Ahad, 21 Julai 2013

Ugutan dari Sulu: Gelombang kedua pengganas

Polis, tentera bersiap siaga hadapi kemungkinan Tambunan diceroboh

Bagan Datoh: Pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman musuh, termasuk berdepan ugutan terbaru pengganas Sulu yang dikatakan mahu memasuki kawasan Tambunan di Sabah, bulan depan.

ESSCOM sudah bersedia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jangan cuba mengugut kami. Bukan sekadar polis dan tentera, malah seluruh rakyat Malaysia akan bangun menentang pengganas Sulu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, semalam. 

Amaran Ahmad Zahid itu susulan siasatan Polis Sabah terhadap surat didakwa ditulis militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah, untuk membalas dendam terhadap insiden yang berlaku di Lahad Datu, Februari lalu. 


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata, polis sudah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata, ada juga khabar angin kononnya bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah bagi tujuan sama.

“Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk (negara ini) beritahu lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk awal dalam Ogos... Julai kita sudah tunggu.

“Kita ingin beri peringatan kepada Nur Misuari, jangan jadikan bumi Malaysia sebagai tempat tumpah darah seperti berlaku di Mindanao, Filipina. Itu soal dia,” katanya. 
Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman berkenaan kerana pengganas Sulu memang terkenal budaya balas dendam.


sumber:beritaharian

Mayat remaja ditemui di kawasan belukar

sekadar hiasan

TAIPING: Mayat seorang remaja berusia 14 tahun ditemui dengan kesan luka di badan di kawasan belukar dekat Taman Mewah, Kamunting, pagi ini. 

Mangsa yang dikenali M Nathaniel dari Taman Palma 2B, Kamunting ditemui orang awam pada jam 7.50 pagi. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah yang mengesahkan kejadian itu berkata kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan. 

PAS tidak melihat masalah pelajari Titas

KUALA LUMPUR: Subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) bukanlah subjek baru dalam sistem pendidikan negara, walaupun ia wajib diambil di institut pengajian tinggi awam (IPTA), ia tetap bukan satu subjek yang wajib lulus, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim berkata Titas yang sudah bertahun dilaksanakan di IPTA tidak pernah menjadi polemik di kalangan bukan Islam kerana ia bukanlah subjek pendidikan agama Islam sebagaimana yang digembar-gemburkan atau satu usaha terselindung bagi mengislamkan pelajar bukan Islam.

“PAS tidak melihat sebarang masalah dalam mempelajari Titas. Apa yang diajar melibatkan semua tamadun Asia, sama ada tamadun India, China dan tamadun negara-negara rantau Asia. Semua sejarah tamadun samada Islam, Hindu atau Budha yang merupakan kejayaan sejarah Tamadun lampau perlu diperkenalkan, bagi membentuk kefahaman sebenar terhadap tamadun dan budaya tersebut,” katanya. 

Mengetahui asal-usul tamadun-tamadun, ujar Tuan Ibrahim, boleh membantu mengurangkan jurang perbezaan antara masyarakat berbilang agama yang ‘sering dimanipulasikan sehingga timbul prasangka sesuatu agama adalah satu ancaman kepada agama lain’.

Katanya lagi, Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama dan budaya perlu dibina kefahaman yang betul terhadap aspek budaya dan tamadun agama dan negara. 

“PAS menolak sebarang usaha untuk mendorongnya ke arah nilai yang negatif. Negara rantau ini pernah diperintah dengan pelbagai bentuk tamadun, dan rakyat dari pelbagai agama dan budaya dapat hidup dengan harmoni adalah catatan sejarah yang sangat berharga, yang perlu diketengahkan kepada generasi kini,” tegasnya.

Kalau kerajaan telah berjaya laksanakan di IPTA, maka PAS yakin ianya perlu dilaksanakan di IPTS agar nilai murni yang berjaya diserap dalam subjek ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar, tambah beliau.

“Bahkan, tindakan kementerian yang tidak mewajibkan lulus subjek ini telah dianggap satu usaha toleransi akademik yang tinggi,” kata Tuan Ibrahim.

Bagi pihak yang bimbang dan menolak Titas menjadi subjek wajib kerana kandungan Titas yang disyaki mereka diubah untuk tujuan politik tertentu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata PAS berjanji akan memastikan ‘sebarang usaha untuk menyeleweng silibus Titas dengan fakta sejarah yang palsu untuk tujuan politik, jika wujud, akan ditentang habis-habisan’.

sumber:harakahdaily.net

| Print | Surah Yusuf: Harga sebuah kesabaran

Ustaz Mohd Azmir bin Maideen,19 Jul 2013
Pengarang kitab tafsir kontemporari berjudul “Fi Zilalil Quran”, Sayyid Qutb menyatakan bahawa antara surah yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW pada masa-masa sukar dalam sejarah dakwah dan kehidupannya, adalah surah Yusuf. Surah ini diturunkan antara ‘amul huzni (tahun duka cita kerana kematian Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid) dan antara baiah ‘Aqabah pertama yang dilanjutkan sehingga ke baiah ‘Aqabah kedua.

Pada saat itu, baginda Rasulullah selain mengalami kesedihan kerana ditinggalkan dua orang yang menjadi sandarannya, baginda turut mengalami kepedihan akibat pemulauan masyarakat jahiliyyah yang terdiri daripada kaumnya sendiri, bangsa Quraisy. Maka Allah menceritakan kepada Nabi-Nya yang mulia, kisah Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim, yang juga mengalami berbagai-bagai ujian dan cubaan yang getir.

Saudara-saudara Nabi Yusuf sendiri sanggup menghumbankannya ke dalam sumur agar menjadi umpan haiwan-haiwan liar dan buas, dengan harapan hilanglah Yusuf daripada perlindungan dan perhatian orang tuanya iaitu Ya’qub AS. Nabi Yusuf hidup dalam gelandangan, dan terus diuji dengan tipu daya isteri penguasa Mesir. Baginda selanjutnya dihumban ke dalam penjara setelah sebelumnya hidup dalam kemewahan istana sang penguasa.

Kepahitan tersebut ditempuhi dengan tabah dan sabar, di mana selepas itu Nabi Yusuf diuji pula dengan kemakmuran dan kekuasaan yang mutlak di tangannya. Nabi Yusuf ditugaskan mengatur urusan sosial dan perekonomian masyarakat. Akhirnya Nabi Yusuf kembali menghadapi saudara-saudaranya yang dahulu telah cuba memerangkap untuk membunuhnya, dalam pada masa yang sama mereka jugalah yang menjadi sebab ujian-ujian dan penderitaan dalam kehidupan Nabi Yusuf sehingga mencapai puncak kekuasaan.

Sekalipun saudara-saudaranya membenci dan mencemburuinya, apa yang mustahak di sini adalah bagaimana semua ujian itu dihadapi Yusuf dengan penuh sabar sambil terus melanjutkan peranannya menyampaikan dakwah tauhid dan menyelamatkan masyarakat dari kesengsaraan. Surah ini (surah Yusuf), kata Sayyid Qutb, bertujuan menghiburkan serta memantapkan hati orang yang diuji dengan pengusiran dan pemulauan. Bagaimana Nabi Yusuf menyelesaikan semua masalah yang menimpanya dengan satu kalimah, iaitu ‘sabar’.

Di dalam surah Yusuf, mengandungi isyarat tentang berlakunya sunnatullah ketika para Rasul  merasa putus asa menghadapi kaumnya, bahawa akan ada jalan keluar yang membawa kepada kegembiraan yang didambakan setelah sekian lama mengalami ujian dan cubaan. Penceritaan kisah Nabi Yusuf bukan hanya sekadar bertumpu kepada ketampanannya sahaja, malah seharusnya kita merasai momentum perjuangan Nabi Yusuf AS menghadapi tekanan dan cabaran.

Surah Yusuf adalah kisah yang paling lengkap dari segi liputannya. Lantaran itu, di dalam surah Yusuf disebut oleh Allah antara ‘ahsanul qasasi’ (kisah yang terbaik), kerana di dalamnya banyak mengandungi ‘ibrah (pelajaran) bagi orang-orang yang beriman dan memanfaatkan akal dengan membawa pesan induknya iaitu; maslahah kehidupan duniawi-ukhrawi, sabar menanggung derita dan sifat pemaaf ketika berkuasa.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.” (surah Yusuf : ayat 3)

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (Surah Yusuf : ayat 111)


Secara khusus surah ini menjadi bekalan yang sangat berharga kepada pelanjut perjuangan harakah Islamiyah, untuk menyiapkan kesabaran di atas kesabaran dalam mengharungi medan perjuangan di jalan dakwah. Barangkali, masalah-masalah yang menimpa kepada harakah Islamiyah adalah petanda masih ada resepi-resepi kejayaan yang belum selesai kita capai, atau masih belum sampai tahap kepiawaiannya.

Kerana kesabaran Yusuf AS, Allah menyiapkannya ujian untuk mencapai hikmah dan ilmu. Sayyid Qutb berkata, “Inilah Yusuf! Saudara-saudaranya menghendaki sesuatu terhadapnya, tetapi Allah menghendaki sesuatu yang lain untuknya. Kerana Allah itu berkuasa atas segala urusan-Nya. Sedangkan saudara-saudara Yusuf tidak berkuasa atas urusan mereka sehingga Yusuf dapat lepas daripada tangan mereka dan bebas dari apa yang mereka kehendaki terhadapnya.”

Jadi, makar (muslihat busuk) kaum pendengki kadangkala menjadi transisi menuju kemenangan dan kemuliaan daripada Allah. Makar yang mereka rencanakan dijadikan jalan oleh Allah untuk membina kehebatan insan yang dikasihi-Nya.

“Dan merekapun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyedari.” (Surah an-Naml : ayat 50)


Ketika saudara-saudara Yusuf datang memohon pertolongan. Disinilah Nabi Yusuf diuji, apakah ia tetap sabar atau melempiaskan kemarahannya ke atas perilaku zalim saudara-saudaranya itu? Ternyata Yusuf memilih kesabaran dan memaafkan saudara-saudaranya itu.

“Dia (Yusuf) berkata; Pada hari ini tiada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia-lah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Surah Yusuf : 92)


Begitulah luasnya samudera kemurnian hati Rasulullah SAW ketika baginda berkata di saat Fathu al- Makkah kepada musuh-musuhnya, “Hari ini aku katakan sebagaimana saudaraku Yusuf AS bahawa tiada cercaan terhadap kamu, pergilah kalian kerana kalian adalah orang-orang yang bebas.” - rujuk sirah Ibnu Hisham

“Tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”

“(Sifat-sifat yang baik itu) tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar, dan juga tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai kelebihan yang besar.” (surah Fussilat : ayat 34-35)

Dalam jalan dakwah ini, seorang aktivis mesti memiliki persiapan spritual dan mental untuk menghadapi makar para pendengki atau musuh dakwah. Kerana makar itu adakalanya merosakkan reputasi kehormatan dan menjadikan kita terhina. Namun yakinlah, selama kita ikhlas dalam melangkah, Allah sentiasa membimbing dan menolong kita. Yakinlah ujian dan cubaan, hanyalah untuk sementara waktu sahaja sifatnya.

Keyakinan ini mendokong peribadi Nabi Yusuf AS untuk meninggalkan legasi moral kemanusiaan yang cukup memberikan inspirasi kepada umat Muhammad SAW bahawa pada saat paling genting, masih ada rahmat Allah, ketika pada saat susah, masih ada sifat pemurah, ketika meratanya kesengsaraan, masih ada kemanusiaan. Kesusahan bukan alasan untuk meninggalkan kepedulian. Semoga kita mendapat iktibar daripada ‘ahsanul qasasi’ surah Yusuf ini untuk terus bergerak menyongsong kegemilangan masa hadapan.

Kesimpulan daripada artikel ini maka dapatlah kita mengambil beberapa pelajaran;

1.Sabar menghadapi makar perancangan musuh dengan memohon pertolongan Allah Taala. Sesungguhnya kesabaran itu akan mengiringi kita kepada kebangkitan. “Pahlawan bukanlah orang yang berani menetakkan pedangnya ke bahu lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah.”
2.Makar para pendengki kadang-kadang menjadi kesempatan bagi para pendakwah untuk menjana kekuatan. Ia menjadi wahana tarbiyah rabbaniyyah dalam rangka mematangkan persiapan mengharungi medan yang lebih luas.
3.Islam tidak mengajarkan umatnya berputus asa, sebaliknya mestilah terus berusaha mencari jalan untuk keluar daripada kesempitan.
4.Apapun bidang keahlian dan kerjaya kita, tidak pernah walau sesaatpun Yusuf AS melupakan misi asasinya iaitu dakwah dan tarbiyah membina ummah.

http://www.tarbawi.my
sumber:harakahdaily.net

Nyawa Wanita Malaysia Diancam Kumpulan Kongsi Gelap Di Chennai

CHENNAI: Seorang ahli perniagaan wanita Malaysia, yang membiayai pembikinan sebuah filem Tamil, yang mengisahkan perebutan kuasa oleh kumpulan gengster, kini dalam ketakutan selepas menjadi sasaran kumpulan kongsi gelap tempatan.
V. Jayalakshmi telah mula membiayai kos produksi filem tersebut secara berperingkat sejak 2008 apabila diyakinkan oleh seorang pengarah filem tempatan di sini, bahawa filem 'Agam Puram" (Dua Muka) mampu membawa pulangan bernilai jutaan.
Beliau mendakwa telah menghabiskan kira-kira RM500,000 untuk membiayai pembikinan filem itu dan ketika diminta memulangkan wang modal itu pada Julai lepas, pengarah filem itu enggan memberikannya.
Jayalakshmi, 56, seorang pengusaha agensi pelancongan di Klang, Selangor, kemudian memfailkan permohonan injunksi di mahkamah bagi menghalang penayangan filem itu di sini sehingga wangnya dikembalikan.
Hakim Mahkamah Tinggi Madras, S. Rajeswaran membenarkan permohonan injunksi itu sehingga semalam tetapi menolak permohonan Jayalakshmi untuk melanjutkan tempoh injunksi itu.
Filem, yang dibintangi oleh Shamsuddin Ibrahim, yang popular dengan namaShaam, dan pelakon wanita baru, Meenakshi, kini ditayangkan di pawangamtempatan. "Saya sudah kehilangan semua wang dari hasil titik peluh saya...dia (pengarah) enggan memulangkan wang saya seperti dijanjikan. Sebaliknya, gengster mengancam nyawa saya di Chennai.
"Empat orang datang ke bilik hotel saya dan mengugut akan membunuh saya di sini ataupun di Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
"Saya hanya mahu wang saya dikembalikan. Saya turut meminjam wang untuk membiayai filem itu dan kini saya tidak berdaya lagi," jelasnya. - BERNAMA

Akibat merempit


sekadar hiasan

GEORGE TOWN - Lagak ngeri sekumpulan penunggang motosikal mengundang padah apabila seorang daripada mereka maut selepas merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini semalam.
Nahas pada pukul 3 pagi itu menyebabkan Muhamad Nor Faiz Khan, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan
Ketika kejadian, remaja itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta yang dinaiki sepasang suami isteri yang dalam perjalanan bersahur.


sumber:kosmo

Ditetak kerana dendam lama


sekadar hiasan

GEORGE TOWN - Angkara dendam, seorang pemuda maut akibat ditetak selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di lorong belakang taman perumahan Lebuh Rambai 14, Air Itam di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5.55 petang itu, G. Durintheran, 24, mati ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah di kepala dan badan.
Kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di Halaman Mayang, Bayan Baru di sini didatangi oleh suspek yang menunggang beberapa buah motosikal dan membawa pelbagai senjata tajam termasuk parang panjang.
Sumber berkata, mangsa telah dibelasah semasa dia rebah ketika cuba menyelamatkan diri.
"Ketika polis sampai, mangsa sudah berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan di badan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini.


sumber:kosmo

Sabtu, 20 Julai 2013

Insentif balik raya

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena Hari Raya Aidilfitri mulai 22 Julai hingga 7 Ogos depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata, pemeriksaan itu merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin.
"Pemeriksaan kenderaan secara percuma itu merupakan antara tanggungjawab korporat Puspakom bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan kenderaan semasa musim perayaan.
"Selain itu, lebih daripada 150 pelanggan bertuah berpeluang menerima hadiah saguhati yang disediakan oleh Puspakom," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


sumber:kosmo

Lemas ditinggal dalam Myvi ibu


sekadar hiasan

SUBANG JAYA - Luluh hati seorang ibu apabila mendapati anak bongsu kesayangannya ditemui mati dalam keadaan muka kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.
Kejadian menyayat hati di sebuah sekolah menengah di USJ4 di sini itu menyebabkan anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, mati di tempat kejadian akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam bermula pukul 11.30 pagi kelmarin.
Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut pada pukul 5.30 petang. Wanita itu merupakan guru di sekolah berkenaan.
Menurut kakitangan sekolah yang enggan dikenali, guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh sebaik membuka pintu kereta Myvi yang berwarna kuning.
"Sebelum itu tiada siapa tahu yang anaknya berada di tempat duduk belakang kereta. Guru wanita itu meraung kuat hingga mengejutkan kami dan apabila dilihat, kami dapati anaknya sudah kaku dalam keadaan basah kuyup dipercayai berpeluh akibat cuaca yang panas terik," ceritanya.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/

Tak sempat mencuri, maut tersepit di tingkap


sekadar hiasan


IPOH - Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Saz Silibin di sini gagal apabila dia mati dalam keadaan tersepit di besi tingkap bahagian dapur.

Suspek berumur 27 tahun ditemui mati dengan hanya memakai seluar dalam dan hasil bedah siasat mengesahkan bahawa dia mati kerana sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam tadi, mangsa lelaki berumur lingkungan 50-an yang baru pulang ke rumah terkejut menemui suspek di dapur dalam keadaan tersepit dengan kaki di luar dan kepala di dalam rumah.

"Ketika kejadian tiada sesiapa di rumah. Suspek bertindak masuk mengikut tingkap nako berdasarkan kesan dan alat pemotong besi yang berada di situ, namun malangnya mangsa tersepit di bahagian besi tingkap," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suspek tidak sempat masuk ke rumah mangsa dan polis hanya menemui baju suspek serta peralatan untuk memecah masuk rumah, katanya.

Katanya sebaik tiba di tempat kejadian, pihak hospital mengesahkan suspek telah mati dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. - Bernama

Mufti: Wanita Islam haram sertai ratu cantik


sekadar hiasan

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.
   
Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
   
"Justeru itu pihak penguat kuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.
   
Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
   
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. - Bernama