Sabtu, 20 Ogos 2011

Beg mahal diperbuat daripada kulit babi

Haram bagi orang islam apa-apa berkaitan dengan babi

Beg ni dah la mahal, tapi sayang diperbuat daripada babi

p/s : Untuk pengguna muslim lebih baik berhati-hati dalam membeli aksesori terutama sekali beg tangan, kasut dan alat solek. Biasanya barang-barang ini diimport dari negara luar yang kita tidak tahu sumber bahan asalnya. Kebanyakan negara-negara Eropah, Jepun dan China mereka menggunakan babi sepenuhnya dalam apa jua produk mereka. Berguna sungguh babi kepada orang bukan islam. Apa komen anda ?

Undang-undang paling pelik di dunia

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.



sekadar hiasan


SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi� rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :
 Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
sekadar hiasan

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT
 Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.

P/s : tak de keje cari keje. aduh pelik tul.

Akibat main mercun, cacat seumur hidup

gambar hiasan




KUALA TERENGGANU: “Shafik minta izin untuk keluar bersembahyang Tarawih di surau Al Taqwa berdekatan, tetapi tidak lama kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada seorang rakannya mengatakan jari anak saya itu cedera akibat terkena mercun,” kata Norayati Ismail, 34, ibu Mohd Shafik Zuhairi Zainuddin, 13, mangsa kedua kemalangan mercun di negeri ini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, Mohd Shafik cedera jari telunjuk dan melecur teruk di tapak tangan kanan selepas mercun bola dipasang meletup ketika dalam genggamannya.
 

mangsa bersama ibunya

Norayati berkata, dia tidak tahu dari mana Shafik yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir, di sini, mendapat mercun berkenaan, tetapi difahamkan anaknya itu bermain mercun bersama sekumpulan rakan sebaya di perkarangan surau berkenaan ketika jemaah mengerjakan Tarawih.

“Selepas membenarkan dia keluar, saya menyiapkan tempahan jahitan baju pelanggan, tetapi tidak lama kemudian saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan Shafik mengatakan anak saya cedera akibat terkena mercun,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Bapa murtadkan anak kerana hantarkan anak ke Gereja

(Harian metro )

PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.
Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.
sekadar hiasan

Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.

Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.

Kes itu terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan di Gereja Methodist, Damansara Utama, dekat sini, dilaporkan 4 Ogos lalu.

Mendedahkan perkara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan Baitul Fiq.


“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.
 
 
 

sekadar hiasan

“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” katanya.

Menurutnya, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.

“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.

“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain.

“Yang saya khuatir ialah soal akidah lima beradik itu dan saya sedih dengan tindakan si bapa menempatkan mereka dalam gereja,” katanya.

Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.

Katanya, lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini, dan kemelut yang berlaku dikhuatiri turut menjejaskan persiapan peperiksaannya.

Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris.



P/s : apa punya bapak la,sengaja cari nahas, kesian anak-anak dia, bapaknya bukan calang2 orang bergelar Doktor. Sijil sahaja hebat, otak belum tentu waras.

Kerana terlalu asyik bergayut telefon gadis sunti mati dipanah petir

sekadar hiasan


( Harian Metro )
TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin.
Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan.
 
gambar kecil mangsa

Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya.

Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari.

“Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit.

“Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan.


“Selepas teguran itu, saya ingatkan dia masih di rumah rakannya dan berbuka di sana. Bagaimanapun, perasaan saya bercampur curiga berikutan dia masih tidak pulang selepas Maghrib, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Jalan Manal, di sini, semalam.

Rosnah berkata, dia terkejut mendapati rakan anaknya pulang ke kampung mereka di Salor, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di sekeliling rumah.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Saya bimbang berlaku kejadian tidak diingini dan terus mencarinya meskipun keadaan sekeliling mulai gelap.
 
 
kereta pun boleh hancur disebabkan panahan petir kejadian berlaku di German


“Bagaikan tidak percaya apa yang saya saksikan apabila menemui anak dalam keadaan separuh tubuhnya hangus, dipercayai terkena panahan petir berdekatan kawasan bangsal semak dan terlindung dari pandangan umum,” katanya.

Katanya, ketika itu Siti Munirah dalam keadaan terlentang, manakala baju T hitam dan seluar pendek merah jambu yang dipakainya turut terkena panahan petir dan hangus sebahagiannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa ditemui 50 meter dari rumah dalam keadaan terlentang dengan sebahagian badan hangus.

p/s : berhati-hati ketika petir dan kilat bersabung, elakkan diri kita dari berada dibawah pokok, dikawasan lapang, seeloknya kita berada di dalam rumah, apa pun takziah diucapkan kepada mangsa, sudah sampai masanya Allah untuk mengambil nyawanya, petir itu sebagai sebab sahaja.

Rabu, 3 Ogos 2011

sosej dan kek ayam dibuat daripada babi

Sungguh memalukan, akibat tidak mengutamakan sumber makanan yang digunakan untuk membuat sosej dan juga kek ayam, menyebabkan ramai orang islam memakan makanan berasaskan babi, yang jelas haram. Keadaan ini disebabkan oleh sikap sambil lewa masyarakat islam itu sendiri. Ternyata orang islam masih kekurangan ilmu pengetahuan samaada dalam bidang agama islam itu sendiri dan juga ilmu mengenai sumber makanan itu.





Kita semua sudah maklum bahawa sosej dan kek itu diimport daripada Negara Thai yang sudah di ketahui suka makan babi, mereka yang membuat makan ini adalah bukan islam, kenapa kita masih mengimport makanan daripada orang bukan islam. Sudah pastilah mereka yang bukan islam tidak arif mengenai makanan orang islam.




 Kesimpulannya kita hendaklah menjauhi dari memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan islam.

Kek lapis menggunakan mentega babi

[BH] KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
 





 
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.  

P/s: Sila ambil perhatian! Mentega ini berdasarkan laporan media lazim digunakan dalam pembuatan kek Sarawak sejak empat dekad lalu. 

Yang peliknya, Malaysia yang kononnya mahu menjadi hab halal serantau gagal memastikan makanan yang dibawa masuk ke negara ini halal atau tidak. Sepatutnya, sebelum dipasarkan, makanan yang tidak halal perlu diberi label "TIDAK HALAL" secara jelas agar orang Islam tidak membelinya. Bukan makanan HALAL sahaja diberi label, tetapi makanan tidak halal perlu diberi label. Pengilang/pengedar yang didapati mengeluarkan/mengedarkan/menjual makanan yang mengandungi unsur tidak halal perlu dikenakan hukuman yang berat.