Selasa, 31 Julai 2012

Akibat lemah iman, arak dan zina jadi mainan

SHAH ALAM: Dua sekawan dihukum penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah atas merogol pelajar berusia 16 tahun, di Serendah, dekat sini, ketika Ramadan, dua tahun lalu.
Mereka dituduh merogol remaja itu ketika mangsa tidak sedarkan diri selepas minum minuman yang dimasukkan dadah dan alkohol tanpa disedarinya.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan enam sebatan terhadap Majirin Masungkit, 31, kerana merogol pelajar terbabit.

Manakala, rakannya, Saladin Ajim, 33, yang juga bapa empat anak dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana bersubahat dengan Majirin.

Slamat memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkapan mereka pada 28 Ogos 2010.

Majirin mengaku salah merogol mangsa di tingkat atas rumah kedai di sebuah taman perumahan di Serendah, antara jam 4 pagi dan 10.30 malam pada 27 Ogos 2010.


Saladin pula mengaku bersubahat dengan Majirin dan dua rakan mereka merogol mangsa di tempat dan masa sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda.

Mereka yang berasal dari Sabah mengaku salah selepas 11 saksi pendakwaan memberi keterangan.

Sebelum ini, Slamat menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan masing-masing terhadap dua rakan tertuduh, Mohamad Yasar Wandi Modin, 22, serta Suhimin Tius, 21, yang mengaku merogol mangsa di tempat dan pada masa lain. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim memohon huku man berat dengan mengambil kira kesalahan dilakukan amat serius. Berdasarkan fakta kes, Mohamad Yasar menghubungi mangsa yang juga teman wanitanya untuk bertemu di warung pada hari kejadian dengan membawa rakannya bernama Suhimin atau Boy.

Mangsa berkata, selepas minum dia pitam dan tersedar di dalam sebuah rumah kedai dalam keadaan tidak berpakaian serta dikelilingi lima lelaki bogel yang tidur, termasuk teman lelakinya.

Mangsa cuba lari, tetapi terlanggar botol arak menyebabkan rakan teman lelakinya tersedar menyebabkan mereka mengikatnya dan menindih kakinya dengan batu sebelum merogolnya beberapa kali.harianmetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan