Selasa, 31 Julai 2012

Ahli Parlimen dipaksa bergambar bogel sebelum diperas ugut

sekadar hiasan

DHAKA: Seorang anggota Parlimen Bangladesh yang dirakam berbogel di pejabatnya bersama-sama seorang wanita, dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan penjenayah bersenjata yang kemudian menggunakan video itu untuk memeras wang daripadanya.
Penolong Pesuruhjaya Polis Abdul Ahad berkata, pihaknya menangkap lima orang, termasuk tiga wanita atas tuduhan memeras ugut anggota Parlimen itu yang ada hubungan dengan kerajaan.

“Mereka mengarahkannya berbogel. Seorang rakan wanita mereka juga berbogel dan yang lain memaksa anggota Parlimen itu bergambar dengannya,” kata Abdul Ahad.

Kejadian berlaku di Dhaka Mei lalu dan kumpulan itu didakwa menuntut lima juta taka (RM183,000) daripada anggota Parlimen berkenaan yang dikenali pasti sebagai Abdul Jabbar oleh media tempatan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan