Isnin, 28 November 2011

Bekas Pengarah JSJK, Bukit Aman dibebaskan



 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan pelepasan dan pembebasan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff atas dakwaan gagal mengisytihar pemilikan saham dan kepentingan dalam dua hartanah bernilai RM1.03 juta.
Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap responden dalam pertuduhan pertama hingga ketiga.
Bagi pertuduhan pertama, terbukti bahawa Ramli tidak mempunyai kepentingan dalam dua bangunan pejabat milik syarikat Bonus Circle Sdn Bhd, yang mana kakak dan adik Ramli menjadi pengarahnya.
Pertuduhan kedua iaitu gagal mengisytiharkan 154,000 unit saham Permaju Industries, beliau berkata jelas Ramli tidak mempunyai sebarang pengetahuan terhadap syer dan dokumen berkaitan dengannya.Bagi pertuduhan ketiga yang membabitkan saham Telekom, hakim itu berkata semasa pertuduhan dibuat, Ramli belum lagi menjadi pemegang saham secara sah.
Pada 2007, Ramli didakwa atas tiga pertuduhan iaitu gagal mengistiharkan kepentingannya dalam hartanah berupa dua buah pejabat, pemilikan 154,000 saham Permaju Industries Berhad serta pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan