CYBERJAYA 13 April - Wanita MCA Selangor mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera menyiasat blog suarakeadilanmalaysia.wordpress.com yang mengaitkan Ketua Beliawanis parti itu, Tee Hooi Ling dengan imej lucah.Di bawah adalah printscreen blog tersebut dan artikel tersebut yang di siarkan pada 5hb April 2012.
Ketuanya, Chew Lee Giok berkata, tindakan blog tersebut memfitnah Hooi Ling menggunakan seksualiti beliau untuk melobi sebagai calon pada pilihan raya akan datang amat tidak bertanggungjawab.
"Oleh itu, SKMM perlu mengambil tindakan segera termasuk memastikan gambar dan kandungan artikel tersebut dihapuskan daripada blog tersebut.
"Usaha juga perlu dilakukan untuk menghalang blog tersebut daripada terus menyiarkan kandungan yang memalukan itu kerana ia menjatuhkan imej dan maruah ahli politik muda ini," katanya. - UM.
sumber:http://novandri.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan