Selasa, 10 April 2012

Zed Zaidi tidak setuju Aaron Aziz juara ABPH.

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2012: Pelakon, Zed Zaidi mengakui tidak menyokong kemenangan pelakon Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang berlangsung pada Ahad lalu.

Zed Zaidi Tak Sokong Artis Luar


Malah, sebagai Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata kemenangan tersebut seolah-olah telah menafikan hak artis tempatan.
"Saya hanya menyokong pemenang Anugerah Bintang Paling Popular itu jika artis itu adalah rakyat Malaysia dan saya juga tidak takut jika ada yang tidak bersetuju serta mahu menghentam saya dengan kenyataan ini.
"Saya bukan membenci Aaron Aziz, malah saya pernah bekerja dengannya dan saya tahu dia memang seorang pelakon yang hebat.
"Persoalan saya, bagaimana pula artis luar boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi di negara ini, lebih-lebih lagi untuk anugerah yang berprestij seperti itu.
"Saya hanya membela nasib artis Malaysia, tetapi jika ianya berlaku sebegini ia seolah-olah telah menafikan hak artis Malaysia sendiri," tegasya yang dihubungi oleh murai.com.my sebentar tadi.
Zed Zaidi diminta mengulas mengenai entri Twitter miliknya pada Ahad lalu yang seolah-olah seperti kecewa di atas kemenangan Aaron Aziz yang merupakan seorang warganegara luar.
Dalam entri tersebut, Zed Zaidi menulis " Aku lebih bangga kalau rakyat Malaysia yang menang!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana menggalakan artis luar merosakan industri seni".
"Terus-terang dalam luahan tidak puas hati saya itu, saya tidak tujukan kepada sesiapa secara khusus malah lebih kepada isu umum sebagai timbalan presiden Seniman.
"Bahkan ianya lebih tertumpu kepada artis luar dan bukan hanya pada Aaron Aziz dan anugerah tersebut sahaja. Terpulang pada persepsi orang untuk menilainya.
"Sebagai timbalan, saya perlu memperjuangkan serta menyuarakan nasib artis Malaysia supaya kerajaan sendiri mendengarnya.
"Bagi saya, kita perlu menyekat dan mengawal artis luar dari terus menguasai indusrti hiburan tempatan,"jelasnya lagi.
Menurut Zed lagi, anugerah seperti ABPBH perlu dikaji semula supaya hak artis tempatan terbela.
"Sebagai anugerah berprestij seperti itu, saya rasa mereka perlu mengkaji semula kategori atau sayarat kemasukan untuk artis luar negara.
"Jika mereka masih mahukan artis luar menyertainya, setidak-tidaknya adakan satu kategori untuk artis luar negara iaitu Bintang Paling Popular Luar Negara atau sebagainya," luahnya lagi.
Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz turut menyandang anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular pada ABPBH 2011.murai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan