Khamis, 5 April 2012

PEKELILING JPA TENTANG GAJI BARU SSM 2012

Pekeliling JPA tentang gaji baru SSM 2012 – Salam 1Malaysia dan 1Dunia..Maaf kerana beberapa hari ini website ini mengalami masalah sikit .Ini kerana putera sedang dalam proses bertukar hosting dari Netkl ke server Freak. Perpindahan ini kerana kebelakangan ini putera asyik mengalami masalah bandwidth yang selalunya exceed dan juga CPU resource.Sekarang ni masalah itu dah selesai..Sebenarnya bukan nak cerita pasal tukar hosting tapi nak cerita pasal pekeliling jpa tentang gaji baru ssm 2012 yang sudah dikeluarkan oleh JPA. Ramailah agaknya penjawat awam merasa gembira dengan keluarnya berita ini , lebih-lebih lagi tertulis dalam pekeliling tu tarikh kuatkuasanya bermula 1 januari 2012. Ini bermakna pasti akan ada bayaran tunggakan untuk kenaikan 13% tu kan.

GAJI BARU SSM 2012

Petikan daripada satu sumber,,,,
Pengiraan Pemindahan Gaji
Apa yang perlu anda lakukan ialah mengira berapa gaji baru SSM 2012 anda berdasarkan peratusan kenaikan gaji untuk 13% yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Caranya :
  • Pilih samada anda daripada daripada pecahan kumpulan yang berkaitan dengan anda

  • Masukkan gaji lama anda pada 31 Disember 2012. Dan akan tertera gaji baru anda (SSM) secara uatomatik selepas itu bermula 1 Januari 2012


  • SUMBER:http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan
    Kenaikan Gaji Tahunan(KGT)

  • KGT SSM baru ini adalah sama seperti yang terkandung dalam SBPA. Tiada perubahan

  • Berkaitan dengan kenaikan gaji tahunan (KGT), anda perlu menunggu surat kelulusan pergerakan gaji terlebih dahulu. Biasanya sekitar hujung bulan 5 atau awal bulan 6.
  • Jikalau sudah dapat surat daripada jabatan, barulah boleh dapat gaji baru SSM untuk tangga gaji baru bersama-sama tunggakan kenaikan gaji tahunan (KGT)

  • Berdasarkan maklumat yang diperolehi berdasarkan lampiran gaji, kenaikan gaji tahunan melibatkan gred 41 adalah sebanyak RM225. Maknanya kalau sebelum ini sudah bertahun-tahun, anda hanya menerima kenaikan gaji tahunan RM90 sahaja, kali ini ia melompat terus kepada RM225. Itu untuk DG41 sebagai contoh.

  • Apabila sudah menerima surat pengesahan daripada jabatan, barulah kirannya seperti ini :

  • RM225 x dengan berapa bulan yang tertunggak. Contohnya : Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) Januari, tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) anda boleh dapat sekitar bulan 7.


  • Malaysia Web Hosting

    PENGIRAAN GAJI BARU SSM 2012

    Pengiraan Gaji SSM Baru 2012 :
    Anda boleh mula mengira gaji masing-masing bersama-sama rakan-rakan pembaca yang lain di sini. Mungkin anda boleh kongsikan anda daripada gred mana, dan disertakan juga contoh pengiraan di sini….

  • Dapat kenaikan gaji baru SSM itu sebanyak 13%, kemudian anda akan dapat tunggakan sebanyak tunggakan 13%

  • Gaji baru SSM 2012 = (Gaji 31 Disember 2011 x 13%) + Gaji pada 31 Disember 2011)

  • Seperti yang kami katakan sebelum ini, pada bulan April 2012 ini tunggakan 13% (selama 3 bulan) sekali dengan gaji baru SSM) anda

  • Merujuk semula kepada kenaikan gaji tahunan (KGT), ini bermakna pada bulan Julai kelak contohnya. anda akan memperolehi => RM225 x 6 (Januari – Jun) + (RMgaji baru SSM 2012 + RM225 KGT)

  • Antara Butiran Penting Pekeliling Perkhidmatan SSM Bagi Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam

  • COLA kakitangan awam akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Ini bermakna tiada tunggakan melibatkan COLA. Pelarasan 13 % itu mungkin datang sekali dengan penambahan COLA

  • Gaji minimum – maksimum bergantung kepada peringkat semasa SSM

  • Makluman setakat ini, difahamkan sudah tidak pakai lagi jadual sifir gaji seperti yang banyak dah tersebar sebelum ini di laman-laman lain di Internet. Pelarasan gaji sebanyak 13% itu, hanya sekali sahaja.

  • Dan apabila sampai sahaja tarikh pergerakan gaji tahunan, naik satu tangga gaji atau naik gaji sejumlah yang telah ditetapkan, sehinggalah mencapai gaji maksimum pada tangga gaji berkenaan.

  • DOWNLOAD PEKELILING GAJI BARU SSM 2012

    Download Pekeliling Perkhidmatan (Gaji Baru SSM 2012)
    Untuk mendapatkan pekeliling kenaikan ini, sila klik link di bawah ini dan download fail-fail yang terkandung di dalamnya :
    PP 1/2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
    PP 3/2012: Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA)
     sumber:http://digg.com/newsbar/story/pekeliling_jpa_tentang_gaji_baru_ssm_2012_hatiputera_dot_com?

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan