Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Selasa, 6 November 2012
Insentif cukai untuk ibu bapa pelajar aliran sains
AMPANG – Kerajaan bercadang untuk memberi insentif dalam bentuk cukai kepada ibu bapa pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil aliran sains di sekolah bagi mendorong lebih ramai pelajar di negara ini memasuki jurusan berkenaan pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu adalah antara perkara yang terkandung dalam laporan jawatankuasa khas yang ditubuh Kementerian Pelajaran sebelum ini bagi mengenal pasti faktor kemerosotan bilangan pelajar sekolah mengambil aliran sains.
“Laporan jawatankuasa khas ini yang dibentangkan kepada saya semalam (kelmarin) mendapati jumlah pelajar sekolah yang mengambil aliran sains menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedangkan kita ada dasar pengambilan iaitu 60 peratus aliran sains dan teknikal manakala 40 peratus lagi aliran sastera.
“Tidak sampai 20 peratus pelajar sekolah mengambil aliran sains dan kita bercadang mengambil langkah yang boleh mendorong ramai pelajar sekolah tingkatan empat mengambil bidang ini dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang,” katanya selepas meninjau perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas di sini semalam.kosmo.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan