Jumaat, 9 November 2012

Lelaki cedera ditikam kenalan

ALOR SETAR - Seorang lelaki cedera parah selepas ditikam dengan senjata tajam dipercayai oleh individu yang dikenalinya dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Daun, Yan, dekat sini, petang kelmarin.

sekadar hiasan

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, mangsa berselisih dengan suspek di Jambatan Sala sewaktu hendak pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, suspek lelaki berumur 32 tahun mengajak mangsa ke rumahnya dengan alasan membantu ayah suspek yang sakit.
Menurutnya, semasa di rumah berkenaan suspek menikam mangsa menggunakan sebilah pisau sebanyak sekali di bahu kanan dan sewaktu mangsa cuba melarikan diri, mangsa diketuk dengan sebatang kayu sepanjang 2.1 meter sebanyak dua kali.
“Mangsa tidak mengetahui punca ditikam dan mendakwa tidak pernah berlaku pertelingkahan dengan suspek.
“Mangsa kemudian berlari keluar dari rumah itu dan meminta bantuan jiran.
Mangsa kini dirawat di Hospital Yan," katanya.
Sementara itu, suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. Ismail berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.sinarharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan