Jumaat, 11 November 2011

Anwar Sokong Hak Penganjur Seksualiti Merdeka

KUALA LUMPUR, 8 Nov —  Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong hak Seksualiti Merdeka untuk melahirkan pandangan pihak terbabit berkenaan isu yang diketengahkan dan menegaskan ia tidak bermakna komponen Pakatan Rakyat itu menyokong pegangan pergerakan tersebut. 
 
“Isu di sini bukan sama ada menyokong atau tidak menyokong. Isunya ialah anda menyerang mereka.
“Itu perkara yang berbeza. Adakah kita di negara ini tidak boleh bercakap mengenai perkara ini?” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Anwar (gambar) berkata pihak berkuasa seharusnya melibatkan Seksualiti Merdeka dalam perbincangan jika mereka tidak bersetuju dengan matlamat program tersebut daripada menggunakan dasar-dasar yang ekstrem untuk menangani pergerakan hak asasi seksual.

Malah beliau juga mengecam media dikawal Umno yang menggunakan isu itu untuk memburuk-burukkan pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, yang sepatutnya merasmikan program itu esok.

“Mengapa anda layan beliau sebagai seorang penjenayah, mengaibkan beliau dalam cara yang begini?” katanya lagi. -MalaysianInsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan