Jumaat, 6 April 2012

Urut Bayar RM100 untuk berbogel

KUALA LUMPUR: “Antara pengalaman tidak dapat dilupakan ketika bekerja sebagai tukang urut adalah memberi khidmat urutan batin kepada remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang ‘datuk’ berusia 70 tahun.
“Memang menjijikkan, tetapi saya membuat pilihan bekerja di sini kerana mahu membesarkan anak yang kini berusia tujuh tahun,” luah Hani, 29, tukang urut tradisional dan batin yang mendedahkan kisah hidup serta pengalaman di tempat kerjanya, di sini.
sekadar hiasan


Menurut Hani, lebih setahun bekerja di pusat urut berkenaan, dia ditugaskan memberikan khidmat urutan tradisional kepada pelanggan selain sanggup melakukan urutan batin dan berbogel demi mendapatkan wang tambahan.

“Pendapatan bekerja di sini memang lumayan kerana saya mampu meraih lebih RM4,000 sebulan. Sebelum ini hanya bekerja di hotel di Shah Alam dengan pendapatan RM1,000 sebulan namun ia tidak mencukupi bagi saya,” katanya.


Hani berkata, selepas bercerai dengan suaminya yang juga kaki judi pertengahan tahun lalu, dia berhenti kerja di hotel terbabit sebelum bekerja di pusat urut berkenaan selepas memikirkan masa depan dan persekolahan anaknya.Harianmetro
p/s: bagi anak makan duit haram tidak kisah ke???biar gaji kecik janji halal bukannya alasan nk bagi anak makan,tp kerana diri sendiri inginkan kemewahan....semoga Hani bertaubat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan