Selasa, 31 Julai 2012

Lagi anak tak sah taraf dibuang dalam longkang

sekadar hiasan

KUALA LUMPUR - Ketika orang lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada bulan Ramadan, terdapat manusia yang tidak takut langsung melakukan perbuatan terkutuk apabila tergamak membuang mayat bayi lelaki ke dalam longkang semalam.
Mayat bayi tersebut ditemui tanpa pakaian di dalam longkang besar sedalam kira-kira tiga meter di kawasan perumahan di Taman Salak Jaya, Cheras di sini oleh seorang lelaki warga emas yang sedang melakukan regangan badan ketika melakukan senaman ringan pada pukul 10.15 pagi.
Dia yang terkejut kemudian bertindak memberitahu jirannya sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, berdasarkan pemerhatian pada mayat bayi tersebut, pihaknya percaya mayat bayi berkenaan di buang ke dalam longkang pada waktu malam.kosmo.

Akibat kurang arif tentang islam guru tusyen dikatakan menghina islam meminta maaf



LIM LEE YEE (kiri) dan Chong Yong tampil meminta maaf kepada umat Islam sambil diperhatikan oleh Mohd. Noor di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.
Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.
“Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.
“Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen terbabit.
Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di akhbar.
“Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka,” katanya.kosmo.

Akibat lemah iman, arak dan zina jadi mainan

SHAH ALAM: Dua sekawan dihukum penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah atas merogol pelajar berusia 16 tahun, di Serendah, dekat sini, ketika Ramadan, dua tahun lalu.
Mereka dituduh merogol remaja itu ketika mangsa tidak sedarkan diri selepas minum minuman yang dimasukkan dadah dan alkohol tanpa disedarinya.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan enam sebatan terhadap Majirin Masungkit, 31, kerana merogol pelajar terbabit.

Manakala, rakannya, Saladin Ajim, 33, yang juga bapa empat anak dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana bersubahat dengan Majirin.

Slamat memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkapan mereka pada 28 Ogos 2010.

Majirin mengaku salah merogol mangsa di tingkat atas rumah kedai di sebuah taman perumahan di Serendah, antara jam 4 pagi dan 10.30 malam pada 27 Ogos 2010.


Saladin pula mengaku bersubahat dengan Majirin dan dua rakan mereka merogol mangsa di tempat dan masa sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda.

Mereka yang berasal dari Sabah mengaku salah selepas 11 saksi pendakwaan memberi keterangan.

Sebelum ini, Slamat menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan masing-masing terhadap dua rakan tertuduh, Mohamad Yasar Wandi Modin, 22, serta Suhimin Tius, 21, yang mengaku merogol mangsa di tempat dan pada masa lain. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim memohon huku man berat dengan mengambil kira kesalahan dilakukan amat serius. Berdasarkan fakta kes, Mohamad Yasar menghubungi mangsa yang juga teman wanitanya untuk bertemu di warung pada hari kejadian dengan membawa rakannya bernama Suhimin atau Boy.

Mangsa berkata, selepas minum dia pitam dan tersedar di dalam sebuah rumah kedai dalam keadaan tidak berpakaian serta dikelilingi lima lelaki bogel yang tidur, termasuk teman lelakinya.

Mangsa cuba lari, tetapi terlanggar botol arak menyebabkan rakan teman lelakinya tersedar menyebabkan mereka mengikatnya dan menindih kakinya dengan batu sebelum merogolnya beberapa kali.harianmetro.

Disebabkan bersikap jujur,Ibu, anak pulangkan RM200,000 dianggap bodoh

sekadar hiasan

NAKHON NAYOK: Seorang wanita dan anak perempuannya menjadi perbualan hangat penduduk selepas memulangkan dua juta baht (RM198,000) yang silap dikreditkan ke dalam akaun mereka. Penduduk, termasuk seorang pegawai bank berkata, mereka bodoh kerana bertindak jujur.
Thanaporn Chamnipong dan anak perempuannya, Yuvadee Chamnipong menghubungi Bangkok Bank dan memulangkan wang itu selepas ia berada dalam akaun Thanaporn secara misteri.

Menurut laporan, dua wanita itu bukan saja dikritik jiran tetangga kerana bertindak ‘bodoh’ memulangkan wang itu, tetapi turut dikecam oleh pegawai bank berkenaan yang menuduh mereka mencemarkan kredibiliti bank terbabit.
Thanaporn berkata, mereka tidak kecewa kerana tidak dapat menyimpan wang itu walaupun keluarga mereka mempunyai hutang. Mereka gembira dapat melakukan kebaikan kerana menyimpang wang yang bukan milik mereka adalah salah.

Bagaimanapun, terdapat berita baik apabila Inspektor Jeneral Kementerian Dalam Negeri dan bekas gabenor Nakhon Nayok, Suthipong Chulacharoen memberi ganjaran 20,000 baht (RM2,000) kepada dua wanita itu sebagai menghargai kejujuran mereka. - Bangkok Post

Ahli Parlimen dipaksa bergambar bogel sebelum diperas ugut

sekadar hiasan

DHAKA: Seorang anggota Parlimen Bangladesh yang dirakam berbogel di pejabatnya bersama-sama seorang wanita, dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan penjenayah bersenjata yang kemudian menggunakan video itu untuk memeras wang daripadanya.
Penolong Pesuruhjaya Polis Abdul Ahad berkata, pihaknya menangkap lima orang, termasuk tiga wanita atas tuduhan memeras ugut anggota Parlimen itu yang ada hubungan dengan kerajaan.

“Mereka mengarahkannya berbogel. Seorang rakan wanita mereka juga berbogel dan yang lain memaksa anggota Parlimen itu bergambar dengannya,” kata Abdul Ahad.

Kejadian berlaku di Dhaka Mei lalu dan kumpulan itu didakwa menuntut lima juta taka (RM183,000) daripada anggota Parlimen berkenaan yang dikenali pasti sebagai Abdul Jabbar oleh media tempatan. - AFP

Lagi pembunuhan ala mafia Mexico di Kelantan,

 
ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.
ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.
 
JELI: “Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak,” kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.
Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.


Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.harianmetro.

Isnin, 30 Julai 2012

Jual makanan ikut pintu belakang dibulan Ramadhan

Noraini (kiri) terkejut ketika aktivitinya menjual makanan dirakam Sinar Harian, semalam.
Noraini (kiri) terkejut ketika aktivitinya menjual makanan dirakam Sinar Harian, semalam.
 
SUNGAI CHOH - Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam.

Itu reaksi Marisol, 47, atau Noraini sebaik melihat wartawan Sinar Harian bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Stesen, Rosli Kahan tiba di kedainya di kawasan industri kecil, Taman Anugerah Suria, di sini.

Dia yang berniaga melalui pintu belakang restoran milik suaminya jelas terkejut dengan kehadiran Sinar Harian dan meminta maaf atas perbuatannya.

“Maaflah, saya tak akan jual lagi. Saya tahu saya salah,” katanya sambil kelihatan serba tidak kena.

Ditanya mengapa berniaga makanan di siang hari, Noraini menjelaskan tujuannya untuk mencari wang membayar sewa kedainya.

Menurutnya, dia terpaksa berniaga walaupun sedar suatu kesalahan memandangkan keadaan memaksa ditambah suaminya sakit kencing manis dan darah tinggi.

“Suami saya sakit dia tinggal di rumah saja jadi saya terpaksa berniaga untuk bayar sewa kedai,” katanya yang berasal dari Filipina.

Noraini dibantu dua pekerja warga Myanmar dan menjual makanan pelbagai lauk untuk hidangan semua pelanggan yang kebanyakannya Melayu.

Menurutnya, dia turut berniaga di bazar Ramadan namun pendapatan tidak seberapa kerana hanya menjual martabak.

Tinjauan mendapati rata-rata pelanggan di kedai tersebut adalah pekerja sebuah kilang pengeluar kereta di sini.

Sementara itu, Rosli berkata, setiap tahun apabila tiba Ramadan beliau menasihati peniaga restoran tersebut agar tidak berniaga di siang hari terutama kepada orang Islam.

Bagaimanapun, peniaga terbabit sering ingkar dan tetap berniaga melalui pintu belakang bermula seawal jam 10 pagi hingga 3 petang.

“Tinjauan saya semalam (kelmarin) sekitar jam 1.15 petang, ramai pelanggan yang makan dan membungkus makanan di kedai tersebut.

“Tapi, hari ini (semalam) kurang sebab pelanggan menyedari kehadiran saya bersama wartawan, mereka tidak berani mahu beli,” katanya.

Menurutnya, peniaga terbabit turut memberi isyarat kepada pelanggannya yang berhenti di depan kedainya supaya beredar bagi mengelak perbuatan mereka dirakam.Sinarharian.

Ada kesan jerut, ahli keluarga eksekutif stesen TV ditahan

sekadar hiasan
KUALA LUMPUR - Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang semalam.
   
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Ahad, 29 Julai 2012

Guru wanita dipercayai dirogol rakan sekerja

SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad
Ketua Polis Sabak Bernam



 Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya,

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke atas penjenayah," katanya.Sinarharian.

Isteri diperkosa oleh musuh suami

KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

sekadar hiasan
Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.
Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.

Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.harianmetro.

Selasa, 24 Julai 2012

Tips dan Kaedah menghafal Quran dengan senang

sekadar hiasan
1.Niat yang ikhlas kerana Allah
2. Menghafal satu cetakan mushaf sahaja
3. Membaca hafalan  ( bertallaqi ) berdepan dengan qari yang mahir, setiap 3 ayat / 5 ayat yang dihafal.
4.Menghafal setelah terbitnya waktu fajar (subuh) kerana Sabda Nabi : " Ya Allah limpahkanlah berkah untuk umatku pada waktu paginya".
5. Meminimakan yang di hafalnya, iaitu hafal sedikit-sedikit supaya tidak gopoh dalam menghafal. perbuatan yang sedikit "perbuatan yang sedikit tetapi berkesinambungan lebih baik daripada banyak namun pada akhirnya terputus.
6. Membaca hafalan yang sudah dihafal pada setiap kali solat, ulangi 5 kali hafalan dalam solat contohnya sunat dhuha, solat subuh,sunat subuh,solat asar dan sunat asar, solat maghrib dan sunat maghrib, solat isyak dan sunat isyak, hanya 3 ayat dalam setiap solat.
7. Mengulangi hafalan yang lalu,dan mengulangi hafalan pada solat sunat  isyak 2 rakaat.
8.Luangkan waktu sepekan untuk mengulanginya setelah menghafal satu juzuk, berhenti dari menghafal juzuk baru, masa ini diperuntukan untuk mengulangi hafalan lalu. Dalam tempoh mengulangi ini perlu mengulangi 2 kali bacaan  juzuk yang sudah dihafal dibaca setiap hari.
9. Jika sudah menghafal 1 juzuk itu, maka perlu mengulang 1/4 hafalan lama dan menambah hafalan 3 ayat baru setiap hari.Jika sudah hafal 2 juzuk maka perlu mengulang 2/4 hafalan lama. dan menambah 3 ayat baru setiap hari dan baca ayat yang sudah dihafal dalam solat sunat isyak.
10. Perlu meminimakan makan, berbicara dan tidur.
11. Berdoa semoga Allah memudahkan kita menghafal Alquran

Oleh: Syeikh Wahid Abdussalam
Dari Kitab : Atsamaarulyaani'ah filkhuthobil jaami'ah " karangan Ibnu Rojab al Hanbali

Khamis, 19 Julai 2012

Sekumpulan polis diugut dua peragut

 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Rizani Che Ismail
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Rizani Che Ismail
 
BANTING - Tindakan dua lelaki mengacu pisau kepada anggota polis semasa disoal siasat kerana berlegar-legar di pekan Banting dalam keadaan mencurigakan menyebabkan mereka ditangkap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Rizani Che Ismail berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk soal siasat oleh sekumpulan anggota polis kerana menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Dusun Durian, Banting, kira-kira jam 3 petang, Sabtu lalu.

"Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 19 hingga 20 tahun itu bertindak mengacukan pisau kepada polis untuk menyelamatkan diri apabila menyedari mereka akan tertangkap.

"Namun dengan ketangkasan anggota polis mereka berjaya ditangkap," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Katanya, hasil siasatan, polis mengenalpasti mereka adalah suspek utama kes samun di Taman Sri Putra, awal bulan ini.

“Pada masa sama, suspek juga terlibat dalam kes curi motosikal di Puduraya selain mempunyai rekod positif dadah,” katanya.

Rizani berkata, dengan tangkapan dua suspek berkenaan, polis berjaya mematahkan aktiviti kes ragut yang berlaku dalam kalangan warga Kuala Langat selain berjaya menumpaskan suspek utama kes samun.

Menurutnya, kedua - dua suspek kini ditahan reman sehingga 20 Julai untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, orang ramai terutama pejalan kaki dinasihatkan berwaspada ketika melalui lorong sunyi bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut.

"Pada masa sama, kita mengharapkan kerjasama dan keprihatinan masyarakat untuk menghubungi pihak polis sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di kawasan mereka,” katanya.sinarharian.

Leka mandi berbogel


Leka mandi berbogel
Antara 20 tukang urut yang ditahan dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.
PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.

Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.

Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.

Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu.

“Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya.sinarharian.

Sorok barang dalam kain

                  
Sorok barang dalam kain
Rakaman CCTV menunjukkan suspek wanita memasukkan barang yang dicuri ke dalam kain.
PARIT BUNTAR, Buntar - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.

Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.

Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.

“Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.

“Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita.

Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya.

“Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.

“Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian,” katanya.

Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit.

“Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan.sinarharian.

Khalwat: Kantoi dengan anak sendiri

gambar hiasan
KLUANG - Tindakan seorang ibu membawa masuk seorang kekasih warga asing ke dalam rumahnya dekat Felda Bukit Tongkat di sini membawa padah selepas dia 'kantoi' dengan anaknya sendiri.

 Pegawai Tadbir Agama Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, ibu tunggal kepada lima anak itu ditangkap oleh anak bongsunya berusia 20-an bersama jiram yang lain ketika sedang berdua-duanya dengan lelaki berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam Sabtu lalu.

"Wanita berusia 50-an itu ditangkap oleh anaknya sendiri yang mana pada waktu itu anak wanita tersebut ditemani oleh jirannya. “Dipercayai lelaki warga asing itu berusia 20-an dan bekerja sebagai pekerja ladang di Felda Bukit Tongkat manakala, wanita tersebut bekerja sebagai pembantu pejabat di felda yang sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil berkata, wanita berkenaan baru sahaja kematian suami kira-kira tujuh bulan lalu dan tinggal di Felda berkenaan bersama-sama anak bongsunya.

Difahamkan sewaktu kejadian berlaku, wanita tersebut telah mengambil lelaki berkenaan di perhentian bas berdekatan Felda untuk di bawa datang ke rumah yang mana, pada masa itu merupakan kali pertama wanita tersebut membawanya ke rumah.

“Bagaimanapun, perbuatan itu berjaya dikesan anaknya sendiri yang kemudian bertindak menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang untuk tindakan lanjut.

“Bagi kes ini, kertas siasatan telah dibuka dan akan dirujuk kepada Pendakwa Syarie terlebih dahulu sebelum dituduh ke mahkamah Syariah.

Kes tersebut di siasat di bawah kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor. “Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.sinarharian.

Rahmat Ramadan untuk 8 banduan

NUSAJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan memberi pengampunan penuh serta perintah pembebasan kepada lapan orang banduan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka disambut pada Sabtu ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil berkata, daripada lapan banduan yang akan dibebaskan pada 1 Ramadan, seorang daripadanya, Sapuan Hanin, 58, merupakan banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tambahnya, tujuh banduan lain yang dibebaskan berumur 41 hingga 63 tahun termasuk dua warga Indonesia.
sekadar hiasan

Mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dirujuk di bawah kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Beliau berkata, Sapuan telah menjalani hukuman 24 tahun penjara sejak 1987 atas kesalahan mengedar 6.71 kilogram kanabis di sebuah surau di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian pada tahun yang sama.
Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut beliau, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dipengerusikan Sultan Ibrahim pada 19 Januari lalu telah menimbangkan 32 kes rayuan.
“Seramai 18 orang banduan lain tidak diberi pengampunan dan hukuman dikekalkan,” kata Obet pada sidang akhbar di Kota Iskandar di sini semalam.
Obet yang juga Setiausaha lembaga pengampunan menambah, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga ahli lembaga yang dilantik, Datuk Law Boon King, Datuk Rashidi Mohd. Noor dan Datuk Dr. Harjit Singh Mega Singh.
“Atas nasihat lembaga serta Peguam Negara, dan selepas mempertimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh banduan-banduan tersebut, tempoh hukuman dan kemajuan pemulihan, baginda Sultan Johor dengan limpah kurnia dan perkenan telah mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman untuk beberapa individu,” jelas beliau.
Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi pengampunan kepada Yong Huie Perng yang disabitkan kesalahan ketika dia menuntut di tingkatan enam. Huie Perng kini berusia 45 tahun.
“Dia (Huie Perng) telah menulis surat dan merayu kepada baginda supaya diberi pengampunan untuk bersihkan namanya daripada rekod kesalahan yang lepas,” katanya.
Kata Obet, baginda juga telah meringankan hukuman empat orang banduan hukuman mati kepada hanya hukuman penjara.
Sultan Ibrahim


Mereka ialah Zulkipli Arshad, 36, Abdul Rahman Akif, 57, dan Ridwan Rusli, 42, yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Turut menerima hukuman lebih ringan ialah Norhasnizam Abd. Latif, 36, yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kesemua banduan ini melakukan kesalahan di Johor dan ditempatkan di beberapa penjara di seluruh Malaysia.
“Dengan titah ini, diharap banduan yang dibebaskan dapat menggunakan peluang kedua untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara,” kata Obet.
Kali terakhir lembaga tersebut memberikan pengampunan kepada banduan ialah pada 1 Disember 1997.
“Atas nasihat lembaga serta Peguam Negara, dan selepas mempertimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh banduan-banduan tersebut, tempoh hukuman dan kemajuan pemulihan, baginda Sultan Johor dengan limpah kurnia dan perkenan telah mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman untuk beberapa individu,” jelas beliau.
Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi pengampunan kepada Yong Huie Perng yang disabitkan kesalahan ketika dia menuntut di tingkatan enam. Huie Perng kini berusia 45 tahun.
“Dia (Huie Perng) telah menulis surat dan merayu kepada baginda supaya diberi pengampunan untuk bersihkan namanya daripada rekod kesalahan yang lepas,” katanya.
Kata Obet, baginda juga telah meringankan hukuman empat orang banduan hukuman mati kepada hanya hukuman penjara.
Mereka ialah Zulkipli Arshad, 36, Abdul Rahman Akif, 57, dan Ridwan Rusli, 42, yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Turut menerima hukuman lebih ringan ialah Norhasnizam Abd. Latif, 36, yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kesemua banduan ini melakukan kesalahan di Johor dan ditempatkan di beberapa penjara di seluruh Malaysia.
“Dengan titah ini, diharap banduan yang dibebaskan dapat menggunakan peluang kedua untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara,” kata Obet.
Kali terakhir lembaga tersebut memberikan pengampunan kepada banduan ialah pada 1 Disember 1997.kosmo.

Penarik kereta parah dibelasah Geng Mat Belacan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR — Seorang penarik kereta cedera parah di bahagian muka setelah mendakwa dibelasah sekumpulan gangster dikenali “Geng Mat Belacan” di Jalan Yap Kwan Seng di sini, petang tadi.
Mangsa S. Siva, 35, berkata, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika beliau sedang mengambil dokumen di pejabatnya apabila lima lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Geng Mat Belacan” mendakwanya telah menarik sebuah kereta milik mereka, baru-baru ini.
"Mereka cuba menarik saya ke dalam sebuah kereta namun saya enggan sebelum mereka memukul saya di telinga dan perut,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, malam tadi.
Siva berkata, beliau telah bekerja sebagai penarik kereta yang sah untuk beberapa bank sejak 12 tahun lepas dan kejadian itu adalah yang pertama beliau diserang.
Katanya, baru-baru ini, beliau menarik sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang gagal menjelaskan ansuran bulanan dengan sebuah bank di sini.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan. — BERNAMA

Jumaat, 13 Julai 2012

Bercerai angkara fahaman politik

 



CHE HASNAH diceraikan Yahaya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika ditemui di luar mahkamah.kosmo.

Mati dibunuh selepas terima SMS





Keadaan mayat Nay San yang ditemui mati dibunuh di bilik sewanya di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam.


HULU SELANGOR – Ketakutan seorang pekerja kilang perabot warga Myanmar yang mendakwa dirinya mangsa gangguan seseorang menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman bertubi-tubi di belakang badan di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa di sini semalam.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Nay San, 35, ditemui tanpa memakai baju tertiarap dan berlumuran darah atas lantai di sebuah bilik di tingkat satu kilang perabot yang disewa mangsa. Mayat itu ditemui oleh rakan sekerja pada pukul 10 pagi.
Ketua polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui sembilan kesan tikaman di belakang badan, tiga kesan luka di kepala dan dua kesan luka di dahi.
“Pada pukul 11.50 malam tadi (kelmarin), mangsa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada majikannya berbunyi: ‘Khi kilang orang aye tun naung kacau saya bos’,” kata Norel ketika dihubungi.
Menurut beliau, pemeriksaan di bilik tempat mayat mangsa ditemui mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek.kosmo.

Pemandu teksi dipenjara kerana mencabul

KUALA LUMPUR — Seorang pemandu teksi dipenjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang eksekutif bank, bulan lepas.
Majistret Ayuni Izzati Sulaiman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhammad Chung Kong Voon, 48, dan memerintahkan supaya pesalah dihukum penjara mulai hari ini.
Muhammad Chung yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap wanita berumur 29 tahun itu di tempat duduk penumpang hadapan teksinya di Pandan Perdana pada 7.30 pagi, 7 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ummi Aliza AbKadir. — BERNAMA

Cuepacs bincang bonus Aidilfitri penjawat awam

KUALA LUMPUR — Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini. — BERNAMA

Juruteknik didakwa bunuh kerani

KUALA LUMPUR — Seorang juruteknik kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kerani bank, bulan lepas.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada B. Vijendran ketika pertuduhan dibacakan di hadapan MajistretNoor Farah Hazwani Osman.
Vijendran, 33, didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di kaki lima Tingkat 9, Blok B, Mesra Prima Apartment, Jalan Ikan Emas, dalam daerah Polis Ampang Jaya, Selangor, pada 10 malam, 28 Jun lepas.
Dia yang diwakili peguam A. Bala Naido didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 6 November untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di sebuah apartmen di Ampang. — BERNAMA

Adik penyanyi masuk jel

JOHOR BAHRU: Adik lelaki kepada seorang penyanyi wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyamun seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, Januari lalu.
Tertuduh, Mohd Faizal Abu Hasan, 29, dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 Januari lalu, berhampiran sebuah masjid di Taman Tampoi Indah, di sini.
BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam.
BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam.

Dalam kejadian itu, Faizal dikatakan menyamun mangsa, Rohana Jamal dengan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Faizal kelihatan tenang, namun beberapa ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebak.

  Bagaimanapun, kakak Faizal yang juga penyanyi terkenal tidak hadir di mahkamah.metroonline.

Amah amuk sepak bayi

KUALA LUMPUR: Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.
Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.metroonline.

Wanita warga emas ditemui mati dicekik dalam kes samun

KUANTAN: Seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dicekik dalam satu kejadian samun di rumahnya di Lorong Alor Akar 30, di sini, semalam.
Ketika kejadian, mangsa Goh Eng Mooi, 60, dilaporkan tinggal bersendirian manakala semua lima anaknya yang tinggal di rumah berkenaan berada di tempat kerja masing-masing.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kejadian hanya disedari seorang anak lelakinya yang pulang dari tempat kerja kira-kira 4 petang untuk membawa mangsa menjalani pemeriksaan rutin di sebuah hospital pakar di sini.

"Ketika memasuki rumah, anak mangsa terkejut apabila melihat ibunya terbaring kaku dalam sebuah bilik dengan kesan lebam di lehernya.


"Anak mangsa kemudiannya membawa wanita itu ke Hospital Pakar Kuantan (KSH) bagaimanapun doktor di situ mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita, hari ini.

Kata Mohd Jasmani, pihak polis menerima panggilan dari hospital terbabit kira-kira pukul 4.40 petang memaklumkan berhubung kematian wanita berkenaan.

Hasil siasatan Unit Forensik polis di lokasi kejadian, didapati dua komputer riba, sebuah telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 hilang dari rumah itu, katanya.

"Kita juga percaya kematian mangsa disyaki ada kaitan dengan unsur jenayah dan berkaitan dengan kes samun di rumah berkenaan, pihak polis masih menyiasat kes itu," katanya. - Bernama

Rabu, 11 Julai 2012

32 penduduk Green Cow ditahan depan pej MB





(Antara penduduk yang terlibat dan ditahan polis di depan Pejabat MB Pahang hari ini)

KUANTAN: 32 penduduk Green Cow Cameron Highland ditahan ketika berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang hari ini bagi membantah pembangunan tanah di kawasan mereka.
AJK PAS Pusat, Zulkifly Mohamad Omar ketika mengesahkan perkara ini berkata, hanya dua sahaja dari peserta perhimpuan itu yang dilepas sehingga kini iaitu seorang Orang Asli dan seorang lelaki tua.

Sementara itu, anggota PKR cabang Kuantan, Mohan Kumar berkata pihak polis mula menahan peserta 'Occupy MB Pahang' pada jam empat petang tadi.

Mereka yang ditahan polis adalah 13 lekai, 12 perempuan dan enam kanak-kanak.

Beliau yang berada di hadapan IPD Kuantan ketika dihubungi Harakahdaily berkata kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang warga emas berusia 90 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun.

Menceritakan detik-detik penahanan itu, Mohan berkata perhimpunan itu pada awalnya berjalan secara aman sejak jam 11 pagi tadi dengan peserta membentangkan kanvas di bawah pokok, sementara menunggu ketibaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bagaimanapun, peserta occupy tersebut dimaklumkan Adnan tidak berada di pejabat kerana berada di Putrajaya.

"Jadi peserta occupy meminta satu tarikh temujanji dari pegawai menteri besar untuk bertemu, namun tiada jawapan daripada pegawai berkenaan. Maka, peserta mengambil keputusan untuk terus berhimpun," kata beliau yang menyifatkan perhimpunan tersebut tidak mengganggu sebarang lalu-lintas, mahupun ketenteraman awam.

Sedangkan, tambah Mohan, peserta 'occupy' ini telah berkali-kali mengutuskan surat untuk bertemu dengan Adnan, namun masih tidak mendapat respon berhubung masalah mereka.

Dalam pada itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa pihak polis menghormati kebebasan rakyat bersuara melepaskan mereka dengan segera.

Dalam satu kenyataannya sebentar tadi, Suaram menyatakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman telah dicabuli apabila bertindak menahan peserta himpunan tersebut.

"Sedangkan isu yang melingkari mereka tidak ditangani segera oleh pihak bertanggungjawab sejak sekian lama," kata penyelarasnya, R. Thevarajan.

Sehubungan itu, Thevarajan menggesa rakyat Malaysia yang prihatin untuk menulis surat kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menyuarakan kebimbangan anda terhadap kemungkinan adanya ugutan dan ancaman yang dihadapi mereka yang ditahan.

Mangsa pembangunan

34 penduduk Cameron yang rumah mereka dilanda masalah tanah runtuh akibat pembangunan tanah berhampiran membuat himpunan di depan pejabat MB Pahang hari ini.

Sekurang-kurangnya tujuh buah rumah di kawasan Green Cow diancam tanah runtuh ekoran sikap pemaju mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan penduduk.

Penduduk mendakwa, syarikat pemaju LTT Development Sdn Bhd dan Ng Yeet Ng giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah bukit untuk projek pembangunan di kawasan itu sehingga terlalu hampir dengan kawasan kediaman penduduk di bawah cerun.

Kini seramai 38 penghuni di kediaman-kediaman itu diancam bahaya bukan sahaja tanah runtuh, malah beresiko dihempap batu-batu besar berdiameter lebih 5 meter.
Harakahdaily sebelum ini pernah melaporkan masalah mereka.

Zulkifly bersama Pesuruhajaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menziarahi kampung mereka dan melihat sendiri bagaimana batu-batu besar yang bila-bila masa sahaja boleh menghempas rumah mereka.

Mereka kini tinggal di khemah-khemah kerana takut dihempap batu kalau tidur di rumah mereka.

Walaupun pelbagai laporan dibuat, pihak berkuasa tidak pernah melayan mereka lalu membawa mereka berhimpun di depan pejabat MB hari ini.

Khemah di Putrajaya

Sebelum ini penduduk terbabit pernah berhasrat untuk berkhemah di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Namun, akibat kerelaan Menteri Besar Pahang Datuk Sri Adnan Yaakob yang akhirnya bersedia menemui mereka selepas lebih dua tahun menunggu, maka himpunan tersebut dibatalkan.

Satu Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highland dengan beliau telah diadakan di Annexe Rest House pada 9 April lalu.

Menurut wakil penduduk, Setiausaha PSM Cameron Highlands Suresh Kumar berkata MB Pahang telah bersetuju untuk bertemu dengan penduduk berkenaan dan berbincang mengenai masalah melibatkan tanah dan pertanian yang mereka hadapi.

"Beliau berjanji untuk mengadakan lawatan ke lokasi yang dinyatakan pada 18 April bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan," kata Suresh.

Janji-janji telah dibuat kepada penduduk terbabit dan dengan bangga MB mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan cuba menyelesaikan isu itu dengan segera.

Namun, apa yang berlaku selepas lebih tiga bulan berlalu segala janji hanya tinggal janji dan penduduk kini semakin dihimpit dengan masalah yang bertimpa-timpa.

"Maka itulah, kami terpaksa berkhemah di hadapan Pejabat MB Pahang bagi menuntut beliau menunaikan segala janji manisnya itu. Malah ia selaras dengan slogan PM sekarang ini agar janji ditepati," kata beliau.harakahdaily.

Wow makcik umur 50 tahun dirogol pada pertemuan pertama.

KUALA LUMPUR: A middle-aged woman's search for love on the Internet took a sour turn after she was raped and blackmailed.

It is learnt that the 50-year-old woman had gone to a house in Cheras to meet a foreign man she had befriended through a social networking site in May.

The woman had been communicating with the man for the past two months and he had asked her to meet him at his house.

Sources revealed that when she went to the house on June 30, he locked her in.

The victim then claimed that she was put under a spell.

“She woke up later to find herself naked in bed with no one in the house at the time,” the source said.

After a few days, a parcel containing a pen drive was sent to the victim's home.

The pen drive allegedly contained a recording of her being raped by two men.

The suspects then demanded that the victim pay a substantial amount of money to stop them from making the recording public.

“The suspects said they would upload the four-minute video onto the Internet if she fails to pay the money,” he added.

The woman then lodged a police report at the Cheras police station.

Cheras OCPD Asst Comm Mohan Singh confirmed that a report was lodged on July 4.

He said police had picked up three men aged between 30 and 32 in connection with the incident.

They have been remanded until today to facilitate investigations.

ACP Mohan advised women to be wary of men they meet online.thestar.

Sasha (Elite) Enggan Dedah Punca Bercerai


Sasha tenang selepas selesai kes penceraiannya dengan bekas suami, Salyo.

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin enggan mendedahkan punca sebenar masalah rumah tangganya dengan bekas suami, Salyo Priyanto sehingga menyebabkan kepada penceraian.
Sasha berkata, dia tidak perlu berbuat demikian kerana ingin menjaga nama baik bekas suaminya itu dan perpisahan mereka juga dibuat secara baik.
"Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai.
"Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Shasha, atas alasan itu juga dia memohon kepada mahkamah untuk membenarkan dia memberikan sebab perceraian mereka menerusi nota bertulis kepada hakim tanpa perlu mendedahkannya di dalam mahkamah secara terbuka.
"Sejujurnya saya tidak tahu cara itu boleh digunakan dan bersyukur kerana hakim menerima nota itu tanpa perlu saya mendedahkan sebab dan punca mengapa saya memohon untuk bercerai," katanya lagi.
Pada Selasa, Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-kedua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.
Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah mengesahkan lafaz cerai itu serta memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.
Sasha dan Salyo dilihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai dilakukan.
Salyo dan Sasha yang ditemani ibunya, Siti Aishah Abdullah menunggu diruang mahkamah sebelum prosiding perceraian mereka bermula pada Selasa.

Dalam pada itu, Sasha berkata, dia tidak pernah menyesali dengan apa yang terjadi dalam perkahwinannya kerana ia dibina berdasarkan kasih sayang dan tumpuannya kini diberikan kepada anak tunggal mereka iaitu, Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang berusia tiga tahun.
Sasha berkata, dia dan bekas suaminya telah sepakat untuk menolak ke tepi masalah mereka berdua dan akan kekal sebagai sahabat demi masa depan anak mereka.
"Kami menyayangi anak kami lebih dari segala-galanya dan dia tidak sesekali akan diabaikan kerana masalah yang menimpa kami berdua.
"Hubungan saya dengan keluarga bekas mertua juga masih kekal baik dan sentiasa menganggap mereka sebagai keluarga saya malah mereka akan datang ke Kuala Lumpur minggu hadapan untuk bertemu dengan kami," kata Sasha lagi.
Sasha turut menjelaskan, keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui masalah yang berlaku antara mereka sejak awal tahun dan sering memberikan nasihat kepada mereka.
Sementara itu, bercakap mengenai perancangan masa depannya, Sasha menjelaskan dia akan memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya selain mengikuti program-program keagamaan bersama ibunya.
"Alhamdulillah saya banyak menghabiskan masa terluang dengan aktiviti keagamaan dan sebagai ibu tunggal saya perlu bekerja kuat untuk memastikan nasib anak tunggal saya terjamin," katanya.
Sasha dan Salyo telah berkahwin pada tahun 2007 di Jakarta, Indonesia.
Ini adalah perkahwinan yang kedua buat Sasha. Sebelum itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London.
Mereka berpisah empat tahun kemudian.mstar.

Mati mengejut kerana arteri tersumbat



JANGAN sesekali memandang ringan jika anda atau ahli keluarga terdekat mengalami simptom-simptom seperti sakit dada, sesak nafas, pening kepala dan mengalami palpitas iaitu denyutan jantung yang pantas, kuat atau tidak teratur.
Tanda-tanda tersebut merupakan siren awal yang memberitahu seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari.
Penyakit arteri koronari merujuk pada penyempitan dan penyumbatan arteri yang membekalkan darah kepada jantung melalui pengumpulan lemak dan kolesterol.
“Proses ini dipanggil koronari aterosklerosis yang menyebabkan peredaran darah lemah, miokardium anoksia dan juga miokardium nekrosis.
“Dalam kes yang teruk, pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba atau dikenali sebagai serangan jantung,” kata pakar runding kardiologi, Profesor Dr. Sim Kui Hian.
Tambahnya, seseorang yang menghidap masalah penyakit arteri koronari juga biasanya akan berasa sakit di dada seperti rusuk dihimpit-himpit dan tidak kurang juga yang sakit di bahagian tangan kiri, siku dan perut.
Kui Hian memberitahu, penyakit arteri koronari terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak, kolesterol, kalsium dan bahan lain dalam darah yang dikenali sebagai plak.
Pengumpulan plak
Apabila plak tersebut terkumpul ia dipanggil koronari aterosklerosis.
“Pengumpulan plak ini selalunya berlaku dalam tempoh yang lama dan apabila ia mengeras, arteri akan tersumbat lalu menyebabkan peredaran darah menjadi lemah.
“Keadaan ini dinamakan aterosklerosis. Penyempitan arteri koronari ini menyebabkan darah beroksigen yang dihantar ke otot jantung berkurangan mengakibatkan sakit dada atau angina pektoris,” ujarnya.
Menurut Kui Hian, jika plak tersebut menghalang arteri koronari sepenuhnya atau pecah, ia boleh membawa kepada serangan jantung (infarksi miokardium).
Faktor risiko penyebab utama penyakit tersebut ialah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, obesiti, merokok, kencing manis, amalan gaya hidup sedentari dan sejarah keluarga.
Bagi mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, seseorang doktor itu akan melakukan beberapa diagnosis seperti elektrokardiogram (ECG), ujian senaman treadmill, ekokardiografi, Myocardial Perfusion Scan, Cardiac Computed Tomography (CCT), Cardiac Magnetic Resonance Imaging (CMR), Cardiac Catheterization dan Coronary Angiogram.
BAGI mengesan seseorang itu menghidap penyakit arteri koronari, doktor akan melakukan beberapa diagnosis.


“Secara umum, doktor akan memilih penyelesaian terapeutik mengikut keadaan penyakit dan keadaan kesihatan pesakit selepas membuat diagnosis yang tepat tentang penyakit arteri koronari.
“Perubahan gaya hidup seperti berhenti merokok, pemakanan seimbang dan senaman yang mencukupi banyak membantu dalam pemulihan penyakit arteri jantung,” katanya.
Jelas beliau, pada masa sekarang, kaedah terapeutik yang digunakan untuk merawat penyakit arteri koronari ialah rawatan perubatan, pembedahan pintasan arteri koronari (CABG), percutaneous coronary intervention (PCI) yang lebih dikenali sebagai belon angioplasti dan pembedahan pintasan jantung.
Terdapat pelbagai jenis sten yang digunakan dalam teknik angioplasti iaitu menggunakan bare metal stent (BMS), drug-eluting stent (DES) dan bio-engineered stent (BES).
Kebiasaannya, pilihan rawatan berdasarkan faktor yang ditentukan oleh gejala-gejala yang dialami pesakit.
Dalam kebanyakan kes, jika arteri tersumbat kurang daripada 70 peratus, maka ubat akan menjadi pilihan rawatan baris pertama.
Jika pembedahan diperlukan, BES ialah sten yang sesuai untuk semua pesakit.
Pemasangan sten menawarkan penyelesaian bagi kumpulan pesakit tertentu seperti mereka yang memerlukan pembedahan dalam jangka masa pendek, pesakit yang tidak boleh menggunakan Dual Antiplatelet Therapy (DAPT) iaitu rawatan perubatan yang membabitkan pengambilan agen pencairan darah seperti aspirin dan agen antiplatlet untuk jangka masa panjang dan warga emas.
Pesakit yang menjalani rawatan memasukkan sten boleh menjalani kehidupan seperti biasa dengan membuat senaman aerobik.
Namun begitu, pesakit arteri koronari harus melakukan ujian stres terlebih dulu sebelum memulakan program senaman bagi mengukur kemampuan mereka untuk bersenam.
“Mereka dinasihatkan supaya melakukan senaman ditemani orang lain dan tidak berseorangan selepas beberapa bulan pertama menjalani rawatan.
“Gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok, mengamalkan diet sihat dan senaman dengan kerap sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung,” ujarnya.
Dahulu, penyakit jantung hanya menyerang individu berusia, kini situasinya berbeza kerana golongan individu berusia bawah 50 tahun turut berdepan dengan risiko penyakit tersebut.
Gaya hidup
Menurut Kui Hian, keadaan itu berlaku akibat gaya hidup tidak sihat, tidak melakukan senaman, obesiti, merokok, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.
“Penyakit ini berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.
“Bagi mengelakkan penyakit ini, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kurangkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak, kolesterol dan garam, jangan merokok, kurangkan tekanan dan selalu bersenam,” nasihatnya.
Dalam pada itu, Hindon Abdul Aziz, 55, tidak menyedari sama sekali bahawa dia menghidap penyakit arteri koronari sehinggalah beliau membuat pemeriksaan penuh kesihatan yang disarankan oleh tempat kerjanya.
Selepas melakukan ujian stres dengan treadmill, doktor memberitahu bahawa Hindon mempunyai masalah saluran jantung tersumbat dan menyarankannya menjalani rawatan angioplasti.


GAMBAR di atas menunjukkan bagaimana sten dipasang bagi membesarkan saluran darah yang tersumbat bagi membolehkan aliran darah mengalir dengan normal tanpa sekatan.


“Ahli keluarga saya ramai meninggal akibat penyakit yang berkaitan jantung seperti kolesterol tinggi dan angin ahmar.
“Sebulan jugalah saya membuat keputusan untuk membuat angioplasti. Prosedur angioplasti ini mengambil masa lebih kurang satu jam,” katanya.
Selepas membuat pemasangan sten, doktor menasihatkannya membuat perubahan pada diet.
“Makanan laut tidak boleh makan kerana kandungan kolesterolnya tinggi, makanan berminyak dan bersantan selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok.
“Jika tidak berpantang, ada kemungkinan saluran tersebut tersumbat kembali. Apabila rakan-rakan tahu saya menghadapi masalah penyakit ini, ramai yang menyarankan supaya makan epal hijau, saderi, lemon dan teh hijau,” ujarnya.
Ditanya mengenai rawatan ubat tradisional yang banyak diamalkan oleh segelintir masyarakat, Hindon memberitahu doktor mengingatkannya supaya tidak mencampurkan pengambilan ubat doktor dengan ubat tradisional.
“Tidak dinafikan selepas didiagnosis menghidap penyakit ini, diet saya sekeluarga berubah dan jarang sekali makan di luar seperti sebelum ini.
“Sekarang ini, tengok sahaja orang makan nasi lemak sepinggan penuh saya sudah takut. Mula-mula dapat tahu menghidap penyakit ini, saya tidak lagi makan nasi lemak dan bertukar kepada capati,” katanya yang kini menyediakan makanan menggunakan kaedah rebus, kukus dan panggang.
Secara peribadi, Hindon memberitahu, pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali amat penting.
“Lebih baik dapat tahu awal daripada tidak tahu langsung dan tiba-tiba sahaja mendapat serangan jantung.
“Sehingga hari ini, setiap hujung minggu sebaik sahaja selepas subuh saya dan suami akan berkebun untuk mengeluarkan peluh,” ujarnya yang banyak membawa artikel-artikel mengenai arteri koronari.kosmo.

Kesengsaraan Umat Islam Rohingya



SAAT 29 orang etnik Rohingya di Arakan, Myanmar terbunuh manakala 30,000 yang lain memperjudikan nyawa menyeberang sempadan ke Bangladesh semata-mata mahu menyelamatkan diri, Zafar Ahmad Abdul Ghani bersyukur kerana dia berada dalam keadaan selamat di Malaysia.
Lelaki yang berusia 42 tahun itu juga sudah berkahwin dengan wanita tempatan dan memiliki tiga orang anak. Zafar Ahmad boleh memilih untuk duduk berehat di rumah dan bekerja untuk meningkatkan taraf hidup tanpa mempedulikan mereka yang masih terkandas di negara asalnya.
Namun, hanya individu yang pernah mengalami keperitan hidup akibat ditindas memahami ketakutan menjadi orang yang tidak dikehendaki. Melalui kebolehannya menggunakan teknologi maklumat, dia bersuara dan membongkar kesengsaraan etnik dalam blog selain memperjuangkan hak-hak asasi dari jauh.
Setiap hari tanpa jemu, Presiden Organisasi Hak-Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (Merhrom) itu memuat naik artikel selain perkembangan-perkembangan terkini sama ada di Bangladesh atau Myanmar.
Dia berani bersumpah semua informasi yang dipaparkan dalam blognya yang beralamat merhrom.wordpress.com termasuk koleksi foto yang tidak pernah dipaparkan di media, adalah betul dan tepat.
Laporan tidak adil
"Rohingya tidak pernah dibenarkan keluar dari kawasan tersebut malah orang luar juga tidak pernah dibawa masuk ke Arakan.
"Hanya wartawan agensi berita Myanmar dibenarkan masuk. Jadi, laporan yang sama disiarkan berulang-ulang kali memberi impak bahawa orang Rohingya yang bersalah atas rusuhan terbaharu," bentak Zafar Ahmad ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Hampir seluruh dunia menyiarkan berita bahawa hubungan antara kedua-dua komuniti kembali bergolak pada akhir bulan lalu berikutan kejadian rogol dan bunuh seorang wanita Rankine.
Terbaharu, media tempatan Myanmar melaporkan mahkamah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap dua lelaki Rohingya atas kesalahan merogol dan membunuh wanita berusia 27 tahun itu.
Zafar Ahmad pula mendapat berita terkini dari Arakan dan Bangladesh melalui kiriman pesanan pendek yang dihantar secara senyap-senyap kepadanya.
Semakin lama temu bual Kosmo! melalui telefon berlangsung, kedengaran semakin keras nada yang dilontarkan oleh Zafar Ahmad. Katanya, Akta Kewarganegaraan Burma pada tahun 1982 benar-benar menjadikan mereka sebuah kelompok etnik yang tidak memiliki negara.


KELUARGA Abul Foyaz Abdul Hakim ini adalah antara kelompok etnik Rohingya yang tinggal di Malaysia.


"Terdapat 137 etnik di Myanmar dan hanya 135 diterima sebagai warganegara. Selain itu, bukan warganegara termasuk Rohingya," terang lelaki yang berpusat di Cheras Baru, Kuala Lumpur.
Sejak itu, semua hal-hal yang berkaitan Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah Myanmar oleh pihak pemerintah termasuk subjek yang diajar di sekolah.
Sedangkan menurutnya, Rohingya sudah lama berada di tanah itu dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang menjadi pemerintah.
Dia yang tiba di Malaysia pada tahun 1988 turut mengadakan bantahan berdekatan Kedutaan Myanmar bersama lebih 3,000 orang. Ia bertujuan untuk menarik perhatian seluruh dunia bagi menghentikan keganasan terhadap komuniti mereka di Myanmar.
Sambil memegang sepanduk tertulis Stop Genocide (Hentikan Pembunuhan Etnik), Stop Religious Violence (Hentikan Keganasan Agama) dan lain-lain, mereka mendesak campur tangan antarabangsa bagi menghalang keganasan terhadap orang Rohingya.
"Walaupun junta menyatakan bahawa situasi semakin baik tetapi informasi yang diterima dari kampung adalah berbeza. Situasi semakin teruk dan keganasan semakin meningkat," ujar Zafar Ahmad.
Bantahan keganasan
Di negara yang menerima pelarian Rohingya seperti Australia, turut memperlihatkan usaha-usaha etnik tersebut dalam menyedarkan penduduk dunia mengenai kesengsaraan mereka.
Pada 14 Jun lalu, satu tunjuk perasaan yang disertai lebih 100 orang Rohingya diadakan di bangunan parlimen di Canberra berdekatan dengan kedutaan Burma.
Aktivis yang berada dalam buangan, Dr. Hla Myint mendakwa kerajaan Burma cuba menghapuskan etnik Rohingya melalui banci kebangsaan pada tahun 2001.
Selain itu, seorang lagi aktivis daripada Komuniti Burma Rohingya di Australia (BRCA), Aman Ullah ketika ditemu ramah oleh media ABC Australia Radio juga menekankan perkara yang sama.
Dalam kejadian rusuhan di Sittwe, Presiden Myanmar, Thein Sein telah menguatkuasakan perintah darurat di negeri terbabit dengan menempatkan tentera bagi melegakan tekanan.


SEKUMPULAN etnik Rohingya mengadakan demonstrasi bantahan di Kuala Lumpur pada 17 Jun lalu bagi memprotes keganasan agama yang berlaku di Arakan, Myanmar selain mendesak campur tangan PBB.


Dalam laporan agensi berita Associated Press (AP), pihak polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi menyuraikan sekumpulan etnik Rohingya yang membakar rumah penduduk.
Kebanyakan tempat di ibu negeri Sittwe dilaporkan masih tegang dengan sekolah-sekolah dan premis perniagaan ditutup.
"Ketegangan kini berada pada tahap tinggi dan situasi masih berbahaya," kata seorang etnik Rakhine dalam laporan yang dikeluarkan pada 12 Jun lalu.
Kenyataan Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin kepada pemberita Reuters pula berbunyi, 'semua tindakan yang perlu diambil bagi mengembalikan kestabilan awam telah dilakukan oleh pihak pemerintah'.
"Kami menjaga semua perkara, kami beri keutamaan pada kestabilan negeri. Sittwe sudah kembali normal," ujarnya dalam sebuah lawatan ke Filipina.
Bagaimanapun, Aman Ullah dalam temu bual yang diadakan dengan media Australia mendakwa sebaliknya. Dia yang mendapat informasi dengan cara sama seperti Zafar Ahmad dengan tegas berkata, etnik Rankine yang menyerang Rohingya.
Ujarnya, polis tempatan yang digelar oleh etnik Rankine sebagai hloohtein, kebanyakannya terdiri daripada etnik Rankine. Dengan 'kelebihan' yang ada, etnik tersebut pergi ke kawasan kediaman Muslim untuk menjarah dan membunuh.
"Sepatutnya mereka melindungi, bukannya menjarah orang Muslim," tegasnya dalam wawancara itu.
Hak Rohingya dirampas
Aman Ullah mengakui bahawa masalah itu berpunca daripada tindakan orang Rohingya, namun sentimen yang tidak boleh dibendung telah memuncakkan perkara tersebut.
"Perintah berkurung menyebabkan Rohingya tidak boleh keluar rumah dan catuan makanan dilakukan. Jadi, tiada beras, makanan kering dan komoditi di rumah.
"Semua makanan hanya ada di pasar dan telah dirampas oleh orang Rankine tanpa meninggalkan walau sedikit beras sekalipun," luah Aman sambil menambah bahawa perintah darurat dikenakan kepada orang Muslim dan tidak kepada Rankine jadi mereka bebas melakukan apa-apa sahaja.


PARA pekerja penyelamat membersihkan kawasan kejiranan Sittwe yang terbakar akibat perbalahan antara Muslim Rohingya dengan Muslims dan etnik Buddha Rakhine.


BRCA ditubuhkan pada tahun 1999 oleh penduduk Rohingya yang menetap di Australia. Ia merupakan sebuah badan tidak berkepentingan tetapi sering menjalankan kerjasama dengan organisasi luar bagi mengembalikan demokrasi selain mahu meningkatkan hak-hak asasi di Myanmar.
Tindakan pemerintah Myanmar dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Aman Ullah sangat bercanggah antara satu sama lain kerana kedua-dua pihak seakan-akan menuding jari sesama sendiri.
Sehingga kini, kebanyakan negeri di utara Rakhine masih lagi tidak membenarkan wartawan dan pemerhati bebas memasukinya. Mustahil untuk mengesahkan versi laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan.
Sementara itu, agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, seramai 90,000 orang yang lari daripada keganasan etnik memerlukan bantuan.
Program Makanan Dunia (WFP) telah menyalurkan bekalan makanan kepada 66,000 orang sejak minggu lalu dan kini sedang mengedar stok tambahan ke bahagian barat Rankhine.
Jurucakap Agensi Pelarian PBB (UNHCR), Adrian Edwards pula berkata, bot-bot yang dipenuhi oleh orang Rohingya masih lagi menghala ke Bangladesh.
Namun, negara itu menolak untuk membenarkan pelarian memasuki Bangladesh dan telah menghantar pulang seramai 139 orang pada Ahad lalu.
Bangladesh kini berdepan dengan tekanan antarabangsa supaya membuka pintu negaranya untuk kemasukan pelarian Rohingya tetapi setakat ini masih menolak untuk melakukannya.kosmo.

Selasa, 10 Julai 2012

Lelaki mengamuk ditembak mati





SUSUNAN gambar yang dirakam kamera litar tertutup menunjukkan Khalil Afandi dan Muhdalina memasuki pekarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Presint 1, Putrajaya semalam sebelum memecahkan cermin kereta petugas di situ. Mereka bertindak agresif apabila diarahkan menyerah diri sebelum ditembak oleh anggota polis. Gambar kecil, Khalil Afandi dan Muhdalina.


PUTRAJAYA - Seorang pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam.
Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.
Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad, 28, cedera apabila terkena tembakan di paha. Ketika itu mereka membawa bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah pisau.
Beberapa saksi memberitahu, Khalil Afandi yang pada mulanya memakai jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak berbaju, dia menjerit mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14 tahun lalu.kosmo.

Kontena pil khayal dari India




MATRANG (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian pil eramin 5 yang dirampas pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG - Cubaan lima individu termasuk sepasang suami isteri menyeludup masuk sebuah kontena mengandungi hampir tiga juta pil eramin 5 melalui Pelabuhan Barat di sini pada 5 Julai lalu gagal apabila ia dapat dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perkara tersebut terbongkar apabila JKDM menahan tiga lelaki berusia 30 tahun ketika suspek cuba membawa keluar dadah bernilai lebih RM58 juta di pelabuhan berkenaan pada 29 Jun lalu. Bahan khayal tersebut tiba enam hari sebelum itu.
Pada hari sama, pihak kastam telah menahan sepasang suami isteri berusia 32 dan 41 tahun di sebuah restoran mamak di Pulau Pinang kerana disyaki mengarahkan tiga lelaki itu mengambil dadah berkenaan. Suami suspek merupakan warga Bangladesh.
Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM, Datuk Matrang Suhaili berkata, tiga lelaki tersebut merupakan ejen sebuah syarikat perkapalan.kosmo.

Amuk di Jabatan Perdana Menteri,Polis: Suspek amuk dipercayai sakit mental

                  
Amuk di JPM
Amuk di JPM
Dua mengamuk di JPM, seorang mati
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.- Bernama

Isnin, 9 Julai 2012

How to make a KNO3 Rocket Motor

Water Rocket Bottle Splicing Tutorial

How to build a water bottle rocket launcher: Part 2 of 2

How to build a water bottle rocket launcher: Part 2 of 2

Polis temui 10 kelongsong peluru di rumah ahli korporat

PETALING JAYA: Polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di rumah seorang ahli korporat setelah seorang suspek memakai topeng melepaskan tembakan secara rawak ke arah rumah ahli korporat itu dalam kejadian di Subang Jaya SS19, awal hari ini.
sekadar hiasan
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 pagi, mangsa bersama keluarganya, dua orang tetamu dan tiga pekerja sedang tidur.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang suspek memakai topeng dilihat melepaskan 10 das tembakan secara rawak dan mengakibatkan kerosakan ke arah dua buah kereta mewah serta kesan tembakan pada dinding manakala tingkap rumah pecah.

"Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang sedang bertugas di rumah mangsa menyangka bunyi tembakan yang dilepaskan adalah bunyi mercun sebelum menyedari itu adalah amaran daripada suspek dan terus menghubungi polis selepas kejadian berlaku," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, hari ini.


Tan berkata polis tidak menolak kemungkinan ahli korporat dan keluarganya menjadi mangsa dalam kes ugutan bunuh.

Polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, katanya. - Bernama

Wanita warga India ditemui mati tergantung

sekadar hiasan
GEORGETOWN: Seorang pembantu rumah warga India ditemui mati dalam keadaan tergantung di kipas siling rumah majikannya di Lengkok Pemancar Gelugor di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, majikan wanita terbabit berada di Kuala Lumpur.
"Difahamkan dokumen pengenalan diri mangsa berusia 40-an itu berada pada majikannya dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Gan berkata ia adalah kes kedua seumpama itu melibatkan pembantu rumah warga India di daerah ini.


Katanya polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, dan mayat wanita terbabit dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Ahad, 8 Julai 2012

TAIKO APEK mengamuk di Karamunsing SenQ

Janin ditemui dalam kotak kasut

MELAKA 5 Julai - Seorang pemandu bas terkejut apabila menemui janin bayi lelaki dalam sebuah kotak kasut di bawah sink tandas awam di Melaka Sentral di sini hari ini.
Janin yang cukup sifat dipercayai berusia antara enam hingga lapan bulan itu ditemui lelaki tersebut yang memasuki tandas itu kira-kira pukul 8.10 pagi.
Pemandu berusia lingkungan 30-an itu curiga apabila melihat sebuah kotak kasut lalu membukanya dan terkejut melihat janin itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, pemandu bas itu kemudian membawa kotak berisi janin bayi berkenaan dan menyerahkannya kepada pengawal keselamatan.
"Pengawal keselamatan kemudian memaklumkan penemuan janin itu kepada polis," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini.

Pergaduhan kumpulan samseng, polis tahan lapan lelaki

IPOH 6 Julai - Polis menahan lapan lelaki kerana bertindak ganas dengan menyerang sekumpulan anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan samseng di Kawasan Perusahaan Menglembu di sini Rabu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, lapan anggota kumpulan 08 Vinod itu menyerang polis ketika dalam perjalanan untuk membalas dendam ke atas satu lagi kumpulan samseng dikenali 04 Menglembu yang didakwa membunuh rakan mereka.
Katanya, sekumpulan anggota polis telah bergegas ke kawasan perusahaan Menglembu kira-kira pukul 1.15 pagi sebaik sahaja menerima maklumat mengenai pergaduhan antara dua kumpulan itu.
''Sebaik sahaja sampai, datang sekumpulan lelaki India kira-kira 20 hingga 25 orang yang menaiki motosikal dan bersenjata parang menyerang polis yang cuba menghalang pergaduhan itu.

Lelaki yang menyebabkan pelajar mengandung ditangkap

sekadar hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja lelaki dipercayai bapa kepada bayi malang yang diletakkan di dalam beg sandang selama 17 jam selepas dilahirkan, ditahan di Kampung Cherang Guling, Marang dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek yang berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya pukul 4 pagi dan direman bagi membantu siasatan.
"Siasatan mendapati remaja berusia 16 tahun yang melahirkan bayi itu dan suspek bukan pasangan kekasih tetapi melakukan hubungan seks secara suka-suka sebanyak dua kali pada tahun lalu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! Jumaat lalu melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah asrama dekat sini ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mengadu sakit perut.
Selepas bersalin, remaja perempuan itu kemudian menyorokkan bayinya di dalam beg sekolah sebelum diserahkan kepada rakannya yang tidak mengetahui beg itu berisi bayi.
Bedah siasat mendapati kepala bayi berkenaan lebam dan terdapat cecair di dalam paru-parunya tetapi punca sebenar kematian bayi itu masih disiasat.kosmo.

Reman Uncle Seekers dilanjut tiga hari



JOHOR BAHARU - Reman ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.
Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini.
Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.
Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. — BERNAMA

Ratu rock, Ella bergelar isteri

PELABUHAN KLANG 7 Julai — Ratu rock negara Ella, atau nama sebenar Norzila Aminuddin, menamatkan zaman bujangnya hari ini apabila sah bergelar isteri kepada juruterbang Azhar Husaini Ghazali.



Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di sini, dalam satu majlis tertutup.
“Ella rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah sering ditanya bila akan naik pelamin, Allah makbulkan hari ini,” katanya yang ditemui selepas majlis itu.
Penyanyi itu mengesat air mata kegembiraan selepas sah bergelar isteri kepada Azhar yang dikenalinya sejak sembilan tahun lepas. — BERNAMA

Wanita cedera dalam kejadian diragut

MELAKA - Seorang kerani wanita yang diragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja semalam, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala hari ini.
Mangsa, Tang Mui Choo, 35, disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Melaka pada 7 pagi tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supritendan R. Gunarajan berkata, ketika kejadian kira-kira 8.15 pagi semalam, mangsa yang menaiki motosikal sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kampung Lapan dari rumahnya di Taman Pokok Mangga di sini.
Beliau berkata, ketika melalui Jalan Benteng, Balai Panjang mangsa didatangi dua lelaki berpakaian serba hitam yang menaiki sebuah motosikal sebelum meragut beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikal berkenaan.
"Ekoran itu, berlaku sedikit pergelutan apabila mangsa cuba merampas semula beg tangannya mengakibatkan mangsa terjatuh daripada motosikal,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, abang mangsa, Tang Ah Jit, 41, yang sedih dengan kejadian itu meminta pihak polis menangkap suspek dengan segera. — BERNAMA

Lelaki Pengemis Memiliki Suara Emas