Jumaat, 9 November 2012

Kereta curi lembu terbakar

MERBAU PULAS - Dua lelaki terpaksa berputih mata apabila lembu yang dicuri terlepas selepas kereta yang digunakan melarikan ternakan itu terbabas di tepi parit di sini, sebelum terbakar.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, dua suspek tersebut melalui Jalan Batu Putih.

CURI LEMBU
sekadar hiasan
"Apabila tiba di kawasan perumahan Desa Aman, suspek ternampak kenderaan unit MPV polis membuat rondaan pencegahan jenayah. Bimbang dicekup, mereka kemudiannya memecut dan melarikan diri ke fasa tiga kawasan perumahan itu.
“Curiga dengan kenderaan digunakan suspek, unit MPV kemudiannya mengekori kenderaan terbabit sebelum kereta yang dinaiki dua lelaki itu terbabas. Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati suspek mencuri lembu dan kereta digunakan turut dilaporkan hilang sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menasihatkan kepada pemilik lembu supaya menyediakan tempat khusus untuk menternak haiwan ternakan mereka dan tidak dibiarkan berkeliaran kerana selain dicuri, lembu-lembu ini juga boleh mengakibatkan pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan.sinarharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan