Jumaat, 13 Julai 2012

Amah amuk sepak bayi

KUALA LUMPUR: Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.
Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.metroonline.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan