sekadar hiasan |
KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan
sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi
sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh
berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini,
kelmarin.
Dalam
kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui
dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus
menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek ‘menanam’ sesuatu di
kawasan berkenaan.
Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26
tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.
Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila
melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang
dipercayai cuba merogolnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan