"Saya lihat mereka bertambah yakin dan saya akan meneruskan corak permainan tempoh hari tapi akan ditingkatkan lagi," katanya ketika ditemui pada sidang media praperlawanan Piala AFF Suzuki 2012 di Hotel The Golden Horses, Seri Kembangan hari ini.
Meskipun yakin, Rajagobal tetap menganggap perlawanan menentang Garuda esok sangat penting untuk layak ke peringkat seterusnya.
"Kita hormat pasukan Indonesia dan harus berjaga-jaga dengan mereka dan saya harap esok pemain akan bermain dengan lebih baik," katanya.
Mengenai pertukaran kesebelasan pemain utama esok, pengendali skuad kebangsaan itu menganggap ini adalah perkara normal dalam dunia bola sepak dan turut menyatakan mungkin ada sedikit pertukaran pemain.
"Pertukaran penting untuk mendapatkan keserasian antara pemain dan ini adalah perkara biasa, kita akan lihat nanti," katanya lagi.
Rajagobal mengakui beliau begitu teruja dengan persaingan kali ini, lebih-lebih lagi berlangsung di tempat sendiri.
"Saya memang teruja dan sentiasa positif dengan semua perlawanan walaupun perlawanan pertama kita tewas tapi saya sentiasa positif," jelas beliau.
Mengulas lanjut mengenai kemenangan ke atas Laos kelmarin, beliau sangat terkejut dengan bilangan jaringan yang dihasilkan oleh pasukannya dan berharap perlawanan menentang Indonesia esok akan menyaksikan keputusan lebih bagus.
Sementara itu, Singapura akan menentang Laos di Stadium Shah Alam, esok.
Jadual perlawanan Piala AFF Suzuki 2012
Jumaat 30 November
Kumpulan A
Filipina mln Myanmar
Stadium Supachalsai, Bangkok
8.20 malam
Thailand mln Vietnam
Stadium Rajamangala, Bangkok
8.20 malam
Sabtu 1 Disember
Kumpulan B
Singapura mln Laos
Stadium Shah Alam
8.45 malam
Malaysia mln Indonesia
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 malam
sumber :sinarharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan