sekadar hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati�bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan�rawatan psikiatrik.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Moh Puad Zarkashi, berkata perkembangan guru�terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada�pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling�kementerian.
Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi�kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi�gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak�bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), katanya, hari�ini. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan�Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian�terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT. Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi�gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774�pada 2009 dan 747 pada 2010. Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya�23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu�tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan�personaliti sebanyak 52.94 peratus. "Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui�jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap�syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik�negara ini," katanya. Ini, katanya, termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja�dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas�pengkeranian atau penjagaan stor sekolah.Harianmetro. |
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Rabu, 12 Disember 2012
0.05% guru ada gangguan emosi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan