Jumaat, 6 April 2012

Geng 'Awang Hitam' godam e-mel tipu peniaga

MELAKA - Kegiatan penipuan yang didalangi oleh warga Afrika semakin menjadi-jadi apabila kerap menukar modus operandi yang digunakan untuk menipu mangsa khususnya menggunakan medium Internet.


sekadar hiasan

Terbaru, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka membongkar satu lagi bentuk penipuan yang didalangi oleh warga Afrika dengan cara menggodam e-mel mangsa sebelum menyamar sebagai rakan niaga dan meminta mangsa menjelaskan bayaran hutang.
Ketua JSJK negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, pada 30 Mac lalu, seorang peniaga yang menjalankan urusan import eksport berusia 45 tahun menerima e-mel daripada sebuah syarikat di Indonesia menuntut menjelaskan bayaran barangan yang dibelinya berjumlah RM85,000.
"Mangsa yang beranggapan e-mel itu daripada syarikat pembekal barangan yang mempunyai kaitan dengan perniagaannya kemudian membuat bayaran sebanyak dua kali iaitu RM45,000 dan RM40,000 melalui akaun sebuah bank yang dinyatakan dalam e-mel tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.kosmo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan