Khamis, 19 April 2012

Tun Dr Mahathir dibenar pulang


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini selepas menjalani pembedahan kecil, dibenar pulang hari ini.
Bekas perdana menteri itu menjalani pembedahan kecil untuk membuang polip nasum (nasal polyps) Selasa lalu. 
Beliau dibenar pulang pada jam 10.30 pagi, kata kenyataan yang dikeluarkan pembantunya.

"Beliau sihat dan doktor berpuas hati dengan keadaannya," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Dr Mahathir akan terus diberi cuti sakit sehingga akhir minggu dan dinasihat berehat di kediamannya.

Pembedahan selama sejam itu dijalankan oleh sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan