sekadar hiasan
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Seorang jurujual yang dipercayai perogol bersiri dan telah didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan gadis berusia 21 tahun sebagai mangsa pada bulan lalu, hari ini menghadapi tiga lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini dan kali ini membabitkan seorang gadis berusia 16 tahun.Chai Ruong Huei, 29, didakwa merogol mangsa berkenaan sebanyak dua kali dan mencuri iPad milik remaja itu, dua bulan lalu.Lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Tertuduh didakwa merogol gadis berkenaan sebanyak dua kali, di atas katil di sebuah bilik hotel di Cheras, pada pukul 2.10 petang dan 2.30 petang, 15 September lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.utusan.
|
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 9 November 2012
Perogol bersiri hadapi 3 lagi tuduhan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan