam
8.45 malam

Malaysia mln Indonesia
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 malam
sumber :sinarharian.

Amah mati terjatuh akibat majikan kejam...aduh kesian


PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.
Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh.
Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh.
Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun.
Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin.
Nota itu berbunyi: “Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni.”
Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.


“Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi.
“Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi,” dakwanya ketika ditemui.
Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya.
“Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh,” dakwanya lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.


p/s :kosmo online.

Rabu, 21 November 2012

Guru besar mengaku tidak bersalah makan rasuah RM32,400

ALOR SETAR – Seorang guru besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima tuduhan menerima suapan bernilai RM32,400 membabitkan bekalan pakaian seragam kokurikulum sekolah empat tahun lalu.
ZAKARIA (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam selepas didakwa menerima suapan berjumlah RM32,400 empat tahun lalu.






























Zakaria Md. Lazim, 54, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar (SKTB), Kuala Nerang dekat sini mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Rosli Osman.
Bagi tuduhan pertama, Zakaria didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memilih ZNR Kuala Nerang Enterprise (ZNR) sebagai pembekal set pakaian Puteri Islam bernilai RM3,300 yang mempunyai kepentingan kerana pemilik syarikat adalah adiknya, Ros Adimas.
Bagi tuduhan kedua hingga keempat, Zakaria dituduh atas kesalahan serupa dengan memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian Persatuan Bulan Sabit Merah bernilai RM6,300, set pakaian Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bernilai RM8,200 dan set pakaian pengakap RM8,700.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di SKTB pada November 2008 tanpa dinyatakan waktu.kosmo.

p/s: memalukan institut pendidikan negara, jika benar beliau memakan rasuah. Semoga beliau bertaubat.

Dukun ditahan rogol tiga wanita


sekadar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga sebuah tokong Cina di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya yang mengaku dirinya dukun tergamak merogol tiga wanita yang membantu menjaga rumah ibadat tersebut dalam tiga kejadian berasingan.
Lebih teruk lagi, dukun berusia 50 tahun itu mengugut akan berdoa supaya kesemua mangsa ditimpa musibah jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain.
Kesemua mangsa berusia awal 20-an dan mereka dipercayai dirogol dalam tiga kejadian iaitu pada April, September dan minggu lepas.
Kejadian berlaku di rumah suspek yang masih bujang di Kepong dekat sini.
Tindakan keji dukun terbabit bagaimanapun terbongkar apabila seorang daripada mangsa membuat laporan pada 19 November lalu di Balai Polis Sentul.
Laporan itu mendorong pihak polis menahan suspek di hadapan tokong tersebut pada hari yang sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) berkata, dukun tersebut dikatakan mendakwa mangsa telah ditimpa musibah dan seterusnya perlu dirawat.
Menurut beliau, mangsa kemudian mengikut suspek ke rumahnya untuk dirawat dengan ubat-ubatan tradisional Cina termasuk diberi minuman bercampur dadah jenis syabu sehingga khayal sebelum dirogol.kosmo.

3 ditahan culik bayi tiga minggu

sekadar hiasan

SHAH ALAM – Tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia tiga minggu daripada menjadi mangsa culik dua pembantu rumah warga Kemboja selepas dilarikan daripada rumah ibunya di Ukay Bestari, Ampang kelmarin.
Bayi itu ditemui semula dalam tempoh kurang 12 jam selepas kedua-dua wanita berusia 22 dan 24 tahun diberkas bersama seorang lelaki Kemboja berusia 35 tahun dipercayai ejen pembantu rumah di sekitar Jalan Kolam Air Lama, Ampang pada pukul 1 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian bermula apabila tujuh anak termasuk bayi itu ditinggalkan dengan dua pembantu rumah selepas ibu mereka keluar pada pukul 12 tengah hari kelmarin.
Menurutnya, sebaik pulang ke rumah pada pukul 6.45 petang, ibu mangsa berusia 32 tahun dan merupakan seorang pensyarah mendapati kesemua anaknya berada di rumah kecuali bayi serta dua pembantu rumah.
“Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan kehilangan bayinya pada pukul 8.15 malam sebelum siasatan rapi dijalankan dan pasukan khas ditubuhkan bagi mencari mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Polis Selangor di sini semalam.
Mohd. Adnan memberitahu, polis merampas sejumlah wang tunai dan sebilah pisau daripada ketiga-tiga suspek tersebut yang kurang fasih berbahasa Melayu.kosmo.

Apek, Leuniey nikah 28 Disember

Apek dan Leuniy

 


PETALING JAYA - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey pada 28 Disember ini pada majlis perkahwinan yang membabitkan kos RM300,000.
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, 23, berkata, keputusan untuk bernikah dengan Leuniey, 21, pada tarikh tersebut dicapai hasil persetujuan kedua-dua keluarga.
"Saya harap dengan pengumuman ini segala teka-teki mengenai perkahwinan kami sudah terjawab," ujar Apek pada sidang akhbar di Hotel Royale Bintang di sini semalam.
Leuniey bagaimanapun tidak hadir kerana menghadiri kursus perkahwinan di Kelantan.
Menurut Apek, majlis pernikahan bakal dilangsungkan di rumah Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember manakala majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember.
Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.
Pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada pukul 8 malam 13 Januari tahun depan.
Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini.
kosmo.

Parang di perut....kata jenayah menurun tapi rakyat makin terancam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita menempuh detik mencemaskan selepas ditahan tiga lelaki ketika menuju ke tempat letak kereta di Jalan Sri Jati, Brickfields, sebelum seorang daripada mereka mengacukan parang ke perutnya dan merampas beg komputer riba bersama rantai leher serta barangan lain menyebabkan kerugian dianggar RM10,000, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 25 tahun yang ingin pulang ke rumah selepas bekerja, terkejut apabila sebuah Proton Perdana berwarna perak menghalang laluannya.
sekadar hiasan

Menurut sumber, mangsa yang panik cuba berpatah balik bagi menyelamatkan diri, namun gagal apabila seorang daripada mereka berjaya menangkapnya dan terus mengacukan parang ke perut.
“Lelaki itu merentap rantai leher mangsa dan merampas beg mengandungi komputer riba, wang tunai, cakera simpanan data dan dua telefon bimbit yang semuanya bernilai RM10,000.
“Penjenayah berkenaan juga turut cuba mengambil subang mangsa, tetapi tidak sempat apabila dia melawan dan berjaya melepaskan diri lalu berlari ke arah deretan kedai sambil menjerit meminta tolong,” katanya.
Sumber berkata, suspek yang panik masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu ditenteramkan orang awam yang menyedari kejadian itu dan dia membuat laporan di Balai Polis Brickfields.hmetro.

Selasa, 20 November 2012

Amaran Hamas kepada Israel


Perdana Menteri Plastine

GENTING GAZA - Komander tertinggi sayap tentera Hamas, Mohammed Deif memberi amaran, Israel akan menerima padah jika ia berani melancarkan serangan darat ke dalam wilayah Palestin ini.
"Pihak musuh (rejim Zionis) akan menerima padah jika ia merancang untuk masuk ke Gaza," kata Mohammed yang merupakan komander Briged Ezzedine Al-Qassamzz kepada stesen televisyen Hamas, Al-Aqsa.
"Perang darat merupakan harapan terbaik untuk membebaskan tahanan Israel," tambahnya.
Beliau merujuk kepada rancangan pejuang Palestin untuk menawan askar-askar Israel dan menukarnya dengan tahanan Palestin sekiranya Tel Aviv menceroboh Gaza.
Dalam perkembangan terbaharu, pasukan perubatan di sini menyatakan seramai enam penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera Israel yang masuk hari ketujuh semalam
Angka kematian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat keganasan Israel kini meningkat kepada 116 orang termasuk sejumlah wanita dan kanak-kanak.
Serangan udara dan bedilan artileri Tel Aviv itu yang bermula pada 14 November lalu turut mencederakan lebih daripada 920 orang awam.
Mengulas serangan terbaharu itu Tentera Israel menyatakan, operasi semalam melibatkan kira-kira 100 sasaran di sini yang dibedil dengan pesawat pejuang dan meriam.
Salah satu sasaran tentera Israel merupakan Bank Islam Kebangsaan milik pejuang Hamas yang rosak teruk selepas diserang.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah roket yang ditembak dari sini mengenai sasaran dekat Baitulmuqaddis tetapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.
Pasukan Briged Al-Qassam mengaku melancarkan roket tersebut ke arah bandar Baitulmuqaddis yang ditakluki Israel.
Perkembangan itu berlaku ketika Mesir yang menjadi pengantara gencatan senjata antara Israel dan Gaza menyatakan pertempuran yang berlaku akan tamat minggu ini.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menghantar Setiausaha Negara Hillary Clinton ke Asia Barat untuk menghentikan pertempuran antara Israel dan Hamas.
White House berkata, Hillary akan berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmuqaddis, pegawai-pegawai Hamas di Ramallah dan pemimpin Mesir di Kaherah bagi mencari jalan penyelesaian. - Agensi

Haha...memalukan...Malaysia terikat seri dengan Bangladesh



SKUAD Datuk K. Rajagobal hampir malu besar. Lawan Bangladesh pun tidak boleh menang, inikan pula mempertahankan AFF Suzuki. Sudah tentu itu mesej yang cukup jelas diterima pengendali Harimau Malaya, Rajagobal semasa skuad kendaliannya sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Dengan hanya kurang 2,000 penonton hadir ke stadium, itupun sebahagiannya penyokong Bangladesh, tidak mustahil senario yang lebih kurang sama bakal berulang ketika aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Piala AFF Suzuki menentang Singapura di stadium sama Ahad ini.
Apa tidaknya, 'penyakit lama' Harimau Malaya yang sering kehilangan kawalan bola seperti mana ketika tumpas 0-1 dan 0-2 kepada Vietnam dan Thailand serta seri 1-1 dengan Hong Kong dalam tiga siri persahabatan sebelum ini dilihat sekali lagi berulang ketika berdepan Bangladesh malam tadi.
Janji Rajagobal untuk menghadiahkan kemenangan buat penyokong Malaysia dalam ‘eksperimen terakhir’ malam tadi juga tidak ubah sekadar lawak semata-mata.
Mujurlah ada sorakan ‘Ultras Malaya’ yang setia berdiri teguh di belakang skuad negara di stadium malam tadi bagi mengimbangi sokongan gegak gempita penyokong Bangladesh.
Pada aksi malam tadi, Malaysia bermula garang seawal minit keenam namun percubaan Khyrill Muhymeen Zambri terus ke dakapan penjaga gol lawan, Mamun Khan.
Tuan rumah bertambah kecewa apabila rembatan kaki kiri Mohd. Safee Sali tersasar pada minit ke-17 sebelum tandukan Safiq Rahim juga gagal menemui sasaran empat minit kemudian.
Penantian Harimau Malaya akhirnya berbaloi apabila Khyrill tenang menanduk masuk hantaran Safiq hasil satu sepakan penjuru untuk gol pendahuluan tuan rumah pada minit ke-22.
Gol itu jelas menyuntik semangat Malaysia menggandakan asakan apabila Khyrill sekali lagi merobek gawang lawan pada minit ke-33, namun jaringannya dibatalkan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed kerana ofsaid.

 


Skuad kendalian Saiful Bari Titu yang sekali-sekala menyerang begitupun kecewa apabila sepakan percuma Md Zahid Hossain melambung tinggi sebelum rembatan Md Waly Faisal ditepis penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias pada penghujung babak pertama.
Percaturan Rajagobal membawa beberapa pemain gantian seperti Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani pada babak kedua juga tidak menjadi.
Sebaliknya, Bangladesh yang tempang dengan 10 pemain selepas Pranotosh Kumer Des dibuang padang pada minit ke-78 gara-gara mengutip kad kuning kedua pula dilihat bertambah garang menggempur kubu tuan rumah.
Hasilnya, pelawat berjaya menyamakan kedudukan apabila Md Jahid Hasan Ameli tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81 untuk gol penyamaan Bangladesh selepas Mithun Chowdry dikasari Irwan Fadli Idrus.
Peluang terakhir Malaysia menebus maruah juga berkecai apabila sepakan percuma Baddrol ditepis keluar Mamun Khan pada masa kecederaan.
Apa yang pasti, keputusan itu bukan sahaja meresahkan peminat tempatan tetapi juga mengundang debar Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilihat bergegas bertemu Rajagobal selepas perlawanan tamat.
Apa pun, sama ada Harimau Malaya mampu ‘mengaum’ atau tidak pada kejohanan Piala AFF Suzuki kali ini, hanya Rajagobal yang mengetahui jawapannya.kosmo.

Isteri mabuk jatuh tingkat 3

KUCHING: Seorang wanita yang mabuk nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di Pusat Perniagaan Chong Lin Park di sini, semalam, ketika bertengkar dengan suaminya yang menghalangnya keluar rumah untuk minum sekali lagi bersama beberapa rakannya yang sedang menunggu.
sekadar hiasan


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun baru pulang dari minum arak di kedai makan berhampiran rumahnya, namun dia meminta izin suaminya untuk keluar semula, tetapi tidak dibenarkan lelaki itu.
Menurut sumber, mangsa dikatakan naik berang selepas permintaannya tidak dipenuhi sehingga mencetuskan pertengkaran.
Katanya, mangsa dikatakan berdiri terlalu dekat dengan tingkap sambil mengamuk menyebabkannya gagal mengimbangi badan lalu terjatuh.
“Akibat kejadian itu, mangsa patah kaki kanan, selain mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan dipindahkan ke wad biasa.hmetro.

Selamatkan Palestine - Kekejaman Zionis Isreal Laknaktullah


20121116 Doa solat hajat khusus kepada UMNO BN


UPSR 2012: Prestasi 7 negeri turun

UPSR 2012
Murid-murid SR Bukit Bandaraya melonjak kegembiraan setelah mendapat keputusan cemerlang 5A. - Foto Bernama
UPSR2012
Murid Sekolah Rendah Bukit Bandaraya KL, Shalmeena (tengah) dikucup ibu bapanya Muniswary (kanan) dan Vijaya Kumar setelah mendapat keputusan A. - Foto Bernama
UPSR 2012
Tiga murid SK Padang Garong 1, Kota Bharu, Nur Anis Asyikin Azmi (kiri), Ahmad Syamil Ismail (tengah) dan Nik Alya Shahirah Nik Shamsul muncul pelajar terbaik sekolah itu.
KUALA LUMPUR - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun lepas dengan beberapa negeri menunjukkan peningkatan dalam jumlah dan peratusan murid yang memperoleh keputusan semua A.

Selain Kuala Lumpur, negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.

Tujuh negeri pula mencatat sedikit penurunan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.

Di KUALA LUMPUR, 2,487 atau 10.35 peratus daripada 24,021 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.37 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,441 murid daripada 22,766 calon mendapat semua A.

Beliau berkata, tiga sekolah yang mencatat pencapaian semua A tertinggi ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (97 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (93 murid) dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (89 murid).

Di KUCHING, 2,010 daripada 45,946 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A berbanding 1,835 calon tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 175 orang atau 0.22 peratus, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam.

Beliau berkata, seramai 26,009 calon atau 56.9 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya penguasaaan minimum Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 24,344 calon atau 55.52 peratus pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 1.38 peratus.

Di SEREMBAN, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata, seramai 2,197 orang atau 11.4 peratus memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 2,169 calon atau 11.6 peratus pada 2011.

Beliau berkata, seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus pelajar mencapai tahap penguasaan minimum gred 'C' dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil, meningkat 2.6 peratus berbanding pencapaian 2011.

Di KUANTAN, jumlah pelajar UPSR di Pahang yang memperoleh keputusan 5A turut meningkat kepada 3,025 berbanding 2,977 tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata seramai 19,152 calon pula berjaya menguasai semua mata pelajaran iaitu mendapat gred A, B dan C.

Dalam masa sama, beliau berkata pencapaian calon UPSR sekolah di tanah rancangan Felda yang berjaya mendapat gred serupa juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 452 orang daripada 5,062 calon berbanding tahun lepasa, 446 orang dari 5,004 calon.

Di KANGAR, walaupun jumlah calon UPSR negeri Perlis tahun ini berkurangan namun jumlah yang mencatat keputusan cemerlang meningkat kepada 416 orang berbanding 388 orang pada 2011.

Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat sebanyak 3.31 peratus kepada 65.71 peratus.

Di ALOR STAR, seramai 3,342 calon di Kedah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat sebanyak 0.11 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata pencapaian peratus kelulusan keseluruhan UPSR 2012 negeri itu meningkat 1.87 peratus kepada 66.32 peratus berbanding 64.45 peratus tahun lepas.

Di KENINGAU, seramai 1,035 daripada 45,337 calon UPSR 2012 di Sabah memperoleh keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil, sekaligus menunjukkan peningkatan 0.04 peratus berbanding tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin.

"Pada keseluruhannya seramai 21,140 calon atau 47.22 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran diambil yang menunjukkan peningkatan 2.19 peratus berbanding 20,403 calon tahun lalu," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,012 dari 22,790 calon mendapat keputusan semua'A', merosot kepada 13.22 peratus berbanding 15.56 peratus tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin.

Di SHAH ALAM, Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 8,581 calon memperoleh semua A, menurun 0.96 peratus daripada 9,004 calon cemerlang tahun lepas.

Seramai 54,092 calon pula lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan gred minimum C.

Di IPOH, seramai 3,718 calon UPSR di negeri itu memperoleh gred cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 3,882 calon tahun lepas, menurun sebanyak 0.82 peratus.

Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata bagaimanapun jumlah calon yang mencapai tahap penguasaan minima (ABC) bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat kepada 28,298 calon berbanding 26,818 calon tahun lepas.

Di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Md Nor A Ghani berkata 9.07 peratus calon memperoleh keputusan semua A, menurun sabanyak 0.69 peratus berbanding 9.76 peratus pada 2011.

Beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.57 peratus daripada 59.66 peratus tahun lepas kepada 60.23 peratus tahun ini. - Bernama

Ganas.....Maut ditetak rakan karib

Ahli keluarga mangsa sugul mendengar berita kematian Peng Kang,39, di rumah keluarga, Parit Buntar s
Ahli keluarga mangsa sugul mendengar berita kematian Peng Kang,39, di rumah keluarga, Parit Buntar semalam.
 
Kereta mangsa dipenuhi kesan darah akibat pendarahan kritikal sewaktu dia dikejarkan ke Hospital Par
Kereta mangsa dipenuhi kesan darah akibat pendarahan kritikal sewaktu dia dikejarkan ke Hospital Parit Buntar awal pagi semalam.
 
Anggota forensik mengambil bahan bukti di tempat kejadian.
Anggota forensik mengambil bahan bukti di tempat kejadian.
 
PARIT BUNTAR - Seorang pekerja kontrak maut selepas ditetak rakan karibnya dalam satu kejadian di Pekan Baru, di sini selepas mereka pergi berhibur bersama-sama rakan-rakan lain di sebuah kelab malam, awal pagi semalam.

Abang mangsa, H’ng Peng Joo, 47, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi, mangsa, H’ng Peng Kang, 39, yang mempunyai tiga anak ditemui rakan dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya setelah lengan kirinya ditetak dengan menggunakan parang di hadapan rumah suspek.

Menurutnya, mangsa dikatakan berselisih faham dengan suspek dan mula bertelagah di premis kelab malam sebelum dileraikan rakan-rakan lain lalu pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, mereka kembali bertelagah di hadapan rumah suspek sejurus selepas itu dan pergaduhan itu akhirnya membawa kepada keganasan setelah suspek bertindak menetak lengan kiri adik saya dengan menggunakan parang.

“Adik saya sempat memandu pulang ke rumah selepas kejadian itu sebelum dikejarkan ke Hospital Parit Buntar oleh beberapa rakannya lebih kurang jam 3.30 pagi kerana mendiang mengalami pendarahan teruk,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di hadapan bangunan Unit Forensik, Hospital Parit Buntar, di sini semalam.

Peng Joo berkata, mangsa mengalami pendarahan kritikal akibat kecederaan dialami dan disahkan meninggal dunia di unit rawatan kecemasan hospital itu pada jam 4.30 pagi semalam.

Menurutnya, pemergian mangsa amat mengejutnya memandangkan mendiang masih mampu berjalan sendiri mendapatkan rawatan di unit rawatan kecemasan tanpa perlu dipapah sewaktu tiba di hospital.

“Saya tak sangka mendiang adik dibunuh rakan karibnya sendiri. Hubungan mereka berdua sebelum ini amat rapat sehinggakan suspek pernah berhasrat mengambil salah seorang anak adik sebagai anak angkatnya.

“Sebelum ini, mendiang tak pernah mengadu mengenai sebarang masalah dengan suspek, malah saya sendiri menemui dia dan suspek minum bersama sehari sebelum kejadian. Saya kasihan mengenang nasib tiga anaknya yang masih kecil dan bersekolah, lebih-lebih
lagi isteri mendiang sudah meninggalkan mereka sejak perayaan Tahun Baru Cina lalu,” katanya.

Peng Joo turut mendedahkan mendiang adiknya pernah meluahkan hasrat untuk bekerja di luar negara setelah diajak rakan-rakan selain ingin memiliki rumah sendiri memandangkan rumah yang diduduki sebelum ini merupakan rumah sewa.

“Beberapa minggu sebelum ini, mendiang kerap pulang ke rumah keluarga setelah mendapat projek membina tempat parkir kenderaan terletak di hadapan rumah itu.

“Pemergian mendiang menyebabkan projek berkenaan tidak dapat disiapkan dan kami sekeluarga benar-benar meratapi kehilangannya memandangkan dia merupakan seorang anak yang baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, polis masih mengesan suspek yang merupakan orang tempatan setelah dipercayai menghilangkan diri sejurus selepas mangsa ditetak.

“Pada masa sama, kami masih menyiasat motif sebenar suspek menetak mangsa sehingga menyebabkan kematian setelah difahamkan kedua-duanya merupakan rakan karib,” katanya.sinarharian.

Tahniah ....Diana Danielle anggap kehamilan hadiah hari jadi

Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle
Diana Danielle berkongsi berita kehamilannya di laman Twitter semalam
Selepas 16 hari mendirikan rumah tangga, kehidupan Diana Danielle dan Farid Kamil akan bertambah serinya, selepas Diana kini disahkan hamil.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh Diana dan Farid menerusi laman sosial Twitter masing-masing, tengah hari semalam.
Kehamilan tersebut tentunya menjadi hadiah paling bermakna buat Diana, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21, 22 November ini.
Secara tidak langsung, Diana dan Farid tidak akan bersanding berdua, sebaliknya 'bertiga' pada dua majlis resepsi iaitu 30 November dan 12 Disember ini.
Farid dan Diana, sah bergelar suami isteri pada 3 November lalu dalam majlis romantis yang dijalankan di Hotel Flamingo, Ampang.sinarharian.

Khamis, 15 November 2012

Serangan udara Israel bunuh ketua tentera Hamas

TEL AVIV - Ketua sayap tentera kumpulan Islamis Hamas Palestin, Ahmed Said Khalil al-Jabari terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Gaza, semalam.


 Beliau dan seorang pegawai kanan Hamas turut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki dibedil melalui serangan udara.

Satu siri serangan udara kini sedang dilancarkan di seluruh Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka kini sedang melancarkan operasi serangan terhdap Hamas, pejuang Jihad Islam dan lain-lain kumpulan militan yang lain.

Kebelakangan ini, pegawai-pegawai Israel tekad untuk membunuh dan menyerang pemimpin-pemimpin kanan Hamas.

Pasukan Keselamatn Israel, Shit Bet mengesahkan yang mereka bertanggungjawab ke atas segala aktiviti keganasan.

“Ahmed Said selama ini juga antara orang yang bertanggungjawab membiayai dan memberi arahan operasi tentera mereka bagi menyerang Israel. Jadi dengan pembunuhan beliau, kami mahu memberi amaran kepada pegawai Hamas yang lain jika mereka melakukan keganasan kepada Israel, mereka juga akan turut diserang,” katanya.

Jurucakap Hamas, Taher Anunu memberitahu pemberita, keganasan yang dilakukan oleh Israel ini merupakan jenayah yang cukup kejam dan bakal memberi kesan jangka panjang.

"Kerajaan Palestin akan memanggil mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini dan rakyat Palestin sendiri mempunyai hak untuk bertindak balas,” katanya.

Timbul juga kebimbangan yang serangan itu akan menimbulkan lagi perang ke kawasan sekitar.
sinarharian.

Warga Bangladesh cedera parah ditetak


 Warga Bangladesh cedera parah ditetak
Mangsa mendalami pendarahan teruk terbaring di lantai kedai makan di jalan Meru
 
 
KLANG - “Tolong bantu saya, saya sakit,” rayu seorang lelaki warga Bangladesh yang berlumuran darah ketika mendekati orang awam yang sedang minum di sebuah kedai makan di Jalan Meru, di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 30-an kemudiannya jatuh terbaring di lantai dengan darah membasahi hampir keseluruhan baju dipakainya dengan disaksikan beberapa pelanggan yang berada di situ.

Seorang pelanggan kedai tersebut yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi.

Katanya, dia dan pelanggan lain sedang leka minum di kedai yang beroperasi 24 jam terbabit.

“Secara tiba-tiba muncul lelaki itu sambil memegang lengan kanannya dan meminta tolong.

“Dia memaklumkan ada orang cuba mengejarnya dan dalam keadaan muka pucat dan baju dipenuhi darah, dia kemudiannya tumbang ke lantai serta kelihatan seperti nazak,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang berada berhampiran cuba menyelamatkan mangsa serta pada masa sama terus menghubungi ambulans.

“Tidak lama kemudian ambulans dan polis tiba depan kedai serta membawa mangsa ke hospital untuk dirawat.

“Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa dipercayai ditetak dengan senjata tajam pada lengan kanan berdekatan kediaman yang disewanya bersama rakan.

“Dia kemudiannya berlari menghala ke kedai ini sejauh beberapa meter untuk menyelamatkan diri sebelum dibantu orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut saksi itu lagi, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dakwanya, sehingga kini belum diketahui sama ada mangsa sudah membuat laporan polis atau sebaliknya.sinar.

Suami tinggalkan keluarga ikut cinta wanita Indonesia

KOTA BHARU - Gara-gara termakan pujuk rayu wanita Indonesia, seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya yang berusia antara lapan hingga 11 tahun sejak hampir dua tahun lalu.

 



ROSNAH menunjukkan gambar dan laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Kota Bharu semalam.


Isteri malang tersebut, Rosnah Mohamad Nor, 42, memberitahu, suaminya sebelum ini merupakan seorang yang bertanggungjawab namun berubah sikap sejak mengenali wanita berkenaan pada tahun 2006.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya yang berasal dari Tawau, Sabah pulang ke kampung halamannya atas urusan keluarga sebelum bertemu dengan wanita Indonesia yang dikenali sebagai 'Ani'.
"Sebelum ini kami sekeluarga menetap di Klang, Selangor tetapi saya membuat keputusan membawa anak-anak pulang ke kampung saya di Kampung Jejuluk, Pasir Mas manakala suami menetap di Klang kerana bekerja sebagai jurukimpal paip gas di Pelabuhan Klang.
"Selepas menjalin hubungan dengan wanita berkenaan pada awal tahun 2006, suami saya tidak menghiraukan tanggungjawabnya kepada keluarga dan tidak menghubungi kami. Saya cuba mencari dan menghubunginya tetapi gagal," katanya ketika ditemui di sini semalam.kosmo.

Ketua Pengarah Kesihatan mengaku khalwat




PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.
Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh.
Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari.
Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai.
“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.kosmo.

Suspek kes bunuh kelar leher polis

BENTONG: Seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh petugas Pejabat Hutan Daerah Bentong, Khairul Hazri Jamaludin, 31, pada 4 November lalu, diberkas selepas bergelut dan mencederakan seorang anggota polis di Taman Hussein Bentong, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, terserempak lelaki terbabit yang mencurigakan di atas sebuah bukit berhampiran kawasan taman berkenaan.
sekadar hiasan

  Menurut sumber, ketika ingin ditahan dan diperiksa, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu mengacukan pisau hingga mencederakan leher seorang daripada anggota polis berkenaan.
“Pada jam 6 petang, tiga anggota polis IPD Bentong yang baru habis bertugas dan menziarahi rakan mereka ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan memegang sepucuk pistol dipercayai buatan sendiri.
“Anggota polis berkenaan cuba menahan suspek, namun suspek bertindak ganas dan melawan mengakibatkan seorang anggota parah akibat dikelar di leher,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Katanya, pada masa sama dua lagi anggota bergelut dengan suspek dan hasil pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit dan beberapa barang berharga milik mangsa.hmetro.

Angkara mercun...lelaki parah ditetak


PARAH...seorang daripada mangsa yang cedera ditetak.
PARAH...seorang daripada mangsa yang cedera ditetak.
ALOR GAJAH: Kegembiraan satu keluarga menyambut Deepavali berakhir tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka ditetak jiran dalam kejadian serangan di sebuah taman perumahan di pekan ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, C Rajendran, 48, dan anak lelakinya, V Yoganadan, 20-an, serta ahli keluarga lain berkumpul di rumah berkenaan.
Mereka didatangi lebih 10 lelaki yang meluru masuk dalam rumah berkenaan lalu menyerang membabi buta sebelum menetak kedua-dua mangsa dengan senjata tumpul dan tajam sebelum melarikan diri.

Sumber berkata, kumpulan itu turut memusnahkan beberapa peralatan dalam rumah mangsa dan menggunakan serpihan pasu bunga menyerang ahli keluarga berkenaan menyebabkan tiga mangsa termasuk seorang wanita cedera di kepala dan badan.


“Kumpulan itu menyerang keluarga berkenaan berikutan tidak berpuas hati melihat ramai saudara-mara mangsa datang dari jauh dan berkumpul bagi meraikan Deepavali.
hmetro.

Pam bayi dalam tandas..sungguh kejam


RAKAM...wanita  dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
RAKAM...wanita dipercayai mengepam bayi dalam mangkuk tandas.
SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan.
SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan.
GEORGETOWN: Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Melalui rakaman CCTV itu, wanita berusia 20-an terbabit dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.

Menurut sumber, pekerja itu yang takut selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas dan lantai terus memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.


“Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian.hmetro.

Selasa, 13 November 2012

NUS Tamatkan Biasiswa Blogger Seks




SINGAPURA: The National University of Singapore (NUS) telah menamatkan biasiswa blogger seks Alvin Tan.
The Straits Times melaporkan sumber memberitahu bahawa pemegang biasiswa Asean itu tidak disingkirkan tetapi perlu membayar penuh yuran tanpa subsidi yang perlu dibayar pelajar asing untuk tahun akhir pengajian di Sekolah Undang-Undang NUS.
Pendedahan dibuat pada hari yang sama Parlimen membincangkan mengenai kelakuan Tan.
Semasa perbahasan dalam Dewan, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat mengutuk sekeras-kerasnya tingkah laku Tan dengan mengatakan ia adalah perbuatan "tercela dan tidak patut menerima biasiswa".
Walaupun Menteri tidak mendedahkan butir-butir hukuman, beliau menyatakan keyakinan bahawa pengurusan NUS mengambil serius perkara itu dan akan melakukan perkara yang betul. - THE STRAITS TIMES / ANN

Dakwaan Polis Rogol Wanita Indonesia: Bendera Malaysia Dibakar Di Indonesia

JAKARTA: Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara di sini pada Selasa.




Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.
Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada beraksi di hadapan kediaman itu.
Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mendesak Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bertindak tegas berhubung kejadian itu dengan mengusir Duta Besar Malaysia ke Indonesia dari republik itu.
Mereka menyalahkan Yudhoyono yang didakwa gagal melindungi warganegara Indonesia di Malaysia dan meminta Presiden Indonesia itu mengundurkan diri jika beliau gagal mengusir Duta Besar Malaysia.
Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah yang antara antara lain bertulis 'Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan Malaysia'.
Pasukan Polis Indonesia, termasuk anggota dari unit pemusnah bom, mengawal ketat di kawasan sekitar Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu sepanjang demonstrasi berlangsung.
Sejumlah besar anggota polis Indonesia turut berkawal di luar bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jalan H.R. Rasuna Said, Kuningan bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi di situ, namun bas yang membawa kumpulan dari Bendera itu hanya melalui kawasan itu. - BERNAMA

GPMS Tawar Kerja Kepada Tujuh Graduan KUIN Miliki Ijazah Tidak Diiktiraf



ALOR SETAR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah bersedia menawarkan pekerjaan kepada tujuh lulusan Sarjana Muda Al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Pengerusinya Shamsul Bahar Abd Ghani berkata pihaknya mempelawa mereka menjadi tutor kelas tambahan yang akan dibuka GPMS Kedah pada Disember ini.
"Mereka akan mengendalikan kelas al-Quran, bahasa Arab, bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini Selasa.
Katanya diharapkan dengan cara itu siswazah terbabit dapat menyelesaikan hutang pinjaman pengajian mereka mengikut jadual.
"Boleh dikatakan setiap pelajar mendapat pinjaman berjumlah lebih RM3,000 setiap semester peringkat ijazah, namun disebabkan sukar mendapat kerja mereka tidak dapat membayar balik wang pinjaman," katanya.
Jika berminat, mereka boleh menghubunginya di talian 016-3862042 begin_of_the_skype_highlighting 016-3862042 end_of_the_skype_highlighting atau Salihuddin Lahamin (019-5481900 begin_of_the_skype_highlighting 019-5481900 end_of_the_skype_highlighting) untuk maklumat lanjut, kata Shamsul Bahar.
Difahamkan tujuh siswazah terbabit yang ijazahnya tidak diiktiraf MQA kini terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi serta menoreh getah untuk menyara hidup sementara menunggu kelulusan sijil.
Media pada 24 September lalu melaporkan tujuh siswazah itu terkejut apabila mendapati ijazah yang diterima mereka pada Konvokesyen Kuin 17 Sept lepas tidak diiktiraf MQA.
Sementara itu, Shamsul Bahar berkata GPMS Kedah turut menggesa Kuin menarik balik yuran RM1,000 bagi satu semester yang dikenakan terhadap pelajar mengikuti pengajian peringkat Diploma Al-Quran dan Qiraati sejak Julai lepas.
Katanya sebelum ini program tersebut diberi secara percuma kepada pelajar dan berharap program percuma tersebut diteruskan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar kurang berkemampuan mengikutinya. - BERNAMA

Restoran hidang menu anjing

PETALING JAYA – Sebuah restoran dan pub yang menjadikan anjing sebagai makanan utamanya disita dalam serbuan anggota Balai Polis Damansara Utama dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar.
Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar.



 Serbuan yang diketuai, Ketua Balai Cif Inpektor Mohd Zul Azri Abdul Rashid itu berjaya menahan tujuh warga Myanmar yang sedang leka menikmati minuman keras di premis tidak berlesen itu yang beroperasi di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan SS 21/56 B, Damansara Utama, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan daripada penduduk setempat yang kurang senang dengan sikap pengunjung restoran itu yang mabuk dan membuat bising pada pada awal pagi.

“Tindakan pernah diambil setahun lalu namun premis terbabit masih berdegil menyebabkan tindakan diambil sekali lagi,” katanya.

Ke semua warga asing ditahan akan diperiksa, manakala yang tiada dokumen pengenalan diri akan diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pub itu popular dalam kalangan warga Myanmar apabila ada di antaranya yang datang dari jauh semat-mata mahu menikmati hiburan di situ.

Siasatan lanjut mendapati premis tidak mempunyai lesen untuk menjual minuman keras yang kebanyakannya diimport.

“Kesemua minuman keras yang dijual dirampas dan akan diserahkan kepada Kastam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, pihak MBPJ menjalankan sitaan ke atas beberapa barangan termasuk pembesar suara dan set televisyen mengikut Enakmen Pusat Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.sinar harian.

Selamat bertunang Anne ngasri dan Sumali

Majlis pertunangan Anne

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini sempena majlis pertunangan mereka. Semoga mereka menjadi pasangan yang bahagia apabila berkahwin kelak.
 
 
anne ngasri bertunang
Kelihatan Sumali menyarunkan cincin kejari Anne


Sabtu, 10 November 2012

Durian runtuh RM563.17 juta





NAJIB (tengah), Isa (empat dari kanan) dan Ahmad (enam dari kanan) bergambar bersama wakil-wakil penerima cek fasa ketiga pada Program Himpunan Generasi Baharu Felda di Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Pemberian durian runtuh fasa ketiga berjumlah RM563.17 juta kepada 112,635 keluarga generasi baharu peneroka Felda merupakan satu lagi bukti janji ditepati, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, selepas pemberian durian runtuh fasa pertama kepada golongan peneroka dan fasa kedua untuk penerokawati, kini tiba giliran generasi baharu menikmati kejayaan hasil penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di Bursa Malaysia.
"Kita sudah menyerahkan durian runtuh fasa pertama untuk peneroka, kedua untuk penerokawati dan hari ini (semalam) giliran generasi kedua anak-anak Felda mendapat rahmat daripada durian runtuh ini sekali gus membuktikan sebagai sebuah kerajaan, kita tidak pernah mungkir janji," katanya di hadapan kira-kira 12,000 generasi baharu dan peneroka Felda ketika merasmikan Himpunan Generasi Baharu Felda (HGBF) di padang kawad Universiti Teknologi Mara di sini semalam

‘Simpan’ 3 pemuda...sebagai anak ikan hehehe aduh...

KUALA LUMPUR: Satu ketika dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia dan sihat tubuh badan tetapi angkara hobi jeliknya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan nafsunya, ‘aset’ berharga itu hilang daripadanya hidupnya.

sekadar hiasan



Episod hitam wanita berusia 53 tahun dikenali sebagai Jun ini bermula apabila dia disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 selepas dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada tiga ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.
Anak ikan ialah istilah digunakan untuk lelaki muda yang ‘disimpan’ wanita berusia sebagai pemuas nafsu.

Khuatir penyakit itu diketahui umum, dia mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.


Pada masa sama, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan tiga anak selepas mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang.hmetro.

Kuliah’ seks empat gadis

KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.
sekadar hiasan


Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.


“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.hmetro.

Gambar seksi Lana Nordin

Lana Nordin Pamela Anderson Malaysia
Gambar Lana Nordin Pamela Anderson Malaysia

LANA NORDIN PAMELA ANDERSON MALAYSIA


Lana Nordin Pamela Anderson Malaysia
Gambar Berbikini Tersebar, Lana Nordin Dimarahi Keluarga

Pelakon yang digelar Pamela Anderson Malaysia iaitu Lana Nordin akui kecewa apabila foto peribadinya berbikini yang sedang bercuti di Bali, Jakarta tersebar di dalam laman sesawang dan blog baru-baru ini. Malah, Lana Nordin berkata foto yang menampakkan tubuhnya separuh bogel itu telah memberi kesan kepada diri dan keluarganya yang turut kecewa dan telah memarahinya. “Apabila foto itu tersebar, orang pertama yang saya fikir adalah keluarga. Saya lebih memikirkan hati keluarga daripada orang lain ketika itu kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.

Lana Nordin Pamela Anderson Malaysia. “Ibu bapa mana yang tidak marah jika lihat anaknya begitu. Sama juga dengan ibu bapa saya, mereka terlalu marah bila melihat aksi saya dalam foto tersebut. Mereka juga membebel kepada saya atas perbuatan saya itu. Namun mereka pun tidak boleh hendak marah berlebihan kerana saya pun sudah dewasa. “Walau bagaimana pun saya sudah meminta maaf kepada mereka dan akui itu kesilapan saya,” katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my. Dalam foto tersebut, Lana yang berbikini bra dan skirt pendek itu berpelukan dengan seorang lelaki mat salleh dan bersama rakan-rakannya yang lain.

Lana Nordin Pamela Anderson Malaysia. Meskipun kecewa atas apa yang berlaku, namun Lana memberitahu tiada apa yang boleh dilakukan lagi kerana yang mula memuat naik foto tersebut ke laman sosial Facebook adalah rakannya sendiri. “Saya sebenarnya tidak mahu mengulas lanjut lagi kerana gambar itu di ambil tahun lalu tetapi baru kini saya tahu ianya sudah mulai tersebar. Saya pun tidak tahu bila gambar peribadi saya itu tersebar sehinggalah rakan saya sendiri mengaku dia telah memuat naik ke dalam laman sosial, Facebook dan telah meminta maaf kepada saya. “Saya nak marah pun tak guna kerana yang melakukannya adalah rakan saya dan dia pun sudah meminta maaf. Silapnya, itu gambar peribadi dan tidak sepatutnya disebarkan,” luahnya.

http://www.puteraduyong.com/