Isnin, 28 November 2011

Bekas Pengarah JSJK, Bukit Aman dibebaskan



 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan pelepasan dan pembebasan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff atas dakwaan gagal mengisytihar pemilikan saham dan kepentingan dalam dua hartanah bernilai RM1.03 juta.
Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap responden dalam pertuduhan pertama hingga ketiga.
Bagi pertuduhan pertama, terbukti bahawa Ramli tidak mempunyai kepentingan dalam dua bangunan pejabat milik syarikat Bonus Circle Sdn Bhd, yang mana kakak dan adik Ramli menjadi pengarahnya.
Pertuduhan kedua iaitu gagal mengisytiharkan 154,000 unit saham Permaju Industries, beliau berkata jelas Ramli tidak mempunyai sebarang pengetahuan terhadap syer dan dokumen berkaitan dengannya.Bagi pertuduhan ketiga yang membabitkan saham Telekom, hakim itu berkata semasa pertuduhan dibuat, Ramli belum lagi menjadi pemegang saham secara sah.
Pada 2007, Ramli didakwa atas tiga pertuduhan iaitu gagal mengistiharkan kepentingannya dalam hartanah berupa dua buah pejabat, pemilikan 154,000 saham Permaju Industries Berhad serta pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad.

Bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu dijatuhi hukuman penjara

dr ahmad ramzi mohamad zubir
Datuk Dr ramzi
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut bunuh ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.
 
Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.


Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Jumaat, 25 November 2011

Sikap chauvinis dan perkauman di Singapore

Surat Pembaca – Merana Disebabkan Penindasan-Perkauman-Perekonomian-Diskriminasi


Pendapat Pembaca Di Alu-Alukan
West Aussie Malay berkata,

Sebenarnya bukan Melayu sahaja tertindas, malah semua kaum termasuk Cina, India dan kaum lain juga, asalkan tidak menyokong PAP, pasti ditindas dan digertak dengan saman, bankrupsi dan masuk jel.

Jika tidak percaya, masuk lah ke Singapura, tanya rakyat jelata, hidup mereka sangat susah, kos sara hidup di Singapura amat tinggi. Pemandu-pemandu teksi, baik Cina atau Melayu, adalah golongan yang paling jujur untuk berkongsi pengalaman pahit maung hidup di sana menyara keluarga dan diri sendiri. Ramai yang terpaksa membuat dua pekerjaan.

Yang berpendapatan rendah dan kurang mampu akan kekal bermastautin di bumi Temasik Sang Nila Utama ini.Yang mampu berduyun-duyun berhijrah ke luar negara, semua bangsa, India, Melayu dan Cina. Yang tidak tahan stress ramai mengambil nyawa sendiri. Suku sakat keluarga pemerintah republik itu sendiri pernah memohon PR negara benua terkecil dunia, namun Camberra sendiri menolak.

Polisi 'buang Melayu dahulu dan ambil terakhir' dalam pekerjaan, amat benar semasa kegawatan ekonomi di sana Singapura. Apa tidaknya, salah satu syarat memohon banyak kerja perlu fasih berbahasa Mandrin!
Setakat ini hanya 1 sahaja juruterbang Melayu di dalam tentera udara Singapura, itu pun memandu pesawat pengangkut sahaja. Tiada seorang pun orang Melayu berkhidmat di dalam pasukan Komando mereka. Ini adalah hakikat. Kalau bukan penindasan mahu disebut apa, perkauman?
Namun, semua rakyat jelata Singapura hanyalah manusia biasa. Yang membuat mereka tertindas ialah polisi pemerintah. Islam masih hidup di sana, masjid tetap banyak dan mencukupi. Semasa pembinaan masjid baru di satu kawasan, penduduk Islam di situ bersolat hari raya di padang terbuka buat beberapa tahun. Ini lah bukti tahap keimanan tinggi kaum Islam di sana. Tak perlu saya sebut kawasan dan tahunnya, tapi saya ada di sana ketika itu, walau pun saya bukan rakyat Singapura. Solat terawih di bulan Ramandan tetap penuh hingga ke hujung bulan berkenaan.
Kenyataan Tun Dr Mahathir itu betul tetapi mungkin terlalu pahit untuk diterima pihak berkenaan.Walau bagaimana pun saya tetap mengkagumi 'will for survival' kaum Melayu Islam Singapura, rata-rata mereka peramah dan punya jati diri yang tinggi.

Pasti ada pengajaran untuk rakyat Malaysia semua kaum, untuk dipelajari dari keadaan di Singapura, ternyata kita yang hanya sibuk bertelagah sesama sendiri di Malaysia, tidak kira bangsa, termasuk Melayu sesama Melayu, sedarah dan keturunan serta seagama.
 

Salam dari perantauan,

WestAussieMalay

Mahasiswa di Mesir upload gambar bogel



Kaherah – Tindakan seorang pelajar universiti di Mesir, Aliaa Magda Elmahdy ( gambar ) yang memuat naik gambar bogelnya dalam internet dengan alasan membantah halangan terhadap kebebasan bersuara di negara berkenaan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Aliaa, 20, memuat naik beberapa keping gambar bogelnya, sejak beberapa hari lalu dalam laman web Facebook, blog dan Twitter dengan menggelar perbuatan berkenaan sebagai `revolusi kebebasan’.

Ia menerima 1.5 juta pengunjung sejak gambar bogel itu disiarkan dan jumlah pengunjung laman webnya itu meningkat secara purata tiga pengunjung dalam masa dua saat.

Aliaa menerima pelbagai komen dalam blognya itu dengan kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah dengan tindakan yang tidak bermaruah itu.

Ia termasuk gelaran pelacur murahan yang sakit jiwa, dan menggesa polis menahannya.


Dalam blognya itu, Aliaa yang menuntut di Universiti Amerika di Kaherah menggelar dirinya sebagai sekular, liberal, feminin dan vegetarian itu, mendakwa dirinya sebagai atheis sejak berusia 16 tahun.


Gadis itu juga turut mengecam wanita yang memakai hijab di Mesir dengan mendakwa mereka berbuat demikian kerana takut dipukul di khalayak ramai dan atas paksaan keluarga.

Aliaa mendakwa gambar itu diambil di rumah teman lelakinya, Kareem namun kemudian menukar kenyataan itu dengan menyatakan gambar itu diambil di rumah ibu bapanya beberapa bulan sebelum bertemu Kareem.

Pada mulanya gadis itu mendakwa sebagai anggota Pergerakan Belia 6 April Mesir, namun kemudiannya menarik balik kenyataan itu selepas pergerakan itu menafikan dia pernah menjadi anggota kumpulan itu.

Dalam pada itu, Pergerakan Belia 6 April Mesir menyifatkan tindakan gadis itu menyamar sebagai anggota pertubuhan berkenaan sebagai satu konspirasi.
“Gadis bernama Aliaa al-Mahdy ini telah menyebarkan pembohongan mengenai kumpulan ini. Kami tidak mempunyai anggota yang terlibat dalam perbuatan tidak bermaruah dan dia ini adalah agen Keselamatan Negara yang hanya ingin merosakkan imej kami selepas kejayaan protes anti kerajaan yang berjaya menyingkirkan Hosni Mubarak, Februari lalu,” kata pergerakan berkenaan dalam satu kenyataan. sungai rapat online.

Rabu, 23 November 2011

Cuci luka guna gamat untuk pesakit kencing manis

TANYA KHABAR...Liz melawat pesakit kencing manis, Faniah di The Golden Steps.
TANYA KHABAR...Liz melawat pesakit kencing manis, Faniah di The Golden Steps.
 
 
KETIKA melihat gambar kaki Zaharah Senawi, 79, selepas dipotong, keadaannya amat menyedihkan. Hampir keseluruhan ibu jari kaki kanan dibuang dan luka kesan daripada potongan itu menyebabkan jari kaki nenek itu berlubang sedalam tiga sentimeter.
Keadaan ini amat menyukarkan dia bergerak. Keadaannya sangat lemah sehingga menyebabkan dia terlantar di katil saja.
Menurut Zaharah, selepas disahkan menghidap kencing manis enam tahun lalu, keadaannya sangat kritikal sehingga doktor terpaksa memotong ibu jari kakinya.

Namun kesan pemotongan itu menyebabkan luka merebak dan doktor bercadang memotong sebahagian lagi jari kakinya, namun Zaharah menolak kerana tidak sanggup melihat kakinya dipotong lagi.


Akibat luka kencing manis Zaharah tidak dapat bergerak, menyebabkan jirannya memperkenalkan perkhidmatan mencuci luka kencing manis yang dijalankan di Pusat Rawatan Alternatif, The Golden Steps di Kuala Lumpur.

Bermula Mei 2011, Zaharah dirawat menggunakan rawatan alternatif atau perubatan tradisional menggunakan pati gamat dan ubat-ubatan herba oleh petugas yang datang ke rumah. Luka kakinya dicuci setiap hari dan diberi penjagaan rapi termasuk membuat jadual pemakanan.

Selepas tujuh hari, lukanya mula menunjukkan perubahan. Daging kaki yang terbuka sedikit demi sedikit bercantum sehingga menutupi hampir keseluruhan lubang pada bekas ibu jari yang dipotong. Lama-kelamaan isinya semakin merata sehingga membuatkan nampak seperti tiada perbezaan sebelum dan selepas dipotong.

Walaupun lukanya mencapai tahap minimum, Zaharah masih mendapatkan rawatan kesihatan di hospital. Kini Zaharah sudah mampu berjalan dengan baik malah kesan parut pada kaki sudah semakin berkurangan. Ternyata dia sangat gembira dengan keadaan sekarang kerana kakinya masih berfungsi seperti orang lain.

Kegembiraan dirasai Zaharah mungkin turut menjadi impian pesakit kencing manis yang lain. Bagi mereka, kaki yang terpaksa dipotong adalah igauan ngeri yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Ibarat batu yang terhempas ke bahu, mungkin begitulah gambaran yang dirasai mereka sejurus menerima perkhabaran daripada doktor.

“Selagi boleh dielak kami akan menggunakan cara lain untuk merawat kencing manis tetapi tidak dengan membenarkan kaki dipotong.” Begitulah antara kata-kata yang diluahkan penghidap kencing manis.

Amputasi atau memotong salah satu bahagian anggota tubuh bukan satu jalan penyelesaian kepada pesakit diabetes walaupun prosedur itu adalah langkah selamat yang disyorkan doktor bagi mengawal kuman merebak ke bahagian lain.

Sama ada pesakit memilih untuk menjalani prosedur amputasi atau tidak, rawatan mencuci dan membersihkan luka kencing manis mesti dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari oleh jururawat berpengalaman yang biasa mengendalikannya.

Apa yang menjadi masalah, pesakit dan ahli keluarga kurang peka mengenai pentingnya rawatan mencuci dan membersihkan luka sehingga mengabaikannya. Ada pula yang mencuci menggunakan kaedah yang salah sehingga penyembuhan menjadi kurang sempurna.

Menurut Ketua Perawat Pusat Rawatan Di Rumah dan Penjagaan Harian Diabetes The Golden Steps, Liz See, luka diabetes yang dirawat dan dibersihkan menggunakan ubat-ubatan, peralatan sesuai serta dilakukan mereka yang berpengalaman mampu mengelak pesakit diabetes daripada mengalami proses amputasi.

Malah bagi pesakit yang sudah menjalani proses amputasi, luka pada bahagian yang sudah dipotong boleh pulih sepenuhnya sehingga meninggalkan sedikit kesan parut saja.

“Namun proses ini harus dilakukan perawat berpengalaman, menggunakan bahan rawatan tradisional dengan ubat-ubatan moden dan dilakukan secara berkala bagi mendapatkan hasil maksimum. Jika di rumah, tidak ramai ahli keluarga mampu melakukan dengan baik sebab itu kesan luka yang tidak dijaga akan mudah merebak ke bahagian lain,” katanya.

Selain rawatan mencuci dan membersihkan luka, makanan pesakit juga perlu dijaga. Bukan saja jenis makanan tetapi jadual pemakanan yang teratur, cara dan masa pesakit makan juga penting.

Ada beberapa jenis minuman dan makanan tambahan serta vitamin sesuai diambil pesakit bagi membantu proses pemulihan, penyembuhan dan menurunkan paras gula dalam darah, di samping kekal dengan pengambilan ubat-ubatan doktor.

“Pemakanan untuk pesakit diabetes sangat penting. Tidak guna pesakit mendapatkan rawatan tetapi makan apa saja yang boleh menyebabkan kandungan gula meningkat. Apa yang harus dilakukan adalah mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat, kalori serta protein yang tinggi dan melebihkan sayur-sayuran dalam makanan.

“Pesakit juga digalakkan me�ngambil sarapan pagi dengan menu yang agak berat tetapi makan tengah hari dan malam yang minimum kerana pada waktu malam, kadar metabolisme sangat rendah berbanding siang,” jelasnya.

Menurut Liz, sebelum melakukan rawatan, perawat akan menilai tahap luka pesakit sama ada berada pada peringkat permulaan, pertengahan atau kronik. Selepas itu luka dibersihkan menggunakan air mineral sebelum kaedah rawatan komplementari moden digunakan. Antaranya menggunakan lintah, madu atau infra merah.

“Namun kami menggunakan gamat terpilih yang terbukti berkesan dalam penyembuhan luka. Walaupun nampak mudah, sekiranya teknik salah digunakan daging berlebihan akan tumbuh pada kaki dan akan mencacatkan penampilan asal mereka.

“Untuk mendapatkan kesan optimum, cucian dilakukan setiap hari pada pagi dan petang selama 45 minit bergantung tahap luka pesakit,” katanya.

Selain menggunakan gamat, pesakit juga diberi rawatan mencegah kuman merebak.
Kaki akan dibersihkan sebelum menjalani rawatan infra merah bagi melancarkan peredaran darah. Selepas itu pesakit akan diurut kaki bagi menguatkan otot.

“Pesakit juga diajar bersenam bagi meningkatkan stamina. Bagi yang tidak mampu bergerak, mereka boleh bersenam di atas katil. Pesakit diabetes harus berhati-hati setiap kali rasa kebas pada kaki mereka. Ini menyebabkan apa saja jenis luka walau gigitan nyamuk sekali pun tidak akan dirasai kerana diabetes akan menyebabkan deria sakit berkurang. Justeru, rawatan kaki serta urut sangat membantu bagi mengembalikan deria rasa serta melancarkan pengaliran darah,” jelasnya.

Secara amnya, kencing manis adalah satu sindrom atau penyakit akibat kekurangan atau hilangnya keberkesanan insulin yang dikeluarkan pankreas. Di dalam perut manusia, makanan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan badan bagi mengeluarkan tenaga.

“Bagi manusia normal, insulin membantu glukos dalam darah memasuki sel badan dan menukarnya menjadi tenaga. Namun apabila pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan, ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga.

“Maka, glukos terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing yang dikenali sebagai kencing manis,” katanya.

Bagi penghidap kencing manis, tanda awal ialah kegemukan, penyembuhan luka yang lambat, kerap kencing dan haus pada waktu malam.

Bagi pesakit kencing manis, Faniah Ishak, 50, dia tidak tahu tanda dahaga yang keterlaluan pada waktu malam, kerap kencing serta air kencing yang dihurung semut petanda awal penghidap kencing manis. Apabila mendapat rawatan di hospital doktor mengesahkan dia menghidap diabetes.

“Saya diberi rawatan di hospital serta diminta menjaga pemakanan. Kesan penyakit ini, kulit saya sangat sensitif dan mudah berparut. Walau hanya gigitan nyamuk sekali pun, ia akan meninggalkan kesan pada kulit tambah pula apabila digaru dan luka. Saya juga mudah letih dan mengantuk,” katanya.

Selain mendapatkan ubat-ubatan di hospital, Faniah turut mendapatkan rawatan cucian luka di pusat rawatan The Golden Steps selepas mendapat maklumat daripada rakan yang berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan.

Saya turut mendapatkan panduan mengenai pemakanan serta kaedah mencegah diabetes daripada berulang,” katanya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pembersihan luka kencing manis, boleh mengunjungi The Golden Steps, 62A-2, Jalan Kuantan Off Jalan Maran, Lorong Maran Titiwangsa, Kuala Lumpur atau menghubungi 019-2937669 begin_of_the_skype_highlighting              019-2937669   

p/s : mymetro  

Taman dadah

Sertai komuniti myMetro

Rabu, 23 November 2011
KAJANG: Kehadiran beberapa lelaki dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan yang menjual bahan terlarang itu kepada penagih di kawasan perumahan Taman Kajang Utama di sini, yang didakwa berlarutan sejak beberapa tahun lalu kini semakin membimbangkan berikutan urus niaga itu dilakukan secara terang-terangan.
Lebih membimbangkan, jarak lokasi urus niaga itu yang hampir dengan rumah penduduk namun penagih dan pengedar terbabit seolah-olah tidak kisah perbuatan diperhatikan penduduk yang lalu lalang.

Penduduk, Ann, 40, mendakwa kawasan parkir kenderaan penduduk rumah pangsa di situ sering menjadi lokasi penjualan dadah secara terang-terangan walaupun pada siang hari.

“Aktiviti itu sangat aktif dan dijalankan hampir setiap hari terutama pada awal bulan dan mereka tidak mengendahkan kami langsung, seolah-olah mereka sedang menjual dan membeli ikan atau ayam,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Penduduk lain, Man, 30, pula berkata, sejak projek pembinaan perumahan baru dijalankan setahun lalu, operasi jual beli itu berubah strategi iaitu pengedar menunggu lebih kurang 30 minit di ‘port’ di balik rimbunan semak dalam kawasan tapak pembinaan yang ditutup dengan zink.

“Malah, zink yang dipasang pihak kontraktor itu dikopak dan dipotong bagi memudahkan mereka masuk ke dalam tapak pembinaan itu,” katanya.


Katanya, rimbunan semak di tapak pembinaan itu dijadikan lokasi pertemuan pengedar dan penagih selain sering dikunjungi individu tertentu yang dipercayai penagih dadah.

Ann berkata, penampilan sesetengah pengedar dan penagih terbabit mengabui mata penduduk kerana berpakaian kemas dan ada juga yang memakai kopiah, berbaju Melayu serta memandu kenderaan mewah.

Antara modus operandi pengedar terbabit ialah berlegar-legar dari satu tempat ke satu tempat dengan menaiki kereta sambil menunggu pembeli dan membuat beberapa panggilan telefon bagi menetapkan lokasi pertemuan untuk menjalankan transaksi.

Ada juga yang datang dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan rumah penduduk sebelum menuju lokasi tetap urusan jual beli iaitu di kawasan semak bersebelahan kawasan perumahan.

Cara lain yang digunakan ialah menggunakan rumah kosong di sekitar rumah pangsa itu sebagai lokasi untuk menjalankan transaksi.

Kegiatan terbabit membimbangkan kerana dikhuatiri kawasan rumah itu bakal menjadi lokasi tumpuan penagih dadah yang menjurus kepada masalah sosial atau jenayah lain seperti pelacuran, perjudian, kecurian dan gangguan seksual.

Penduduk mendakwa, setakat ini belum ada serbuan dibuat pihak berkuasa bagi membendung gejala pengedaran dadah di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, ketika dihubungi berkata polis sentiasa memantau aktiviti pengedaran dadah di Taman Kajang Utama dan bagi memastikan tindakan lebih berkesan diambil, polis memerlukan kerjasama orang ramai.

Beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah supaya berhubung dengannya bagi memastikan tindakan segera diambil.mymetro

Fahaman Wahabi tak sesuai diamalkan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendirian bahawa fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat namun ia tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata kerajaan memandang berat terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini tetapi setakat ini ia masih terkawal.
"Kumpulan yang menyokong pegangan Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan masalah furu'iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat.


Jamil Khir berkata keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).

Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 tahun 2000 dan kali ke-20 pada tahun 2002 serta kali ke-23 pada 2003, katanya.

Beliau berkata kesemua keputusan itu adalah untuk menyekat penularan isu atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan dan boleh menggugat perpaduan umat islam di Malaysia.

Kepada soalan tambahan Nasharudin Mat Isa (Pas-Bachok) tentang aspek ancaman yang boleh dilihat dari gerakan Wahabi, Jamil Khir berkata situasi yang berlaku hari ini adalah khilaf yang diperbesarkan sehingga menimbulkan sensitiviti umat.

"Keadaan ini sekali gus menimbulkan pandangan berbeza kepada kelompok masyarakat. Justeru, demi menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan memberi pendekatan bahawa Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan akidah dalam konteks negara Malaysia dan Mazhab Syafie menjadi pegangan," katanya. - BERNAMA

Sabtu, 19 November 2011

Budak pantai jadi teman tidur ...dot dot

pix_middle
PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.
Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.

Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.

“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. “Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba,” katanya.

Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.
“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.

“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.

“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang,” katanya.

Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.

“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. “Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan,” katanya.mymetro.

Guru lempar wang....yuran untuk aktiviti sekolah berjalan dengan baik

PAGOH: “Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain,” kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah.
Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian.

Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan Mohd Mustafa, 38, kerana apa diketahui mereka, tiada sebarang hutang buku yang masih belum dilunaskan.

Azman berkata, Selasa lalu dia pergi ke sekolah untuk mengambil wang seperti diarahkan tetapi terkejut apabila hanya menerima separuh daripada jumlah asal.

Katanya, dia ada bertanyakan guru mengenai hutang dimaksudkan tetapi tidak mendapat jawapan meyakinkan. “Pengurusan sekolah memaklumkan hutang buku rampaian Ainul tahun ini belum dijelaskan sedangkan saya dan isteri sudah membayarnya.

“Lebih pelik, anak saya juga tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan sehingga tamat persekolahan tahun duanya.
“Jika benar kami masih mempunyai hutang, mengapa pengurusan sekolah tidak mengeluarkan sebarang surat untuk memaklumkan perkara itu sebelum ini?” katanya.

Tidak puas dengan penjelasan itu, Azman berkata, dia sekali lagi pergi ke sekolah berkenaan, semalam, namun kecewa apabila guru besar melayannya seperti pengemis selain mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka sekeluarga.

Katanya, kejadian berlaku di pejabat itu turut disaksikan isteri, kerani dan kakitangan sekolah berkenaan.

“Saya meminta secara elok baki duit anak kerana Ainul tidak pernah mendapat buku rampaian dimaksudkan.

“Namun, guru besar itu tiba-tiba melenting dan mengeluarkan duitnya sendiri sebanyak RM26 sebelum melemparkannya kepada kami. mymetro

Padah lari asrama,murid 14 tahun mmmm dot dot

ARAU: Akibat kebosanan, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang bertindak melarikan diri dari asrama sekolahnya, dekat sini, berdepan detik menyayatkan hati apabila menjadi mangsa rogol seorang lelaki pada Khamis lalu.
Mangsa dipercayai memanjat pagar asrama kira-kira jam 10.45 malam sebelum terserempak dengan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah stesen bas lalu mempelawa diri untuk menemani gadis itu. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar di Kangar, dekat sini, sehingga tengah malam.

Katanya, mangsa yang berasal dari Lubuk Sireh tidak dapat pulang ke asramanya kerana sudah lewat malam sebelum diajak pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Mangsa tidak mengesyaki sesuatu yang buruk apabila suspek memaklumkan tinggal bersama keluarga selain berjanji menghantarnya pulang ke asrama pada keesokan paginya.

“Percaya dengan kata suspek, mangsa mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya sebelum dirogol serta dikurung sehingga petang keesokkan harinya. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ketika ketiadaan lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah yang terkejut dengan kehilangan mangsa dari asrama kemudian mencarinya sebelum berjaya menemuinya pada petang kelmarin.
Katanya, selepas disoal, mangsa memberitahu dia keluar dari asrama sekolah sebelum dirogol suspek menyebabkan laporan berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Arau untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan laporan polis, suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. mymetro

Jumaat, 18 November 2011

Dakwaan Hasan Ali Adalah Satu Penghinaan - Asri

KUALA LUMPUR: Dakwaan Pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa umat Islam akan dipengaruhi oleh orang Kristian yang menggunakan peranti berteknologi tinggi untuk mencari penganut baru mereka adalah sesuatu yang menghina, kata ulama Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Ia adalah satu penghinaan kepada umat Islam dan keimanan.
Dr Hassan Ali


"Seolah-olah umat Islam yang mendengar bacaan Bible akhirnya akan terpengaruh," kata Dr Asri dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas mufti Perlis itu berkata, ia seolah-olah menunjukkan pengaruh Bible dapat menandingi Al-Quran.

Dr Asri

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuntutan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bahawa terdapat penemuan alat berkuasa solar "Bible audio pemegang tangan" yang digunakan untuk menyebarkan agama Kristian.
Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis berkata JAIS menemui peranti audio tersebut semasa menjalankan kajian ke atas umat Islam yang murtad di negeri ini.mstar.

Selasa, 15 November 2011

Najwa anak TPM menyayi kerana bakat.

KUALA LUMPUR, 15 NOV 2011: Umum sedia maklum, pelantun lagu Got To Go, Najwa merupakan puteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najwa Enggan Dibayangi Bapa




Lantas kehadiran dan kejayaan Najwa dalam bidang seni muzik sering kali dikatakan dibayangi bapaya sendiri.
Pastinya ada kata-kata nakal di belakang yang acapkali memperkatakan mengenai isu tersebut.

Menyedari perkara tersebut, jelas Najwa, seboleh mungkin dia mahu pandangan skeptikal tersebut dihapuskan.

"Susah juga, bila orang bercakap bahawa kehadiran saya dalam dunia seni sebenarnya dibayangi oleh ayah saya. Bukan itu sahaja, malah macam-macam lagi orang berkata mengenai saya.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tak pernah mengharapkan apa-apa daripadanya. Janganlah kerana saya anak kepada TPM, mereka boleh cakap macam-macam," katanya kepada portal murai.com.my.

Menyambung perbualan, jelas penuntut tahun dua Kolej Muzik Berklee, Amerika Syarikat ini, meskipun perkara tersebut tidak disenanginya namun dia menganggap perkara itu merupakan proses kehidupan yang lumrah dihadapi oleh sesiapa terutama dirinya sebagai seorang selebriti.

"Kadang kala saya anggap perkara seumpama ini hanyalah lawak jenaka. Apabila orang bercakap seperti itu, saya membalas ya memang semuanya betul. Ayah yang buat lagu, ayah juga yang menyanyikan kepada mereka," katanya sambil ketawa.

Memenangi dua kategori di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) menerusi Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, kata Najwa, dia berharap kemenangan tersebut sekurang-kurangnya membuktikan kehadirannya dalam dunia seni bukanlah sekadar tempelan semata-mata.

"Saya berharap menerusi kemenangan ini, akan membuka pandangan orang ramai yang tidak percaya dengan bakat yang saya ada.

"Kalau selama ini mereka mungkin menganggap saya terjun dalam dunia muzik hanya kerana dibayangi oleh ayah, tapi saya amat berharap sekurang-kurang dengan kemenangan ini mampu mengikis tanggapan tersebut," katanya.

Berkongsi perkembangan seninya, kata Najwa besar kemungkinan dia akan tampil dengan album Bahasa Melayu tidak lama lagi.

"Semuanya masih dalam perancangan. Mungkin saya akan muncul dengan album baru dalam bahasa Melayu. Namun semuanya masih baru, jadi belum ada lagi perkembangannya. Ini hanyalah perancangan saja, tapi saya rasa elemen soul akan tetap ada, cuma mungkin akan diselitkan dengan irama lain seperti klasikal Melayu di dalamnya kelak," jelasnya.murai.com.my

Ahad, 13 November 2011

Wow Fasha sanda tersangat seksi.


p/s :tutup aurat itu wajib bagi wanita islam.moga fasha menjadi lebih baik dimasa hadapan.

Gambar mengancam artis Malaysia harap jangan tiru jadikan sempadan kerana haram.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR FASHA SANDHA YANG MENJOLOK MATA MENIKAN!

Bintang porno jadi tetamu sekolah rendah

LOS ANGELES: Ibu bapa terkejut apabila mengetahui pihak sekolah membenarkan seorang pelakon filem lucah menemui anak mereka untuk membacakan buku cerita.
Laman sesawang TMZ.com melaporkan, Sasha Grey menjadi tetamu jemputan sebuah pertubuhan amal yang mempromosi amalan membaca di kalangan kanak-kanak.
sekadar hiasan

Insiden itu dikatakan berlaku awal bulan ini tetapi hanya terdedah kepada umum semalam.

Sasha berkata, dia gembira dapat membacakan buku cerita kepada pelajar Sekolah Rendah Emerson.

Di sebalik rasa kurang senang itu, Sasha berkata, dia akan terus menawarkan diri membantu pertubuhan amal Read Across America selepas ini.

“Saya komited membantu program ini dan faham ada pihak lain mempunyai pandangan berbeza.
“Walaupun ada pihak mengaitkan saya dengan sejarah silam, tetapi ia tidak menggambarkan diri saya sebenar,” katanya. Di Facebook, Read Across America digambarkan sebagai pertubuhan yang menggalakkan amalan membaca sepanjang hayat “menggunakan individu terkemuka di bidang hiburan, sukan, perniagaan dan politik.” - TMZ.harian metro

Jumaat, 11 November 2011

Siswi jadi hamba seks bomoh, foto bogel dirakam

Sedih bila baca tajuk berbunyi Siswi jadi hamba seks bomoh, foto bogel dirakam.Dah nama Siswi, tapi masih cetek akal untuk nilai baik dan buruk.
Ikuti berita Bernama:
Kerana ingin mengubah nasibnya, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur menjadi mangsa hamba seks seorang bomoh lelaki sejak April tahun ini.
Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata mangsa yang dikenali sebagai Loh, 21, mengenali bomoh itu, 50, ketika sedang bercuti bersama rakan dan keluarganya dua tahun lepas.
“Bomoh itu menilik tapak tangan mangsa dan mendakwa mangsa akan mengalami nasib malang berpanjangan termasuk meninggal jika berkahwin atau menjadi isteri kedua jika tidak diubati.
“Mangsa yang naif dan tidak tahu apa-apa itu kemudian mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling daripada bomoh itu sehingga mula bertemu secara serius April lepas,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri mangsa di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata bomoh yang telah berkahwin itu mendakwa mangsa yang turut menghidap penyakit diabetes boleh diubati jika menjadi rakan perniagaannya dan meluangkan masa bersamanya.
Chong berkata kerana terpedaya dengan nasihat bomoh yang dikenali ramai itu, mangsa bersetuju untuk menjalinkan hubungan seks sejak April dengan suspek dalam usaha mengubah nasibnya.
Beliau berkata sepanjang hubungan itu suspek telah mengambil gambar mangsa ketika dalam keadaan bogel dengan mendakwa sebagai ritualnya untuk membantu mangsa.
“Setelah sedar yang dirinya ditipu, mangsa cuba mengambil gambar suspek namun dipukul dan ditampar sama ada di rumah suspek atau hotel di bandaraya ini,” katanya.
Beliau berkata mangsa yang mengambil jurusan pemakanan itu mendakwa hasil pemeriksaan doktor, dia turut didapati dijangkiti penyakit kelamin (STD) sepanjang menjalin hubungan seks sebanyak 12 kali dengan suspek.
Suspek mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian malang itu kepada keluarganya atau berdepan dengan tindakan penyebaran gambar bogelnya di Internet, katanya.
Chong berkata bimbang akan perkara yang lebih buruk berlaku, mangsa mendapatkan khidmatnya bagi tujuan keselamatan dan pihaknya sedang meneliti bukti dan maklumat bagi membawa suspek ke muka pengadilan.
Katanya, tujuh kes membabitkan sindiket bomoh penipu direkodkan sepanjang tahun ini yang membabitkan penipuan wang sebanyak RM433,000 dilaporkan kepada pusatnya berbanding RM260,000 dan lapan kes tahun lepas
Bomoh atau mbah dukun atau penyihir laki-laki juga pawang apa nama itu pernah berhubungan dengan orang yang punya kepercayaan di kalangan masyarakat. Sebahagian besar daripada kita percaya bahawa roh jahat dapat dihilangkan dan disembuhkan dari tubuh kita melalui bomoh saat ini. Kami percaya mereka kerana seseorang kita terpercaya seperti keluarga keluarga atau teman tertutup, dianjurkan untuk orang ini untuk sembuh masalah roh jahat. Jadi kerjaya sebagai bomoh tidak memerlukan sijil formal seperti anda ingin menjadi doktor wajib memerlukan MDdegree.

Budak Sekolah gatal dan gedik



Kesian kepada kedua ibubapa mereka yang menghantar mereka kesekolah. Diharapkan mereka berdua ini bertaubat dan menjadi orang yang lebih baik dimasa hadapan.

Budak Sekolah Gedik



Patutla ramai anak melayu dapat keputusan teruk dalam peperiksaan.Otak pikir hiburan sahaja.

Aksi Cium Nabila

aksi nabila yang didakwa bercium

















KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.

"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.

Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.

Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.

"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya -mStar

Jamil Khir: Haji Najib Sempurna!!

SEPANG, 10 Okt – Kenyataan Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu bahawa beliau telah selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu telah disalah tafsir, kata Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA di sini hari ini, Jamil Khir (gambar) dipetik Bernama Online berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

“Jadi pada petang itu mungkin... barangkali soalan itu ditanya petang itu... selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau.

Bernama dalam laporannya Ahad lalu berkata, Najib dan Rosmah selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

“Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.

Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini. -MalaysianInsider

Anwar Sokong Hak Penganjur Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR, 8 Nov —  Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong hak Seksualiti Merdeka untuk melahirkan pandangan pihak terbabit berkenaan isu yang diketengahkan dan menegaskan ia tidak bermakna komponen Pakatan Rakyat itu menyokong pegangan pergerakan tersebut. 
 
“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.
“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Anwar (gambar) berkata pihak berkuasa seharusnya melibatkan Seksualiti Merdeka dalam perbincangan jika mereka tidak bersetuju dengan matlamat program tersebut daripada menggunakan dasar-dasar yang ekstrem untuk menangani pergerakan hak asasi seksual.

Malah beliau juga mengecam media dikawal Umno yang menggunakan isu itu untuk memburuk-burukkan pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, yang sepatutnya merasmikan program itu esok.

“Mengapa anda layan beliau sebagai seorang penjenayah, mengaibkan beliau dalam cara yang begini?” katanya lagi. -MalaysianInsider

Dah Kahwin 37 Tahun Lalu, Kahwin Semula Kerana 11-11-11

KUALA TERENGGANU, 11 Nov -- Lim Beng Thian, 74, mencium isterinya, Ong Eng Cheng, 65, (kiri) selepas mendaftarkan semula perkahwinan mereka di Dewan Persatuan Buddhist Terengganu di sini hari ini.

Lim dan Ong yang telah berkahwin sejak 37 tahun lalu dan telah mempunyai dua orang anak hari mendaftarkan semula perkahwinan mereka kerana percaya angka tarikh hari ini akan membawa tuah kepada mereka.

Seramai 20 pasangan termasuk lapan pasangan yang telah lama berkahwin mendaftar perkahwinan mereka hari ini sempena tarikh 111111 yang dianjurkan Persatuan Buddhist Terengganu.-FotoKopi BERNAMA

Bayaran RM 100 untuk setiap murid dibayar sebelum cuti

PENGAWAS Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail  (berdiri 
di belakang dari kiri)  Lim Chen Yao, Carlos Ruben Dourado, Walid Amry dan Shariffuddin, (depan) Puteri Mariam Diana Ahmad Mosadik  (kiri) dan Tufah Rasyidah Zakaria   menunjukkan wang RM100  mereka terima semalam.
PENGAWAS Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (berdiri di belakang dari kiri) Lim Chen Yao, Carlos Ruben Dourado, Walid Amry dan Shariffuddin, (depan) Puteri Mariam Diana Ahmad Mosadik (kiri) dan Tufah Rasyidah Zakaria menunjukkan wang RM100 mereka terima semalam.
Sekolah keluar pekeliling minta ibu bapa hadir

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan.

Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.
Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata pengagihan secara tunai terus kepada ibu bapa atau penjaga juga yang terbaik bagi memastikan wang itu diterima dengan selamat dan telus.
“Prosedurnya juga mudah iaitu mereka menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan bagi pengesahan penerimaan.

“Pengagihan itu juga dijangkakan dapat dibuat sebelum sesi pembelajaran tamat 18 November ini supaya ibu bapa dapat membeli keperluan pelajar bagi sesi persekolahan 2012,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengenai pemberian bantuan kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah yang sudah mula disalurkan ke akaun sekolah masing-masing bermula kelmarin.

Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, pula berkata proses pengagihan patut diberi masa sehingga tiga hari bagi memastikan ibu bapa dapat mencari kelapangan untuk menghadirkan diri ke sekolah.
Sementara itu, ibu bapa dan pelajar yang ditemui semalam, mengalu-alukan pemberian itu yang disifatkan tepat masanya ketika ibu bapa memulakan perancangan perbelanjaan bagi sesi persekolahan akan datang.
berita harian.

Fenomena kebanjiran luar biasa pelajar Afrika

KEBANJIRAN warga Afrika tanpa  penguatkuasaan berkesan menyebabkan jenayah  dilakukan pelajar warga asing terus meningkat. - Gambar hiasan
KEBANJIRAN warga Afrika tanpa penguatkuasaan berkesan menyebabkan jenayah dilakukan pelajar warga asing terus meningkat. - Gambar hiasan
Tapisan, kemasukan ketat kelayakan kolej, IPTS elak warga asing salah guna pas

ISU penyalahgunaan pas pelajar di kalangan warga asing khususnya pelajar dari Afrika harus dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Rekod Jabatan Imigresen menunjukkan ada 110,000 pelajar asing berada di negara ini dengan 32,000 daripadanya mengikuti pengajian jangka pendek yang tempohnya kurang daripada enam bulan.
Amat malang apabila ada kolej atau IPTS bekerjasama untuk membantu memperbaharui pas pelajar dan visa kemasukan, walaupun diketahui pelajar ini gagal menghadiri kelas atau kuliah dan gagal dalam peperiksaan akhir.
Daripada itu, dianggarkan seramai 29,000 orang di seluruh negara ialah pelajar warga Afrika yang berdaftar secara  sah di kolej dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).berita harian.

Perut terburai, leher hampir putus, lagi indon membunuh dan dibunuh...




SUNGAI BULOH - Mayat seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan perutnya terburai manakala lehernya hampir putus di tepi jalan berhampiran tanah perkuburan Cina, Padang Tembak di sini kelmarin.
Mayat mangsa berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut ditemui pukul 9.40 malam oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.
Difahamkan, mangsa baru sahaja dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan darah yang masih mengalir pada tubuhnya ketika ditemui.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mangsa telah ditetak di leher dan belakang badan hingga perutnya terburai dan lehernya hampir putus.kosmo.
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati dengan perut terburai dan lehernya hampir putus di Sungai Buloh, Selangor semalam.

Roshaidi penyamun kejam di Melaka dicari polis...




Roshaidi suspek mangsa samun dan bunuh



MELAKA - Penjenayah yang bertindak merompak dua buah kedai dan membunuh salah seorang pemilik premis di Kampung Parit Melana, Alor Gajah di sini kelmarin kini pasti tidak senang duduk apabila polis telah mengenal pasti identitinya.







Bekas banduan yang juga penagihdadahjenis heroin dan syabu, Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 32, disyaki telah melakukan perbuatan itu selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh daripada kedai telefon bimbit yang dirompaknya.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan R. Gunarajan berkata, pihaknya percaya suspek sedang khayal ketika melakukan jenayah itu.
Katanya, suspek juga memiliki rekod jenayah lampau serta dikehendaki bagi membantu siasatan beberapa kes samun di negeri ini termasuk kes bunuh dan samun seorang warga emas di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai di sini 15 Ogos lalu.
"Suspek dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan juga giat menyamun di sekitar Port Dickson dan Tampin, Negeri Sembilan serta Alor Gajah di sini.
"Ketika kejadian, suspek yang bersenjatakan sebilah parang menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna gelap bernombor WKQ 3879," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.kosmo.

Chef wan hentam chef Riz dalam facebook

CHEF Wan (tengah) bersama Chef Riz dan seorang lagi anaknya, Serina.



KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.
Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.
"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.
"Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.
Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.
Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.
Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49.kosmo.

Jais: Abuya’s widow earns RM800,000 from homes

A WIDOW of the late Al-Arqam leader Ashaari Muhammad allegedly rakes in RM800,000 a month, part of it from donations collected through orphans and inmates of welfare homes under her charge.
Khatijah Am, who is said to be operating her welfare and business activities from overseas, is allegedly using about 5,000 orphans and inmates from across the country to do her charity work.
Alleging this in a press statement that was carried by all mainstream Malay newspapers, Selangor Islamic Affairs Department (Jais) director Marzuki Hussin said these children did not study in national schools and their private education revolved around the teachings and life of Ashaari, referred to as Abuya.
Marzuki said Jais formed an inter-agency committee to monitor the management of orphanages in Selangor and to make sure they didn't veer from their objectives.
> Enforcement officers from the Subang Jaya Municipal Council raided a beauty and spa salon, supposedly providing traditional massage, and nabbed four Thai women said to be offering ping pong massages instead, Sinar Harian reported.
Known as chap kah sai in Thai, it is a male genital massage purportedly for health reasons.
The centre is believed to have been illegally operating for six years.
The paper said law enforcers had raid- ed the place at least three times and had also previously sealed the premises but the owner continued to defy the authorities.
> A business rivalry took a strange turn when an entrepreneur wedged a voodoo doll, wrapped in white cloth, in a doorway of his competitor's office premises, Harian Metro reported.
The voodoo victim, who wished to be known only as Datuk Ahmad, 55, said a business associate had called him at about 4.30pm on Tuesday to say that he was in for a shock.
Datuk Ahmad sought the help of an ustaz, who chanted supplications and praises of Prophet Muhammad to seek divine protection.
“Not long after that we saw an object wrapped in white burial cloth like a miniature corpse at the entrance of the office,” he said.
The ustaz told him it was a voodoo doll made of earth from a burial ground and placed there with evil intention.thestar

Penang beauty crowned Miss Universe Malaysia

PETALING JAYA: Penang-born Kimberley Ann Estrop-Leggett took home the title Miss Universe Malaysia last night.
The 18-year-old beauty beat eight other hopefuls at the gala finale held in Sunway Pyramid Convention Centre here.
“I don't think you can define what a Malaysian looks like. I think I represent the 1Malaysia concept,” said Leggett, who is of British-Dutch descent.
Winners in their own right: (From left) Third runner-up Juanita Ramayah, first runner-up Gabriella Robinson, Leggett and second runner-up Boon Lu Xanne. — AHMAD IZZRAFIQ ALIAS / The Star.
Leggett, who has deferred her studies to participate in the competition, hopes to pursue her education in business and economics.
She was one of the 19 contestants that were selected from over a thousand participants in auditions held across the country.
The finalists appeared on a six-episode reality show BeautyCamp that was held from September.
The top nine finalists were determined by popular vote based on the reality show, which accounted for 20% of the final results.
Leggett beat an early favourite Aileen Gabriella Robinson, 22, who garnered more than half the total votes from Malaysian audiences.
She is expected to compete in the Miss Universe pageant next year.
The judges for the finale included ex-beauty queen Datin Josephine Fonseka, fashion designer Amir Luqman, model management icon Andrew Tan, fashion guru Gillian Hung, and fashion designers Stephanie Kay and Bill Keith.thestar.

Jealous hubby stabs man who offered him and wife a place to stay

TAWAU: A good deed turned fatal for a 30-year-old man when he was stabbed to death by a homeless cousin who he had invited into his house.
All was fine at first when the man took in the cousin and his wife but things changed when the cousin suspected that the good Samaritan was having an affair with his spouse.
The enraged 34-year-old cousin slipped into the man's room and stabbed him in the chest while he was asleep at Kg Hidayat here on Wednesday.
The victim sought the help of neighbours, who rushed him to hospital but he succumbed to his injuries.
Tawau police chief Asst Comm Ibrahim Chin said police had detained the suspect and recovered a vegetable knife.
“We believe the motive was jealousy as the suspect believed his wife was cheating on him,” he said.
Meanwhile, a man was seriously hurt after being beaten by a mob armed with iron rods and hammers at Jalan Damai here.
ACP Ibrahim said the group of men had an issue with the man who was earlier involved in a traffic mishap involving one of their friends.
Policemen, alerted by the commotion, had to disperse the mob by firing a shot in the air.thestar.

Rakyat Malaysia harus berasa malu: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia harus meniru sifat malu orang Jepun yang berjaya memartabatkan bangsa itu sebagai antara tamadun yang paling berjaya dalam dunia moden.
Katanya, adanya sifat itu telah membentuk orang Jepun mengadaptasi budaya kerja yang tinggi di mana kegagalan langsung tidak boleh diterima hingga membuatkan mereka berasa malu.
"Perasaan malu ini cukup kuat sehinggakan dia sanggup bunuh diri selepas kalah perang di mana ratusan ribu tenteranya bunuh diri kerana gagal mempertahankan empayar mereka (semasa perang dunia kedua)," katanya ketika menjawab soalan editor Bernama, Mahrus Ibrahim yang bertanya tentang tamadun dunia moden yang berjaya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Budaya di sini hari ini.

Syarahan itu diadakan sempena dengan pelancaran buku bergambar, "Che Det" yang mengandungi lebih 470 keping gambar hasil usaha Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

"Orang Jepun apabila diberi tugas akan cuba buat sebaik mungkin kerana kalau buruk, mereka akan berasa malu.

"Perasaan malu perlu ada dalam masyarakat kita juga, kalau kita tidak capai kejayaan 100 peratus, kita sepatutnya berasa malu," katanya.

Beliau berkata, pada hari ini pertembungan tamadun antara Barat dan Timur sedang berlaku dan Malaysia sedang membentuk tamadunnya sendiri tetapi dengan tidak meninggalkan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang individu serta masyarakat.

Dr Mahathir berkata masyarakat Barat mungkin melihat masyarakat Timur sebagai kurang bertamadun seperti di Malaysia contohnya masih mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atas pembunuh dan pengedar dadah.

Sebaliknya, kata beliau, bangsa yang menganggap diri mereka bertamadun juga melakukan pembunuhan beramai-ramai iaitu dengan melancarkan perang.

"Walaupun tamadun mereka tinggi tetapi mereka tidak segan-segan melancarkan peperangan, bagi mereka dalam peperangan kita boleh bunuh kerana ia tidak menjadi jenayah. Bagi kita pula, membunuh seorang pembunuh adalah satu cara untuk mencegah supaya pembunuhan tidak meluas dalam masyarakat kita," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk maju kerana keunikan budayanya.

Katanya bangsa bertamadun ialah bangsa yang mampu mengawal diri daripada nafsu untuk melakukan sesuatu yang salah seperti menolak rasuah.

"Jika masyarakat mula menganggap rasuah sebagai perkara biasa, percayalah kita (Malaysia) tidak akan maju," katanya.

Dr Mahathir berkata rasuah besar padahnya hingga menyebabkan kos meningkat dan boleh membawa bencana misalnya bangunan yang dibina boleh runtuh kerana menggunakan bahan mutu rendah kerana perbuatan rasuah.

Jika amalan rasuah menjadi budaya di kalangan kakitangan kerajaan dan kemudian menular di kalangan orang politik, negara ini akan musnah jika pemimpin dipilih melalui amalan rasuah.

"Kerajaan yang mengamalkan rasuah tidak mungkin dapat memajukan negara ini," katanya.

Beliau juga memberitahu, asas kepada demokrasi ialah memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan tetapi barat telah menokok tambah perkara ini dengan mewujudkan kebebasan bersuara.

Malaysia tidak mampu mengikut acuan kebebasan bersuara ala Barat kerana wujudnya kepelbagaian kaum di negara ini dan tidak mustahil kebebasan bersuara ini akan disalah guna sehingga menimbulkan kekacauan.

"Alasan kebebasan bersuara, satu hari kalau tidak dibendung, kita akan hidup dalam negara yang tegang suasana politiknya," kata Dr Mahathir.

"Umpamanya demonstrasi, ini kononnya adalah hak kebebasan bersuara, memang ada hak untuk demonstrasi tetapi kalau sudah dibuat besar-besaran, ini akan mengganggu pihak lain umpamanya peniaga," katanya.

Katanya, adakah kerajaan akan menjadi lebih adil apabila memberi kebebasan kepada orang yang mahu membangkitkan kebencian atau pun kebebasan kepada peniaga yang mahu mencari makan. - BERNAMA..mymetro