Isnin, 31 Disember 2012

Kesian Bola Sepak Malaysia


FAM
 

FAM
 
HANYA Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung desakan gabungan penyokong bola sepak tempatan yang mahu badan induk bola sepak itu dirombak, kata Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen berhubung isu tersebut. Hanya orang yang bertauliah yang boleh memberi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2013 di Stadium Shah Alam semalam.

Jumaat lepas, satu gerakan gabungan penyokong bola sepak tempatan (PFSLJ) menggesa agar rombakan besar-besaran dilakukan terhadap pengurusan tertinggi FAM yang dikatakan tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lepas.

Mengenai perlawanan Piala Sumbangsih pada Sabtu ini, Hamidin berkata, saingan yang dijangka sengit antara juara Piala Malaysia 2012, Kelantan dan naib juara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bermula pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Tiket berharga RM20 bagi penonton berumur 12 tahun ke atas akan mula dijual pada Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 7 malam di stadium tersebut dan pada hari perlawanan dari 9 pagi.

"Pembahagian tiket adalah sama rata kepada kedua-dua belah penyokong pasukan dan kita menyasarkan jumlah penyokong antara 30,000 hingga 40,000 orang," kata Hamidin.

Beliau berkata ATM akan mengadakan latihan Jumaat ini di stadium tersebut bermula pukul 7.30 malam hingga 8.15 malam, manakala Kelantan di venue yang sama dari pukul 8.30 malam hingga 9.15 malam. - Bernama

p/s : selagi kaki ampu ramai kat dalam FAM dan mereka yang dapatkan jawatan untuk cari makan selagi itu la bola sepak kita merudum. Negara lain jika tidak berjaya dalam sesuatu perlawanan mereka terus meletak jawatan dan digantikan dengan orang baru...bila Malaysia akan menjadi seperti negera luar yang memegang jawatan bukan untuk cari makan tetapi untuk kebaikan persatuan.

Shila Amzah perluas karier di Shanghai

                  
 Shila Amzah
Shila Amzah antara artis yang melalui transformasi penghijrahan
Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.
Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.
“Selamat Tahun Baru!,” itulah ungkapan pertama daripada penyanyi, Shila Amzah, ketika Zass menghubunginya yang kini berada di Shanghai, China.

Sentiasa ramah dalam berbicara, penyanyi berusia 22 tahun ini semakin giat menempa nama di luar negara sejurus meraih kemenangan di Asian Wave 2012, di Shanghai, China, baru-baru ini.

Walaupun impiannya untuk menggenggam trofi sudah menjadi kenyataan, namun pelantun lagu, Patah Seribu, ini bijak menyusun perancangan demi perancangan masa depannya.

Menjuarai kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19), Shila turut melahirkan keinginan untuk mengadakan konsert dan ‘tour’ sendiri pada tahun 2013.

“Alhamdulillah, tahun 2012 menjadi lipatan kenangan yang sangat manis buat saya. Banyak perkara yang tidak terduga akal saya berlaku pada tahun lalu. Saya berharap agar tahun 2013 juga dapat memberikan kemanisan buat saya.

“Bagi tahun ini pula, saya turut mempunyai perancangan dan sasaran tersendiri dalam karier. Selain daripada memiliki konsert sendiri, saya ingin melancarkan album Melayu yang dihasilkan sepenuhnya oleh saya sendiri.

“Tidak lupa juga bagi lagu Mandarin, saya berharap agar perjalanan karier saya berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan,” katanya yang kini sedang sibuk merakam album Mandarin yang bakal diterbitkan di negara itu.


Persiapan untuk AJL

Layak menjejakkan kaki ke pentas akhir Anugerah Juara lagu Ke-27 (AJL27), Shila mengakui tidak meletakkan harapan tinggi untuk bertanding di pentas berprestij itu.

Menganggap ia sebagai rezeki Allah SWT, katanya, dia tidak pernah menduga lagu ciptaannya, Patah Seribu, layak ke AJL 27, apatah lagi karya yang dipertandingkan pada kali ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.

“Saya adalah nama terakhir yang diumumkan. Sebelum pengumuman itu, saya tidak letakkan harapan tinggi dan hanya berserah kepada-Nya.

“Namun, setelah nama saya diumumkan, saya sendiri kaget dan terharu kerana lagu ciptaan sepenuhnya oleh saya sendiri berjaya ke AJL27. Namun, tidak dinafikan, 11 lagu lain sangat hebat dan yang pasti, saingannya sangat sengit.

“Ia adalah rezeki tidak terhingga buat saya dan juga penghargaan buat ayah saya yang pernah beraksi di pentas AJL pada tahun 1995 dan 1996. Saya berjanji akan buat yang terbaik,” kata pemilik nama sebenar, Nur Shahila Amir Amzah ini.

Bakal berlangsung pada 6 Januari 2013, selain lagu Patah Seribu, 11 lagu lain termasuk Idola, nyanyian Azlan & The Typewriter, Pelangi Senja (Stacy), Terukir di Bintang (Yuna) dan Teman Pengganti (Black dan Malique), Anak Kampung (One Nation Emcees dan Jimmy
Palikat), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Ku Akui (Hafiz), Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Tanpamu (Amir Jahari), Lagu (Bedroom Sanctuary) serta Simetri (Hazama dan Amy Search)


Dahulukan karier

Biarpun pernah mengeluarkan kenyataan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2014, ruang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengembangkan sayap dalam industri.

Menurut Shila, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad, mengenai perancangan masa depan mereka bersama.

“Buat masa ini, kami mahu fokus dalam karier masing-masing. Lagipun, kami masih muda lagi untuk menuju ke peringkat itu.

“Jadi, masa yang ada ini digunakan sepenuhnya untuk kerjaya dan mengukuhkan kedudukan dalam karier masing-masing. Buat masa ini, saya memang sibuk dengan penghasilan album dan terpaksa berulang alik ke Shanghai, begitu juga dengan dia.

“Walaupun terpaksa berjauhan, namun kami tetap berhubung dan meluangkan masa jika ada kelapangan,” katanya yang masih belum merancang untuk bertunang.sinarharian.

Tahniah Apex...Resepsi Apex, Leuniey meriah

Apex
Apex dan Leuniey tenang ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media, malam kelmarin.
Apex
Apex dan Leuniey tenang ketika diarak masuk ke dalam Dewan Ballroom, Hotel Renaissance.
KOTA BHARU – Majlis resepsi pasangan pengantin, Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eiluniey Natasha Jaafar berlangsung meriah di Dewan Ballroom, Hotel Renaissance, malam kelmarin.

Pasangan sama cantik sama padan itu, tampak menyerlah dengan persalinan songket berwarna maroon keemasan direka Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki.

Majlis bermula jam 9 malam dengan pasangan pengantin diarak masuk diiringi ahli keluarga ke dalam dewan hotel sehingga sampai di pelamin persandingan.

Kedua-dua mempelai ditepung tawar kedua-dua belah pihak keluarga termasuk ibu dan bapa pengantin perempuan, Norlaila Abu Bakar, 40,dan bapa tirinya, Nazri Adnan, 40, serta ibu dan bapa pengantin lelaki, Bidah Ibrahim, 57, dan Che Mat Hussin, 60.

Hampir 1,500 tetamu hadir, antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Majlis lebih meriah, apabila kedua mempelai turut disajikan dengan dendangan lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan menjadi tema telemovie Adam dan Hawa, dendangan duet Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dipersembahkan penghibur jemputan.

Dalam majlis itu juga, bapa tiri pengantin perempuan, Nazri ketika berucap, mengharapkan Leuniey dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan baik.

Beliau mengharapkan mereka bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

“Selama ini ‘papa’ dan ‘mama’ jaga Leuniey sehingga 21 tahun dan kini dia sudah jadi milik orang.

“Harapan kami agar Fahmi (Apex) curahkan kasih sayang,” katanya.

Dalam majlis itu, Apex melafazkan janji akan bahagiakan isterinya.

“Saya akan bahagiakan dia seumur hidup, tidak kira apa juga keadaan walaupun sakit, jatuh bangun karier saya untuk melayari bahtera rumah tangga kami dengan bahagia.
“Leuniey memahami karier saya dan mudah dibawa berbincang. Insya-ALLAH, saya akan beri kasih sayang dan jaga dia dengan baik,” katanya.
Ditanya kemahiran Leuniey menyediakan hidangan dan masakan kegemaran, Apex memuji kemahiran isterinya menyediakan hidangan pembasuh mulut pavlova, selain kek serta masakan tomyam.

Sementara itu menurut Apex, buat masa ini, dia dan isteri masih belum menentukan destinasi pilihan bulan madu mereka.

Apex mengakui masih gementar, namun mengharapkan, majlis di kediamannya pada 5 Januari ini di Kampung Cherang dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur berjalan lancar.sinarharian.

Panas....5 negara paling bahaya untuk wanita

LIMA NEGARA PALING BERBAHAYA UNTUK WANITA
LIMA NEGARA PALING BERBAHAYA UNTUK WANITA


Afghanistan, Sahar Gul, gadis diseksa suami

Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.

Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

"Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar," kata jurucakap polis Baghlan.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.

Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan

Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban

Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.

Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.

Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India
Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki

Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.

Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.

Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.


Tahukah anda?
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki.

Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.sinarharian.

Samseng India mengamuk di restoran Nasi Kandar

                  
Amuk di kedai nasi kandar
Gambar CCTV menunjukkan lima orang mengamuk di sebuah restoran nasi kandar di Kulim, kelmarin.
Amuk di kedai nasi kandar
Seorang pekerja dapur restoran yang cedera ditetak.
KULIM - Pengunjung sebuah restoran nasi kandar di sini bertempiaran menyelamatkan diri apabila lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu mengamuk serta mencederakan empat pekerja restoran itu awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada penyerang itu hanya kerana lambat dilayan.

Menurut seorang saksi, kejadian kira-kira jam 1.40 pagi bermula apabila seorang lelaki masuk ke restoran itu untuk membeli makanan.

"Dia masuk dan beratur bersama pelanggan lain. Mungkin kerana berasa dirinya lambat dilayan, dia memarahi seorang pekerja restoran sebelum masuk ke ruang hidangan dan membelasah pekerja itu.

"Tidak lama kemudian, empat lagi rakan pelanggan panas baran itu yang sedang menunggu di luar kedai, meluru masuk membawa parang dan kayu, sambil melibas ke arah pekerja dan pelanggan.

"Mujurlah ketika itu pelanggan-pelanggan sempat lari menyelamatkan diri," katanya.

Kumpulan penyerang itu juga merosakkan beberapa perkakas di restoran tersebut, termasuk kerusi meja dan tempat meletak makanan.

"Seorang daripada penyerang itu masuk dan mengamuk di kawasan meja juruwang," katanya.

Seorang daripada empat pekerja itu parah ditetak di kepala.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua empat mangsa amuk itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, wajah kelima-lima penyerang itu berjaya dirakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di restoran tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah orang tempatan dan nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan adalah palsu.sinarharian.

Lagi ditembak...hari-hari ada pembunuh upahan

sekadar hiasan

SEREMBAN – Seorang juruteknik sebuah pasar raya di sini, maut selepas ditembak dari jarak dekat ketika sedang menunggang motosikalnya di Taman Merpati, Rahang di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Lim Kim Fook berkata, dalam kejadian pada 10.20 malam itu, mangsa Y. Gopal, 34, mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan di dada dan satu di kepala.
"Ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC seorang diri dalam perjalanan balik ke rumah sebelum didatangi sebuah motosikal lain yang dinaiki dua suspek.
"Suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan dengan empat tembakan terkena mangsa menyebabkan dia rebah bersama motosikalnya di hadapan sebuah rumah di taman perumahan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang sudah beristeri dan mempunyai empat anak mempunyai rekod jenayah lampau.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja”afar, di sini untuk bedah siasat dan motif pembunuhan masih disiasat, katanya. – BERNAMA


Tahniah melayu Islam...Hadiah tahun baru 2013....

sekadar hiasan




KUANTAN — Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mencekup 13 pasangan remaja berumur 18 tahun hingga 25 tahun dalam operasi cegah jenayah syariah sempena sambutan Tahun Baharu 2013.
Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Mohd. Raffli Abd Malik berkata, pasangan berkenaan dicekup di beberapa hotel bajet di bandar ini dalam operasi bermula pukul 9 malam tadi dan berakhir kira-kira pukul 6.30 pagi ini.
"Kebanyakan pasangan yang ditangkap berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan mereka didapati berkhalwat di hotel-hotel murah sekitar pusat bandar selepas meraikan sambutan tahun baharu.
"Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Katanya, JAIP sentiasa mengadakan operasi dalam usaha membanteras umat Islam daripada terjebak dalam kes jenayah syariah seperti berkhalwat. — BERNAMA


Tak sabar jadi suami isteri

DICEKUP...pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.
DICEKUP...pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.
BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.
Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.
“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.
“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya.hmetro.

Lagi isteri curang dengan mat P*****...Sebab isteri sikap dingin

sekadar hiasan


GEORGETOWN: Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.
Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.
Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.
Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek.
Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.

“Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.
“Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,” katanya.
Mangsa dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, dekat sini Jumaat lalu.
Jurucakap polis berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan dan suspek juga turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih lagi dijalankan.hmetro.

Kisah benar...abang curang dengan isteri orang ..aduh...

sekadar hiasan
SAYA ada anak lima orang. Keluarga abang saya sebelum ini gembira dan bahagia. Abang saya seorang yang panas baran. Dia kalau marah memang senang ‘naik tangan’.
Perangai abang saya mula berubah sejak dia kenal dengan seorang wanita. Wanita itu masih berstatus isteri orang dan sudah mempunyai anak yang sudah dewasa.
Umur abang saya dalam ling�kungan 30-an dan manakala wanita itu 40-an. Malah, abang saya ini sudah mula tidak pulang ke rumah berhari-hari lamanya.

Ada kalanya dia keluar tengah malam selepas anak tidur dan pulang sebelum anak bangun. Dia juga kerap pukul, cekik, hantuk kepala isteri ke dinding dan tidur berasingan dengan isterinya.


Dia akan marah dan pukul kakak ipar saya yang selalu masuk campur hal dia dengan wanita itu. Kini sudah tiada ada lagi kemesraan antara anak, ibu bapa dan adik-beradiknya.

Perkara itu berlarutan sehingga setahun. Kakak saya sudah merujuk di pejabat agama dan ajak abang saya pergi kaunseling, tetapi perkara itu tidak dihiraukan.

Pelbagai usaha sudah dilakukan keluarga saya dan kakak ipar saya, tetapi tidak berhasil. Kawan abang saya mengaku pernah temankan abang saya berjumpa dan tidur dengan wanita terbabit.

Saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu untuk memberitahu keadaan sebenar dan berharap suaminya dapat mengambil tindakan, tetapi hampa.

Solat pun abang saya abaikan. Saya ada cuba cara kampung sebab katanya abang saya ada kena guna-guna dengan wanita itu dan keputusannya sama, tidak berhasil juga.

Kami selalu juga bersolat hajat meminta pertolongan daripada Allah. Saya perlukan bantuan Dr untuk bantu memberi jalan penyelesaian.harianmetro.

EMA,
Selangor

Lagi pemuda mati ditembak oleh pembunuh upahan

GEORGETOWN: Seorang lelaki maut apabila ditembak dari jarak dekat ketika berbual dengan rakannya di hadapan sebuah rumah di Jalan Lembah Permai, Taman Brown, Gelugor, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, S Kalimuthu, 29, dari Jalan Yeap Chor Ee, di sini, mati ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena tembakan di bahu kanan.
sekadar hiasan

  Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan baru pulang dari sebuah pusat beli-belah sebelum tiba di rumah berkenaan dan berbual bersama dua lagi rakan lain.
“Ketika sedang berbual, dua kereta menghampiri mereka dan seorang lelaki keluar dari sebuah kereta terbabit lalu melepaskan tembakan dari dekat.
“Tembakan itu terkena bahu kanan mangsa hingga dia rebah sebelum kumpulan penjenayah terbabit melarikan diri,” katanya.
Sumber berkata, melihatkan keadaan itu, rakan mangsa membawanya ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

“Siasatan awal mendapati, kumpulan penjenayah terbabit menaiki kereta Toyota Vios serta Perodua Kenari dan suspek yang menembak mangsa bertubuh tinggi dan agak kurus.
“Selain itu, hasil semakan awal juga mendapati mangsa pernah menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap dan kemungkinan penjenayah menembaknya kerana dendam lama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian terbabit diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.harianmetro.

Artis seksi ditangkap kerana....

sekadar hiasan
PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.hmetro.

Rabu, 12 Disember 2012

Zalim sangat....Bapa Wrestling Anak




P/s: mengikut berita tv 7, si pendera ini merupakan bapa tiri kepada kanak-kanak ini,kesian kanak-kanak ini, tak sampai hati hendak menonton youtube ini.

Selamat Pengantin baru Zakiah Anas.



Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak, anak bongus daripada enam adik-beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.

Berpakaian serba putih, Zakiah dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai. Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abangnya di Masjid Kota Damansara.
 
Sumber : Mazidulakmal.com

Liyana Jasmay tunda majlis nikah

 
KUALA LUMPUR – Majlis pernikahan pelakon terkenal, Liyana Jasmay dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan yang sepatutnya dilangsungkan pada 24 Januari depan telah ditunda ke tarikh baharu iaitu 2 Februari 2013.
Menurut Liyana, 24, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu walaupun dia dan tunangnya, Fathuddin, 28, sebelum ini telah mengumumkan akan bernikah pada 24 Januari tahun depan.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu.
Liyana yang baru pulang ke tanah air lewat malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat berkata, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” jelas aktres itu yang merupakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2009 menerusi filem Papadom.kosmo.


Penipu rakan Facebook dicekup




IZANY menunjukkan komputer riba dan pelbagai barangan yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam.



KUALA LUMPUR - Kes-kes penipuan internet didalangi warga Afrika yang memperdayakan rakyat negara ini dengan meminta mangsa memasukkan wang kononnya untuk menuntut hadiah tidak pernah reda walaupun kejadian tersebut banyak disiarkan di akhbar-akhbar.
Pada 4 Disember lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menahan 17 lelaki Nigeria, seorang wanita tempatan dan seorang wanita Thailand yang dipercayai anggota sindiket tersebut yang menjadikan tiga unit sebuah kondominium di Pandan Perdana di sini sebagai pangkalan operasi.
Para penyiasat percaya sindiket itu sudah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan jumlah kerugian lebih RM400,000.
Ketua JSJK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Taman Maluri, Pandan Perdana dan Kepong di sini.
"Siasatan mendapati sindiket tersebut menggunakan Facebook untuk mencari mangsa secara rambang dengan menyamar sebagai kenalan sama ada lelaki atau wanita dari luar negara," kata beliau pada sidang akhbar di sini.Kosmo.


Fuh ganas----Kemaluan perogol bertayam


Dua suspek

KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.
Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama. kosmo.


Piala AFF: Singapura mara ke final

Pasukan Singapura

.
JUARA tiga kali, Singapura mengesahkan slot ke pentas final Piala AFF Suzuki 2012 dengan mengetepikan Filipina menerusi agregat 1-0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan ketika beraksi di Stadium Memorial Rizal, Manila minggu lepas.
Dengan kemenangan ini, Singapura akan menentang sama ada Malaysia atau Thailand yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Bangkok, malam esok.
Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Singapura lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit ke-10, kubu pasukan yang diberi gelaran 'The Azkals' diuji, namun rembatan kencang dari luar kotak penalti tersasar apabila melencong ke kiri gawang lawan.
Pada minit ke-14, benteng pertahanan Filipina terus diuji apabila larian solo Shahril nyaris membolosi gawan, namun berjaya dikepung pemain Filipina.
Hasil serangan balas, Filipina hampir berada di depan, tetapi percubaan penyerangnya gagal mengatasi barisan pertahanan Singapura.
Kehadiran penyokong Singapura di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.
Akhirnya, gol yang dicari Singapura tertunai apabila rembatan kencang Khairul Amri pada minit ke-19 dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol Filipina.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Filipina kembali memperkemaskan permainan, namun kemaraan mereka mudah dipatahkan pertahanan tuan rumah.
Sebaliknya, gawang pelawat sekali lagi hampir dibolosi apabila tandukan Baihakki hampir menjaringkan gol kedua buat Singapura pada minit ke-27, tapi didakap kemas oleh penjaga gol Filipina.
Bersambung babak kedua, Singapura terus menggandakan asakan ke kubu Filipina, begitu pun tendangan Shahril jauh melencong dari sasaran.
Filipina nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan, namun peluang keemasan yang diperolehi pasukan pelawat gagal digunakan sebaik mungkin apabila mudah dipatahkan pertahanan tuan rumah.
Filipina terus berusaha menguji benteng pertahanan Singapura pada minit-minit terakhir, namun gagal dilaksanakan sehingga kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.sinarharian.

0.05% guru ada gangguan emosi

sekadar hiasan
 
 
 
KUALA LUMPUR: Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati�bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan�rawatan psikiatrik.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Moh Puad Zarkashi, berkata perkembangan guru�terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada�pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling�kementerian.

Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi�kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi�gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak�bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), katanya, hari�ini.


Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan�Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian�terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT.

Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi�gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774�pada 2009 dan 747 pada 2010.

Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya�23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu�tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan�personaliti sebanyak 52.94 peratus.

"Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui�jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap�syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik�negara ini," katanya.

Ini, katanya, termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja�dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas�pengkeranian atau penjagaan stor sekolah.Harianmetro.

Ahad, 9 Disember 2012

'Prestasi Harimau Malaya terbaik setakat ini'

Harimau Malaya
Pemain kedua-dua pasukan Malaysia dan Thailand mencari peluang pada aksi separuh masa kedua.
 
 
 
JURULATIH skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan oleh anak buahnya ketika perlawanan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Gembira melihat prestasi pemain yang semakin meningkat, Rajagobal turut menyifatkan saingan malam tadi merupakan perlawanan terbaik yang dilihatnya berbanding sebelum ini.
"Perlawanan malam ini (tadi) merupakan yang terbaik dipamerkan pemain. Saya sangat berbangga kerana mereka menunjukkan semangat yang tinggi.
"Jadi, secara keseluruhannya, saingan malam ini (tadi) sangat fantastik dan patut diberi pujian," kata Rajagobal kepada pemberita selepas berakhirnya perlawanan menentang Thailand.
Tambah Rajagobal: "Meskipun ramai pemain yang tercedera, namun mereka melakukan yang terbaik demi meraih kemenangan."
"Apa-apa pun, saya terima keputusan ini kerana kita juga tahu bukan senang mengatasi Thailand kerana meeka merupakan pasukan yang kuat," katanya yang turut mengakui pemain ada mengalami sedikit tekanan.
Dalam aksi semalam, skuad kebangsaan gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79.
Mengulas mengenai perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Bangkok Khamis ini, Rajagobal dengan tenang berkata, beliau akan kembali mengatur strategi bagi menghadapi saingan itu.
"Untuk perlawanan seterusnya, kita akan mengatur strategi baru, melihat kembali kelemahan apa yang harus diperbaiki oleh pemain.
"Kami janji akan melakukan yang terbaik untuk perlawanan yang diibaratkan hidup dan mati itu," ujar Rajagobal yang akan merujuk kembali kepada pakar fisioterapi mengenai pemain-pemain yang tercedera.
"Siapa yang akan diturunkan nanti hanya boleh diketahui selepas pemain menjalani pemeriksaan doktor.
"Buat masa ini, saya menyerahkan semua kepada pihak pakar untuk menilai, jadi barisan pemain akan diumumkan nanti," jelas beliau.sinarharian.

Pelacur ala Thailand....macam-macam ada di Malaysia

IPOH: Bagaikan senario di negara jiran, sebuah pusat pelacuran di bandar raya ini licik mempelbagaikan taktik memerangkap lelaki miang supaya melanggan gadis seksi untuk dijadikan teman tidur dengan menawarkan pakej terbaru ‘wayang akuarium’.
Menerusi pakej itu, pelanggan berpeluang berehat sambil menonton filem terbaru Hollywood atau memilih video lucah di ruang pawagam mini sebelum dibawa ke depan dua bilik kaca seperti akuarium untuk memilih puluhan pelacur berpakaian seksi yang berkumpul di dalamnya.    
sekadar hiasan

  Rahsia pusat pelacuran itu terbongkar selepas wartawan Metro Ahad berjaya memasuki premis terbabit untuk melakukan penyiasatan, baru-baru ini.
Siasatan mendapati premis terbabit sebenarnya dikawal rapi oleh beberapa bapa ayam. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pusat pelacuran itu tidak memaparkan papan tanda dan tidak berselindung di sebalik nama pusat refleksologi atau spa seperti kebanyakan premis pelacuran lain, sebaliknya bahagian depan seolah-olah lot kedai kosong.
Berdasarkan pemerhatian, pusat pelacuran itu membina sekurang-kurangnya tiga pintu sebelum ke bilik akuarium yang menempatkan gadis seksi, dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga dan menyelamatkan diri jika diserbu pihak berkuasa.
Selain itu, premis terbabit tidak kisah berbelanja besar untuk menawarkan perkhidmatan unik bagi memperoleh keuntungan dalam tempoh singkat, selain mengatasi saingan sengit beberapa premis sama berdekatan.

Sekali pandang, premis terbabit yang dilengkapi dengan jeriji besi di pintu depan hanya kelihatan seperti sebuah pusat permainan video. Begitupun, apabila melangkah ke dalam, wartawan mendapati premis itu dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Di ruang depan, hanya ada satu meja pool atau billiard selain kaunter kononnya ia adalah pusat permainan pool. Kemudian, wartawan dibawa masuk melalui satu lagi pintu menuju ke bilik menunggu sebelum menanti giliran untuk dibawa ke bilik ‘akuarium’ terbabit.
Di bilik menunggu itu, wartawan seakan-akan berada dalam sebuah pawagam mini apabila ia dilengkapi sistem projektor dan skrin layar bersaiz gergasi yang memaparkan filem terbaru Hollywood.
Tidak cukup dengan itu, dua televisyen bersaiz 32 inci yang diletakkan di sisi skrin gergasi berkenaan menayangkan filem lucah secara terang-terangan kepada pelanggan.
Hampir lima minit berada dalam pawagam mini itu, wartawan dibawa masuk ke sebuah bilik gelap melalui satu lagi pintu di belakang bilik menunggu untuk ke bilik kaca.
Mengejutkan sebaik langsir di kiri kanan bilik gelap dibuka bapa ayam itu, hampir 20 pelacur berpakaian seksi berada di dalam dua bilik kaca sambil duduk menanti pelanggan.
Difahamkan, pelacur warga Vietnam, Filipina dan Thailand ini boleh dilanggan pada harga RM90 selama setengah jam, manakala pelacur warga China RM150 tetapi hanya untuk pelanggan berbangsa Cina.
Bayaran itu tampak murah tetapi sebenarnya lebih kurang sama dengan premis pelacuran lain di bandar raya besar seluruh negara yang menawarkan RM200 hingga RM250 untuk perkhidmatan sejam.
Bagi meneruskan penyiasatan, wartawan membuat keputusan memilih seorang gadis warga Vietnam sebelum dibawa ke sebuah bilik yang dilengkapi tandas dan tilam.
Di dalam bilik itu turut diletakkan sebuah televisyen kecil bersaiz 21 inci di sisi tilam yang turut menayangkan filem lucah bertujuan menaikkan nafsu pelanggan.
Ketika berada dalam bilik berkenaan, pelacur Vietnam yang ingin dikenali sebagai Lu Ying menjelaskan, dia menjadi pelacur di negara ini hampir setahun. Walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, Lu Ying boleh berbahasa Inggeris.
Menurut Lu Ying, tempat berkenaan jarang diserbu kerana tidak ramai yang tahu ia pusat pelacuran.
Hampir 15 minit berada dalam bilik berkenaan, wartawan yang mula mual dengan tayangan filem lucah dan godaan Lu Ying akhirnya meninggalkan bilik dengan pelbagai alasan tanpa melakukan apa-apa.
Bagaimanapun, sebelum meninggalkan bilik, Lu Ying memberitahu dia boleh dibawa keluar dengan bayaran RM400 untuk satu malam. Dia juga sanggup melakukan apa saja jika diberi pil khayal.
Jelik dengan sikap tidak tahu malu itu selain khuatir sesi penyiasatan disedari bapa ayam, wartawan segera meninggalkan tempat berkenaan.
Begitupun, ketika melangkah keluar daripada premis terbabit, wartawan sempat meninjau keadaan sekeliling yang tidak ubah seperti Hatyai mini di Thailand.
Secara kasar, wartawan mendapati hampir enam premis berdekatan menawarkan khidmat seks. Begitupun, kebanyakannya menggunakan model operandi biasa.harianmetro.

Hentak kawan hingga mati gara-gara rogol isteri...

 
sekadar hiasan
 
 
KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek ‘menanam’ sesuatu di kawasan berkenaan.


Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.
Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. harianmetro

Mayat lelaki dalam guni ditemui tepi Sungai Tekali


sekadar hiasan
KAJANG: Mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, ditemui dalam keadaan reput di dalam guni di tebing Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa dipercayai berumur lewat 30-an itu ditemui orang awam pada 6.30 pagi sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada polis.
"Mayat mangsa dijumpai berseluar jeans dan berbaju lengan pendek. Polis turut menemui tali nilon biru yang terungkai ikatannya, disyaki digunakan untuk mengikat mayat," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Beliau berkata dua guni digunakan untuk membungkus mayat itu.


Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu yang kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Bernama

Isnin, 3 Disember 2012

Pelajar bunuh kekasih ibu dipenjara 18 tahun


sekadar hiasan

MELBOURNE 17 Mac - Mahkamah Agung New South Wales semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun ke atas seorang pelajar Indonesia kerana membunuh kekasih ibunya yang merupakan rakyat Malaysia dan bekerja sebagai pemandu di Konsulat Malaysia di Sydney.
Agensi berita Associated Press Australia melaporkan, Andrew Iskander, 21, berdepan hukuman penjara maksimum selama 25 tahun kerana membunuh Mohd. Shah Saemin, 43, pada 21 Februari tahun lepas kira-kira pukul 12 tengah malam di Leichhardt, Sydney.
Hakim David Davies juga mengenakan hukuman penjara selama setahun 11 bulan dan 15 hari ke atas ibu Andrew, Nita Iskandar, 48, kerana bersubahat selepas berlakunya pembunuhan tersebut.
Bagaimanapun, hakim membenarkan hukuman penjara ke atas Nita ditangguhkan. - BERNAMA


Dr. Hasan boleh merayu, bersara awal - Tiong Lai

Dr Hassan
 
PUTRAJAYA 4 Dis. - Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang digantung
tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dan diturunkan pangkat mempunyai pilihan untuk mengemukakan rayuan atau bersara awal.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Dr. Hasan ketika
ini sedang bercuti.
"Dr. Hasan telah diturunkan pangkat dan terpulang sama ada beliau
mahu mengemukakan rayuan sebelum kita menentukan langkah
seterusnya.
"Selain mengemukakan rayuan atas hukuman yang diberikan, Dr. Hasan
juga boleh membuat permohonan untuk bersara lebih awal,'' katanya
kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan
kementeriannya di sini hari ini. - UTUSAN


Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?

KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.

Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.

Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.

“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.

Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.

Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.

"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.

Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.

"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.

"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.

Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"

Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.

"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.

Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat.

sumber:harakahdaily.net

53% lompat parti, 31% lagi sabotaj Umno



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

(Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang)
Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:

1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473)

2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194)

3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)

4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)

5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)

Jumlah Undian: 7894

Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno.

Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat.

Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".

Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".

Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu.
sumber: harakahdaily.net

Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS

BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.


(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.


(Haji Ramlan serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.


(Gambar: Haji Nasir)

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.



sumber: harakahdaily.net

Kes Sosilawati: Peguam tertuduh ke-4 tarik diri

 


SHAH ALAM — Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini dikejutkan dengan tindakan peguam Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh keempat, R.Kathavarayan.
Ravi memaklumkan kepada mahkamah beliau mengambil keputusan menarik diri atas alasan keterangan Kathavarayan di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan tertuduh keempat itu kepada beliau sebelum ini.
Kathavarayan diperintah membela diri bersama N.Pathmanabhan, 43, T.Thilaiyalagan, 21, dan R.Matan, 22, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, dalam pemeriksaan utama oleh Ravi, Kathavarayan berkata Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong bersama rakannya kira-kira pukul 7 petang pada 30 Ogos 2010.
Ini bercanggah dengan keterangan Thilaiyalagan dan Matan bahawa Pathmanabhan tidak datang ke ladang pada tarikh itu.— BERNAMA


 KEMAMAN — Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin.



Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.
Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. — BERNAMA

Jumaat, 30 November 2012

Tahniah ...Filipina dan Thailand mara ke suku akhir piala AFF 2012 ...

PH Azkals make Suzuki Cup semi-finals

 
Manila Philippines - The Philippines makes the Suzuki Cup semi-finals.
Phil Younghusband saved the day for the Azkals with an early second half goal, lifting the Philippines to a 1-0 victory over Myanmar in their do-or-die match Friday, November 30.
Because of the win, the Azkals booked their second semi-finals slot in a row at the prestigious tournament.

Philippines National Team
 
The game's first goal came in the 47th minute, when Jason de Jong chipped a ball to Younghusband, who blasted the ball with his left foot and onto the bottom right of the net despite being marked by two defenders.
Substitute Angel Guirado sealed the the victory for the team on the 93rd minute, off a long pass from defender Carli de Murga. Guirado, alone on top, took advantage of the ball and outran his defender, shooting the ball past Myanmar keeper Thiha Si Tu.
The Philippines and Thailand advance to the next stage from Group A.
This is the first time the Philippines has ever defeated Myanmar.
Close game
The first half saw a Philippine team performing under par, far from their dynamic intensity against Vietnam, which they won 1-0.
Younghusband had several attempts from long range, but all went straight to the hands of the Myanmar keeper.
Myanmar was impressive when the game opened, with several dangerous crosses throughout the first 45 minutes but all were denied either by the Azkals defense or goalkeeper Ed Sacapano.
But the Azkals came out hungry in the beginning of the second half, and was boosted by the early goal of Younghusband. Myanmar stayed aggressive throughout the match with consecutive attempts, but they were all foiled by the Azkals backline.
Despite Myanmar's relentless attack however, they just could not find the back of the net.
Final tally
Much of the Philippine team stayed intact for the Myanmar game, except for a few changes from previous games.
Midfielder Jerry Lucena, who started in both of the Azkals' first two games, returned to his Danish football club. Additionally, important defender Ray Jonsson was replaced by Carli de Murga in the starting lineup, as the former nursed an injury.

Thailand National Team


Because of the victory, the Philippines ended the group stage with 6 points, second only to Thailand which won all their games and had 9 points. Both Vietnam and Myanmar ended with 1 point each after losing two games, and drawing each other. - Rappler.com
 
p/s : Harap-harap Malaysia pun berjaya ke suku akhir seperti mana Filipina dan Thailand

Khamis, 29 November 2012

'Universiti ketawa' akan dibina di India


        
AFP
BEBERAPA orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida,
pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil Kataria.



NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India.
Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan.
Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu.
"Dalam tempoh tiga bulan, kami akan memulakan kerja-kerja pembinaan dan menjelang tahun 2013, kami akan mengendalikan universiti itu.
"Kami mahu membina sebuah ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa di seluruh dunia," katanya.
Beberapa kajian mendapati ketawa boleh mengeluarkan endorfin iaitu bahan kimia dalam otak yang baik untuk kesihatan.
"Ketawa merupakan perkara paling sihat yang boleh anda lakukan. Ia merupakan ubat yang terbaik," katanya.
Kataria berusia 58 tahun dan dia menjadi inspirasi penubuhan ribuan 'kelab ketawa' di India dan seluruh dunia termasuk di Beirut dan Berlin.
Dia juga mengendalikan sesi ketawa di sekolah, penjara, hospital dan rumah untuk orang tua.
Beberapa tahun lalu, Kataria yang juga seorang doktor perubatan pernah memberitahu di hadapan sebuah jawatankuasa Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bahawa senaman yoga ketawa boleh membantu negara itu mengurangkan kos penjagaan kesihatan.
Dia mengendalikan Institut Yoga Ketawa yang bukan berasaskan keuntungan di Mumbai.
Menurutnya, seseorang itu perlu ketawa dengan kuat selama 15 hingga 20 minit sehari untuk memperoleh faedah kesihatan.
Seorang doktor di Klinik Mayo di AS, Amit Sood berkata, ketawa boleh mengurangkan tekanan dan memperbaiki proses penghadaman. - AFP

sumber:kosmo

Gambar otak Einstein didedahkan muzium A



AFP
GAMBAR yang disiarkan pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Maryland menunjukkan otak Einstein.


WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.
Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.
Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.
Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.
Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.
Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.
Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.
Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. - Agensi

sumber: kosmo

Piala AFF: Rajagobal semakin optimis


Logo Piala AFF
.
SETELAH meraih kemenangan ke atas Laos kelmarin, jurulatih skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal semakin optimis untuk mencipta kemenangan kedua pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Indonesia, esok.

"Saya lihat mereka bertambah yakin dan saya akan meneruskan corak permainan tempoh hari tapi akan ditingkatkan lagi," katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawanan Piala AFF Suzuki 2012 di Hotel The Golden Horses, Seri Kembangan hari ini.

Meskipun yakin, Rajagobal tetap menganggap perlawanan menentang Garuda esok sangat penting untuk layak ke peringkat seterusnya.

"Kita hormat pasukan Indonesia dan harus berjaga-jaga dengan mereka dan saya harap esok pemain akan bermain dengan lebih baik," katanya.

Mengenai pertukaran kesebelasan pemain utama esok, pengendali skuad kebangsaan itu menganggap ini adalah perkara normal dalam dunia bola sepak dan turut menyatakan mungkin ada sedikit pertukaran pemain.

"Pertukaran penting untuk mendapatkan keserasian antara pemain dan ini adalah perkara biasa, kita akan lihat nanti," katanya lagi.
Rajagobal mengakui beliau begitu teruja dengan persaingan kali ini, lebih-lebih lagi berlangsung di tempat sendiri.

"Saya memang teruja dan sentiasa positif dengan semua perlawanan walaupun perlawanan pertama kita tewas tapi saya sentiasa positif," jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan ke atas Laos kelmarin, beliau sangat terkejut dengan bilangan jaringan yang dihasilkan oleh pasukannya dan berharap perlawanan menentang Indonesia esok akan menyaksikan keputusan lebih bagus.

Sementara itu, Singapura akan menentang Laos di Stadium Shah Alam, esok.


Jadual perlawanan Piala AFF Suzuki 2012

Jumaat 30 November

Kumpulan A
Filipina mln Myanmar
Stadium Supachalsai, Bangkok
8.20 malam

Thailand mln Vietnam
Stadium Rajamangala, Bangkok
8.20 malam

Sabtu 1 Disember

Kumpulan B
Singapura mln Laos
Stadium Shah Alam
8.45 malam

Malaysia mln Indonesia
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 malam
sumber :sinarharian.

Amah mati terjatuh akibat majikan kejam...aduh kesian


PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.
Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh.
Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh.
Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun.
Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin.
Nota itu berbunyi: “Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni.”
Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.


“Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi.
“Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi,” dakwanya ketika ditemui.
Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya.
“Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh,” dakwanya lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.


p/s :kosmo online.