Khamis, 19 Julai 2012

Penarik kereta parah dibelasah Geng Mat Belacan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR — Seorang penarik kereta cedera parah di bahagian muka setelah mendakwa dibelasah sekumpulan gangster dikenali “Geng Mat Belacan” di Jalan Yap Kwan Seng di sini, petang tadi.
Mangsa S. Siva, 35, berkata, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika beliau sedang mengambil dokumen di pejabatnya apabila lima lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Geng Mat Belacan” mendakwanya telah menarik sebuah kereta milik mereka, baru-baru ini.
"Mereka cuba menarik saya ke dalam sebuah kereta namun saya enggan sebelum mereka memukul saya di telinga dan perut,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, malam tadi.
Siva berkata, beliau telah bekerja sebagai penarik kereta yang sah untuk beberapa bank sejak 12 tahun lepas dan kejadian itu adalah yang pertama beliau diserang.
Katanya, baru-baru ini, beliau menarik sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang gagal menjelaskan ansuran bulanan dengan sebuah bank di sini.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan