Jumaat, 27 April 2012

Pelajar berkhalwat di hotel

 
Pelajar berkhalwat di hotel
SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.sinarharian.

Upah seks ‘tutup mulut’


Tertuduh
TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah ‘tutup mulut’.

Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera.

Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya.

Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.

Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut.

Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian.

Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam.

Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu.

Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan.sinarharian.

Rogol dalam kelas kosong

REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama ­seorang pelajar asrama di ­sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak balik ke pos kawalan.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan tingkatan lima.

“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.

“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan ­itu kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan ­reman dari 16 hingga 23 April ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.sinarharian.

Anggota polis Istana Anak Bukit mati ditembak

ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.
"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.
Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.
Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.
Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.
Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.
Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Lagi negro buat tahit... ganggu isteri orang


                    
Suspek cedera teruk dibelasah penduduk.
Suspek cedera teruk dibelasah penduduk.
 
PETALING JAYA – Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.
Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini.
Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.
“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.
“Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.
“Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.
Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.
“Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.sinarharian.

samseng tahit kucing ditembak mati,mati katak kalau hidup menyusahkan orang lain.

AMPANG: Dua lelaki yang disyaki dalam perjalanan ke lokasi tertentu untuk melakukan jenayah ditembak mati sepasukan polis di Jalan Ampang di sini, lewat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, dua penjenayah berusia 24 dan 26 tahun menaiki sebuah kereta itu dikatakan melepaskan tembakan ke arah anggota polis selepas mereka diekori pasukan peronda (MPV).
 
MATI...suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
MATI...suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.


Terdahulu, penjenayah rakyat tempatan yang menaiki kereta Honda Civic itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Desa sebelum pasukan polis bertindak mengarahkan kenderaan suspek berhenti di Jalan Ampang berdekatan Stesen LRT Ampang untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata sejurus diarah berhenti, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah MPV menyebabkan anggota polis terbabit terpaksa membalas tembakan.
“Dalam kejadian tembak menembak itu, kedua-dua suspek terkena tembakan dan mati di tempat duduk akibat masing-masing manakala anggota polis tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai rekod jenayah namun polis masih menyiasat lokasi kegiatan jenayah yang dituju mereka.

“Suspek warga tempatan itu mati di tempat kejadian dan pemeriksaan kami menemui senjata api yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati.hmetro.

Dara sunti cantas anu perogol,padan muka...

KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.
Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.


“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam.hmetro.

Lagi binatang buang anak,pandai buat tapi tak pandai jaga.

BALIK PULAU: Suara tangisan bayi di lorong belakang sebuah rumah membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki di Taman Permatang Indah, Batu Maung, tengah malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah malam apabila seorang lelaki berusia 30-an bersama isterinya terdengar suara bayi menangis dipercayai akibat kelaparan selepas ditinggalkan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain berkata, apabila penghuni rumah berkenaan membuat pemeriksaan di kawasan lorong belakang kediaman itu, mereka menemui bayi terbabit.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila melihat seorang bayi seberat 2.3 kilogram yang masih bernyawa dalam keadaan berselimut dengan kain batik dan masih bertali pusat.

Katanya, lelaki terbabit membawa bayi berkenaan ke Unit Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak bayi berkenaan menghadapi masalah kesihatan selepas ditinggalkan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan hospital terhadap bayi berkenaan mendapatinya sihat, tetapi kini dirawat di wad dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.hmetro.


Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan selain mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan mengenai penemuan itu.

Lelaki intai jiran mandi

AMPANG: Seorang lelaki miang sanggup menceroboh masuk rumah jiran wanita bujangnya di Pandan Indah, di sini semata-mata untuk mengintai jiran wanita terbabit mandi, kelmarin.
Bagaimanapun, sumber berkata, tindakan lelaki terbabit disedari wanita berusia 28 tahun itu yang berasa tidak sedap hati sebaik melihat bayangan hitam dari pintu bilik air rumahnya.

“Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dipercayai masuk ke bilik air untuk mandi sebelum ke tempat kerjanya. “Namun, ketika mandi, mangsa berasa tidak sedap hati selepas melihat ada satu bayangan hitam di luar pintu bilik airnya. Mangsa kemudian membuka pintu dan terkejut melihat seorang lelaki sedang mencangkung di depan bilik airnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang juga jiran mangsa kemudian bertindak melarikan diri.

Katanya, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Pandan Indah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Isnin, 23 April 2012

Guru sasaran lepas geram

JIKA disoroti kisah guru dan pelajar dulu, wujud persoalan mengapa kedua-dua golongan itu ibarat bermusuhan kini.
Biarpun terkenal tegas dan garang, rasa hormat pelajar pada guru masih tinggi dan tidak tergamak bersengketa hanya kerana dihukum.
Malangnya, zaman kini berbeza kerana pantang dicuit, kedua-dua pihak pasti berbalah dan bertegang urat mempertahankan pandangan serta hak masing-masing.

Guru juga dikatakan sudah berani bertindak di luar batas profesionalisme manakala pelajar semakin galak mengambil tindakan sendiri ‘memalukan’ guru.
BINCANG...guru perlu bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sekali gus mempertahankan profesionalisme juga integriti sedia ada. - Gambar Hiasan
BINCANG...guru perlu bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sekali gus mempertahankan profesionalisme juga integriti sedia ada. - Gambar Hiasan

Persoalannya, di manakah nilai kedudukan guru di mata pelajar juga hak pelajar di sisi guru?

Adakah pelajar sengaja mencipta masalah dan masihkah guru menjadi golongan dihormati atau sebaliknya?

Mantan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata sukar mentafsirkan taraf kedudukan guru hari ini kerana pelajar tidak mempunyai rasa hormat kepada golongan itu.

Malah, lebih mendukacitakan apabila mereka menjadikan guru sebagai musuh yang perlu diperangi.

“Inilah hakikat terpaksa ditelan guru hari ini. Mereka terpaksa berdepan pelajar yang tidak langsung mahu mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru.

“Malah, ada yang menjadikan guru sebagai golongan sasaran untuk melepaskan dendam.

“Semakin moden cara berfikir, semakin kecil peranan guru di mata pelajar hingga hilang rasa hormat,” katanya.

Akuinya, pelajar hari ini sudah semakin berani dan nekad mengambil tindakan sendiri sekiranya dihukum.

“Dulu, rasa takut dan hormat pelajar pada guru menggunung tinggi. Sekarang mereka lihat guru semakin kecil dengan peranan yang terbatas.

“Kuasa guru juga semakin terikat seperti tidak boleh merotan sesuka hati dan ibu bapa juga mudah melenting jika anak mereka ‘disentuh’,” katanya.

Beliau berkata, pelajar hari ini tidak memahami hasrat murni guru apabila dikenakan hukuman dan menganggapnya mencabul hak asasi individu.

Manakala guru pula dianggap menggunakan status dan kuasa untuk ‘mengikat’ pelajar bagi menurut perintah.

“Keadaan ini menimbulkan kerumitan kerana masing-masing ada hujah untuk menegakkan pendirian. Isu kecil menjadi besar terutama jika membabitkan penggunaan fizikal.

“Ditambah lagi sikap kedua-dua pihak yang tidak sebulu menjadikan pertelingkahan semakin serius dan meletakkan nilai murni di tangga paling bawah,” katanya.

“Keadaan ini menunjukkan betapa kroniknya konflik hubungan kedua-dua pihak biarpun berada di bawah satu bumbung.

“Guru mahupun pelajar seharusnya perlu bijak menilai dan jangan babitkan emosi kerana tidak menyelesaikan masalah.

“Juga, usah menyalahkan antara satu sama lain kerana masing-masing ada kelemahan dan berhak menerima teguran demi kebaikan bersama,” katanya.

Deretan isu panas membabitkan guru dan pelajar kini mengundang pelbagai persepsi kerana kedua-duanya tidak pernah berhenti bertingkah, sekali gus menggugat keharmonian dunia pendidikan negara.

Pertelingkahan itu turut menimbulkan pertanyaan mengapa mereka ibarat seteru dan begitu kontras hingga dihambat kontroversi.

Sikap saling tidak memahami juga penggunaan simbolik ‘perintah dan menurut’, katanya, menjadi punca mereka bermusuhan walaupun hanya isu kecil.

“Ada segelintir guru atau pelajar lebih suka ia menjadi sensasi supaya boleh diketahui ramai.

“Sepatutnya kedua-dua pihak perlu hormat antara satu sama lain, bukan merendahkan maruah masing-masing,” katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju tindakan guru yang merotan, menghukum atau melakukan perkara di luar batas kemanusiaan wajar dikenakan tindakan tegas.

“Jika guru memang bersalah wajar tindakan tegas diambil. Status disandang bukan bermaksud boleh menghukum atau menganiaya pelajar sesuka hati.

“Pelajar yang melanggar peraturan dan tidak berdisiplin juga wajar dikenakan hukuman. Jangan ada sikap pilih kasih,” katanya.

Katanya, bukan mahu menyalahkan, namun ramai ibu bapa lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil tahu persekolahan anak sebaliknya menyerahkan tanggungjawab itu pada guru.

“Apabila anak mengadu, mereka drastik mengambil tindakan tanpa menyelidik lebih lanjut,” katanya.

Beliau yakin insiden buruk membabitkan guru-pelajar hanya kes terpencil yang boleh diperbaiki.

“Guru, ibu bapa dan pelajar juga perlu bersikap lebih terbuka, realistik, saling mempercayai dan menyokong antara satu sama lain. Pendidikan perlu berlangsung secara harmoni bagi menjamin hak semua.

“Jangan kerana persengketaan, hubungan renggang. Kita akan rugi dan menanggung sesalan kelak,” katanya.hmetro.

Peragut diikat dibelasah

Padan muka peragut yang malas bekerja.....rasakan oleh kau penangan orang ramai....

KUANTAN: Cubaan seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas bukan saja gagal, malah dia bermandi darah akibat dibelasah orang ramai selepas diikat pada tiang telefon, di Permatang Badak, di sini, tengah hari, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, peragut yang berusia 20-an dan tinggal di Kampung Chendering, di sini, cedera di muka akibat dibelasah.

Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin sebelum berjalan menuju ke arah mangsa yang berusia 60-an. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan lelaki terbabit sudah ditangkap dan diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit tidak sempat melarikan diri kerana gagal menghidupkan enjin motosikal sebelum diberkas orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Katanya, polis menghargai kerjasama orang ramai dan berharap tindakan berani sedemikian diteruskan pada masa akan datang bagi membanteras kegiatan jenayah.

“Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi,” katanya di sini, semalam.hmetro.

Jumaat, 20 April 2012

Anak tiri yang derhaka

KESAL...Dollah (kiri) ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
KESAL...Dollah (kiri) ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.
GOMBAK: “Sudahlah mereka ugut nak bunuh anak saya, nak berjumpa dengan isteri saya pun, saya terpaksa lakukan secara sulit sedangkan sebelum ini saya yang membesarkan mereka.”
Itu keluhan seorang lelaki yang kecewa dengan tindakan dua anak tiri perempuannya berusia 17 dan 20 tahun yang didakwanya turut pernah mengancam mencederakannya dengan parang serta merosakkan motosikalnya.
Dia yang mahu dikenali sebagai Dollah, 48, yang cacat di kaki akibat kemalangan jalan raya pada 2010, kini hanya berpeluang berjumpa dengan isteri keduanya itu seminggu sekali secara sulit, sama ada di restoran ataupun tempat kerja wanita itu.

Dollah berkata, selepas perkahwinan dengan isteri keduanya itu pada 2005 dia mengambil tanggungjawab membesarkan empat anak tirinya iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.


“Hasil perkahwinan ini saya dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun, tetapi sejak empat bulan lalu saya langsung tidak dapat berjumpa anak saya itu kerana dihalang dua kakak tirinya.harianmetro.

Bayi zuriat suspek

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bayi yang cuba dijual di sebuah bar di Jalan Hang Kasturi, di sini, petang kelmarin, adalah anak lelaki warga Myanmar yang ditahan polis di tempat kejadian.
Difahamkan, isteri suspek yang juga ibu kandung bayi lelaki berusia empat bulan itu juga sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung cubaan menjual bayi terbabit dengan harga RM4,000.
sekadar hiasan

  Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan siasatan lanjut dijalankan. “Hasil siasatan mendapati bayi lelaki berkenaan anak suspek yang ditahan ketika serbuan di sebuah bar di ibu negara petang semalam (kelmarin).

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan,” katanya di sini, semalam.harianmetro.




Sudah ajal....

Pelajar perempuan meninggal dunia di sekolah akibat sesak nafas
JOHOR BAHARU: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat meninggal dunia akibat sesak nafas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika Nur Farhana Rusli, 16, sedang berada di dalam makmal bagi sesi pembelajaran subjek Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik.
"Guru Nur Farhana, Tam Poh Ngoh dengan dibantu seorang pelajar terus membaringkannya di atas katil sebelum menghubungi ambulans dan bapanya. Anggota paramedik yang tiba kira-kira jam 10 pagi kemudian mengesahkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zainuddin berkata bapa Nur Farhana yang merupakan seorang pemandu teksi memberitahu anak bongsu daripada lima adik beradik itu tidak pernah menghidap sebarang penyakit sebelum ini.


Beliau berkata pengetua sekolah tersebut, Abdullah Abd Hamid turut mengesahkan Nur Farhana tidak pernah mengalami sebarang penyakit sepanjang bersekolah di situ sejak Tingkatan Satu dan dia merupakan seorang pelajar yang berdisiplin.

"Siasatan awal setakat ini mendapati tiada unsur jenayah berlaku terhadap kematian Nur Farhana. Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya. - Bernama

Proton perve keluaran terbaru kereta Malaysia.

pandangan hadapan



pandangan dibahagian dalam
pandangan belakang

Anak bekas PM Australia kawin gadis melayu di Gereja?


 
Gempar berita panas sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.

Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.

Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya. Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu.

Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007.

Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.

Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.

“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.

Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.

kisah mereka boleh dilayari di sini -> http://www.news.com.au/national/nicholas-rudd-marries-zara-shafruddin-at-st-james-church-in-sydney/story-e6frfkvr-1226326755787

sumber : mynews hub

Dramatis Miss Nina bersama Mahasiswa menuntut PTPTN dihapuskan.


Kelihatan seorang dramatis yang dikenali dengan Miss Nina mengambil bahagian bersama mahasiswa menuntut PTPTN dihapuskan. Mengikut satu sumber Miss Nina ini adalah bekas pelajar  USM dalam kursus Drama dan pengarahan filem. Negara kita bebas untuk berpolitik, jadi bagi penulis tidak salah kita memilih parti yang kita suka, samaada dari pihak kerajaan atau pembangkang.

FOTO BERAHI & LUCAH FITNAH GADIS MCA TERSEBAR !!



CYBERJAYA 13 April - Wanita MCA Selangor mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyiasat blog suarakeadilanmalaysia.wordpress.com yang mengaitkan Ketua Beliawanis parti itu, Tee Hooi Ling dengan imej lucah.

Ketuanya, Chew Lee Giok berkata, tindakan blog tersebut memfitnah Hooi Ling menggunakan seksualiti beliau untuk melobi sebagai calon pada pilihan raya akan datang amat tidak bertanggungjawab.

"Oleh itu, SKMM perlu mengambil tindakan segera termasuk memastikan gambar dan kandungan artikel tersebut dihapuskan daripada blog tersebut.

"Usaha juga perlu dilakukan untuk menghalang blog tersebut daripada terus menyiarkan kandungan yang memalukan itu kerana ia menjatuhkan imej dan maruah ahli politik muda ini," katanya. - UM.
Di bawah adalah printscreen blog tersebut dan artikel tersebut yang di siarkan pada 5hb April 2012.
 
sumber:http://novandri.blogspot.com/

Zahida Rafiq dikatakan telah berkahwin dengan Menteri?

 






PENAMPILAN bekas pemandu pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi bersama-sama dengan Ketua Wanita PKR, YB Zuraida Kamarudin di Parlimen kelmarin dilihat bakal membongkar satu lagi salah laku membabitkan pemimpin tertinggi UMNO iaitu Naib Presidennya sendiri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal.

Dakwaan bahawa Shafie mempunyai skandal dengan artis cantik molek kacukan Melayu-Pakistan ini memang menarik untuk diperkatakan. Apatah lagi bila ia juga membabitkan sejumlah wang yang besar yang didakwa Azman dibayar oleh Shafie kepada Zahida setiap bulan.

Tapi dalam masa yang sama penulis tidak boleh menolak dari berasa curiga dengan niat Azman menggunakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk membuat pendedahan ini, kerana kelihatannya Azman cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Zuraida.

Berdasarkan maklumat penulis, Shafie dengan Zahida dikatakan telah bernikah di London tidak beberapa lama dahulu. Antara punca kenapa Zahida menghilangkan diri dari dunia artis secara tiba-tiba juga dikaitkan dengan pernikahan tersebut.

Penikahan ini dirahsiakan demi menjaga hati isteri pertama Shafie, Datin Seri Shuryani binti Shuaib dan 6 orang anak mereka. Dalam erti kata lain, Zahida adalah isteri kedua Shafie.

Justeru, penulis curiga kenapa Azman yang mengaku sebagai orang kepercayaan Shafie, tidak boleh menghidu berita pernikahan kedua mereka ini? Takkanlah selama 5 tahun bertugas sebagai pemandu Zahida, tidak terbit sekalipun gerak geri dan perkataan yang menjurus kepada pernikahan keduanya?

sumber:http://info4thetruth.blogspot.com/

Khamis, 19 April 2012

Glock Gen4 ganti pistol PDRM


KUALA LUMPUR – Glock Gen4 dipilih Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai senjata terbaharu pasukan itu.
Ia merupakan generasi terkini dalam keluarga pistol bereputasi tinggi keluaran firma persenjataan global, Glock Ges.m.b.H Austria.
Wakil Glock di rantau ini, Sven de Souter berkata, Glock Gen4 merupakan revolusi terkini penciptaan pistol.
Ia juga mesra pengguna termasuk kepada penembak kidal.
Katanya, pistol ini memiliki ciri-ciri lebih baik seperti rekaan pemegang tangan yang boleh diubah suai.
“Ia juga menggunakan sistem dwi spring bagi mengurangkan kesan tendangan dan teknologi ini bukan sahaja menambahkan kelasakan pistol tetapi juga memanjangkan jangka hayatnya," ujar beliau.
Variasi Glock Gen4 yang dipamerkan pada Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di sini menarik perhatian ramai.kosmo.

Jenayah seksual naik 36 peratus

sekadar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.
“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.
“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya.kosmo.

Padah terima rasuah RM5,000


Padah terima rasuah RM5,000












AYER KEROH - Dua kakitangan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian negeri, termasuk seorang bekas penolong pengarah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menerima rasuah RM5,000 di dua lokasi berbeza, tahun lalu.
Danial Rahmad, 46, dan Lilyhanah Abdul Salam, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap dua pertuduhan, termasuk satu yang dituduh secara berasingan.
Berdasarkan pertuduhan, Danial sebagai Penolong Pegawai Tanah di Unit Pengambilan Tanah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian negeri, telah cuba memperoleh rasuah daripada Tee Seng Hoo melalui Battua Abd Rahman sebanyak RM5,000 sebagai dorongan membantu mengelakkan tanah milik Seng Hoo di Lot 2288 Mukim Sungai Udang Melaka diambil semula, daripada 16 hingga 31 Julai 20011.
Lilyhanah sebagai penolong pengarah di unit sama dituduh menerima suapan RM5,000 melalui Toh Meng Leng bagi urusan yang sama di hadapan Maybank Cawangan Cheng, Taman Cheng Baru, kira-kira jam 10.35 malam pada 8 Ogos 2011.
Kedua-duanya turut dituduh secara bersama-sama bersetuju menerima suapan RM5,000 daripada Seng Hoo melalui Meng Leng sebagai dorongan melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal iaitu membantu mengelak tanah milik Seng Hoo di Lot 2288 Mukim Sungai Udang diambil semula.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut nilai mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail meminta mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh.
Bagaimanapun, Danial yang diwakili peguam bela, Gan Seong Kim dan Lilyhana yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan.
Selepas mendengar rayuan, Ahmad Sazali membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 seorang dan menetapkan 18 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.sinarharian.

Padah guna kad kredit orang lain

UKIT BERUANG - Tindakan seorang pekerja butik kecantikan menggunakan kad kredit milik orang lain untuk membeli pelbagai barangan mewah akhirnya mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.


Wanita berusia 20-an itu menggunakan kad kredit terbabit sebanyak sembilan kali untuk membeli pelbagai barangan, antaranya dompet dan dua utas jam tangan mewah mencecah RM3,000.
Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit terbongkar apabila pihak bank yang mengeluarkan kad kredit berkenaan mengesyaki sesuatu dan terus menghubungi pemiliknya, seorang kakitangan kerajaan berusia 33 tahun.
Difahamkan, pemilik kad kredit terbabit telah memaklumkan kad berkenaan hilang, tiga hari lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, wanita terbabit dipercayai telah menggunakan kad kredit berkenaan berulang kali.
Katanya, kali terakhir wanita terbabit dikesan menggunakannya di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Banda Hilir.
Menurutnya, hasil laporan yang dibuat pemilik kad terbabit, polis terus membuat intipan terhadap pergerakan wanita berkenaan sehingga membawa kepada penangkapannya.
“Kita berjaya menangkap wanita terbabit di rumahnya di Tengkera, kelmarin,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Negeri di sini semalam.
Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.sinarharian.

Didenda jual lauk ada bakteria


Didenda jual lauk ada bakteria













AYER KEROH - Seorang pengusaha sebuah kafeteria di Hospital Melaka, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menjual ayam masak kurma yang mengandungi bakteria coliform, Mei tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap Rozailina Zainol, 33, yang mengaku pertuduhan disabitkan ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, Rozailina didapati menjual ayam masak kurma kepada Pegawai Berkuasa Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Mohd Azrol Nizam Aziz, setelah dianalisis di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, Selangor, mengandungi 240 coliform.
Rozailina didapati melakukan kesalahan itu Kafeteria Hospital Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil kira-kira jam 3.15 petang pada 18 Mei 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2001) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Iskandarsah Mohd Sah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak mempunyai rekod lampau.sinarharian.

PTPTN: 60 lelaki serang aktivis mahasiswa

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Malaysia Bangkit kesal apabila sekumpulan samseng menyerang aktivis mahasiswa yang berhimpun di Dataran Merdeka di sini, awal pagi tadi.
sekadar hiasan

 
Pengerusinya, Mohd Syahid Zaini berkata, seramai 60 lelaki menyerang mereka ketika sedang duduk di tapak selepas mengadakan program 'Universiti Merdeka'.
 
Menurutnya, "pelbagai perkataan kesat dilemparkan, malah kami tidak menyerang atau bertindak balas dengan perbuatan mereka."
 
"Kumpulan lelaki terbabit telah merosakkan beberapa peralatan termasuk kamera, telefom bimbit.
 
"Rakan kami juga telah dipukul oleh mereka dan mengalami pendarahan di kepala," katanya.
 sumber:sinarharian.

Tun Dr Mahathir dibenar pulang


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini selepas menjalani pembedahan kecil, dibenar pulang hari ini.
Bekas perdana menteri itu menjalani pembedahan kecil untuk membuang polip nasum (nasal polyps) Selasa lalu. 
Beliau dibenar pulang pada jam 10.30 pagi, kata kenyataan yang dikeluarkan pembantunya.

"Beliau sihat dan doktor berpuas hati dengan keadaannya," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Dr Mahathir akan terus diberi cuti sakit sehingga akhir minggu dan dinasihat berehat di kediamannya.

Pembedahan selama sejam itu dijalankan oleh sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed. - Bernama

Lelaki OKU dipenjara tujuh tahun, enam sebatan liwat pakcik, dua adik

KLANG: Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat bapa saudaranya yang juga seorang OKU serta dua adik kandungnya berusia lapan dan 10 tahun, bulan lalu.
Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh yang berusia 22 tahun menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 April lalu. 


Lelaki itu, yang berasal dari Sekinchan, Sabak Bernam didakwa meliwat bapa saudaranya yang berumur 41 tahun serta dua adik kandungnya yang berusia lapan dan 10 tahun di bilik hadapan sebuah rumah di Sekinchan, antara 10.30 malam dan 11.30 malam pada 23 Mac lalu.

Tertuduh, yang bekerja sendiri dan tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang merupakan seorang yang lembam memanggil bapa saudaranya masuk ke dalam bilik itu di mana kedua-dua adik lelakinya turut berada di dalam bilik sama.

Tertuduh kemudian meliwat kedua-dua adiknya sehingga mereka menangis sambil disaksikan bapa saudaranya.

Tertuduh kemudian meminta bapa saudaranya untuk membuka seluar dan baju serta meniarap sebelum bertindak meliwatnya di hadapan kedua-dua adiknya pula.

Tertuduh turut berpesan kepada mereka supaya tidak memberitahu ibunya mengenai kejadian itu.

Kedua-dua adiknya kemudian mengadu kepada ibu mereka mengenai perbuatan tertuduh dan ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menjalani pemeriksaan.

Ekoran itu, tertuduh ditangkap pada 5 April lepas dan siasatan mendapati dia adalah seorang OKU yang disahkan oleh pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azilah Mat yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan tertuduh sangat serius kerana ketiga-tiga mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

"Tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan ketiga-tiga mangsa memandangkan dua mangsa adalah adiknya manakala bapa saudaranya adalah seorang lembam," katanya. - Bernama

Dua penjenayah mati ditembak


JALALUDDIN Abdul Rahman menunjukkan gambar dua suspek penjenayah yang disyaki terlibat dengan Kumpulan Buyong maut ditembak di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 18 April - Dua anggota Kumpulan Buyong yang paling dikehendaki di Kelantan mati ditembak sepasukan anggota polis selepas berbalas tembakan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam tadi.
Dalam insiden kira-kira pukul 8 malam itu, penjenayah terbabit, Elezulhelmie Ilias, 24, dan Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, maut di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat awam, sepasukan anggotanya segera menyerbu hotel tersebut untuk menahan suspek.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua suspek bertindak terjun keluar dari bilik hotel tersebut lalu melepaskan tembakan ke arah polis.
"Kami cuba untuk menahan suspek tetapi seorang daripadanya telah melepaskan tembakan menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri.
"Kedua-dua suspek mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Menurut Jalaluddin, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol semi automatik, sepucuk pistol palsu jenis Revolver, dua bilah parang, empat keping kad bank, lima keping lesen memandu, satu kad pengenalan dan dua cukai jalan.
Katanya, polis turut menemui sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang di Ajil, Hulu Terengganu pada 27 Mac lalu bersama satu kad pengenalan pemilik asal kereta tersebut.
"Siasatan mendapati kedua-dua penjenayah itu merupakan anggota Kumpulan Buyong yang sangat dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah samun bersenjata termasuk cubaan membunuh di negeri ini.
"Kedua-dua suspek ini juga dipercayai terlibat dengan lapan kes jenayah yang berlaku sepanjang tahun ini melibatkan tiga kes di Kota Bharu, tiga di Bachok dan dua lagi kes di Pasir Mas," ujarnya.
Jalaluddin memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan laporan kematian mengejut.
Beliau turut meminta orang ramai terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu menangani kejadian jenayah dengan menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan IPK Kontinjen Kelantan di talian 09-7450999.utusanmalaysia.

Pengacara popular hampir mati akibat minum peluntur

16 Apr – Seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja sampai ke pengetahuan kami mengenai seorang pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam.
Pengacara popular hampir mati akibat minum peluntur
Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.
Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.
Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakkan akal pendek yang dilakukannya, dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.
Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

Ahad, 15 April 2012

Jumpa bayi atas but kereta


MUAR 14 April - Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan dalam tong polisterin yang biasanya digunakan untuk menyimpan ikan di Kampung Parit Pechah, Parit Jawa di sini hari ini.
Bayi tersebut hanya dibaluti tuala dalam keadaan berpeluh dan menangis, ditemui diletakkan atas but kereta milik seorang lelaki di sebuah masjid di kampung berkenaan pada pukul 6.30 pagi.
Menurut pemilik kereta berkenaan, Abdul Rashid Siraj, 73, dia baru selesai menunaikan solat subuh sebelum menemui kotak itu.




"Saya terkejut kerana terdapat seorang bayi di dalamnya. Turut ditemui di tepinya sekeping nota yang menyatakan bahawa ibu bapa bayi itu adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Nota berkenaan menyatakan nama bayi perempuan itu ialah Salamiah Hasanah manakala ibunya, Sri Susanti dan bapanya, Khairulanam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

3 Penjenayah ditembak mati.

KUALA LUMPUR 14 April - Tiga penjenayah yang dikehendaki kerana dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Seksyen 18 Shah Alam pada 6 April lalu mati ditembak selepas kenderaan mereka dikepung polis dalam kejadian berbalas tembakan di Bulatan Cheras, di sini hari ini.
Dalam insiden pukul 11.30 pagi itu, dua daripada suspek mati di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas cedera parah terkena tembakan.


Dua penjenayah berusia 24 tahun dan seorang lagi 40 tahun itu diburu selepas melarikan barang kemas berjumlah RM600,000 dalam kejadian samun berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, bertindak atas maklumat, ketiga-tiga lelaki warga tempatan yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV), Proton Exora itu berjaya dikesan di lokasi kejadian.
 

Menurutnya, menyedari mereka diekori polis, kenderaan suspek bertindak melarikan diri dan merempuh dua buah kereta orang awam di Bulatan Cheras.
"Kenderaan suspek kemudian berjaya dikepung dan salah seorang daripada penjenayah yang berada di sebelah pemandu telah melepaskan tembakan dengan menggunakan sepucuk pistol.
"Polis kemudian terpaksa membalas tembakan kerana bimbang keselamatan orang awam yang berada berdekatan," katanya di sini hari ini.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui sepucuk pistol, sebilah parang dan dadah jenis syabu di dalam Proton Exora itu yang dilaporkan dicuri di Kajang baru-baru ini.
Chin Wah memberitahu, siasatan mendapati seorang daripada suspek yang berusia 24 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan samun.
Sehubungan itu, beliau turut meminta pemilik dua buah kereta yang dirempuh penjenayah supaya tampil membuat laporan polis.utusanmalaysia.

Ejen rahsia Obama langgan pelacur


CARTAGENA 14 April - Sekurang-kurangnya 12 ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) yang dihantar ke Colombia untuk membantu melindungi Presiden Barack Obama pada sidang kemuncak serantau di sini dihantar pulang kerana didakwa terlibat dengan salah laku seksual.
Ejen khas Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan dalam satu kenyataan semalam berkata, beberapa dakwaan salah laku dibuat terhadap kakitangan Perkhidmatan Rahsia di Cartagena sebelum ketibaan Presiden.
"Disebabkan dakwaan itu, kakitangan terlibat dilucutkan tugas mereka, dihantar balik ke tempat asal mereka bertugas dan digantikan oleh kakitangan Perkhidmatan Rahsia yang lain," katanya.