Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Ahad, 15 April 2012
Jumpa bayi atas but kereta
MUAR 14 April - Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan dalam tong polisterin yang biasanya digunakan untuk menyimpan ikan di Kampung Parit Pechah, Parit Jawa di sini hari ini.
Bayi tersebut hanya dibaluti tuala dalam keadaan berpeluh dan menangis, ditemui diletakkan atas but kereta milik seorang lelaki di sebuah masjid di kampung berkenaan pada pukul 6.30 pagi.
Menurut pemilik kereta berkenaan, Abdul Rashid Siraj, 73, dia baru selesai menunaikan solat subuh sebelum menemui kotak itu.
"Saya terkejut kerana terdapat seorang bayi di dalamnya. Turut ditemui di tepinya sekeping nota yang menyatakan bahawa ibu bapa bayi itu adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Nota berkenaan menyatakan nama bayi perempuan itu ialah Salamiah Hasanah manakala ibunya, Sri Susanti dan bapanya, Khairulanam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Abdul Rashid yang juga ahli jawatankuasa masjid itu berkata, selain itu, nota tersebut juga bertulis, 'tidak dapat diuruskan, tidak mampu hantar ke kedutaan, akan tunggu di Jakarta.
Katanya, dia kemudian telah melaporkan penemuan bayi itu di Balai Polis Parit Jawa.
Tambah Abdul Rashid, para jemaah tidak menyedari individu yang meninggalkan bayi malang itu melainkan terdengar bunyi motosikal masuk ke pekarangan masjid semasa mereka solat subuh.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil untuk membantu siasatan.utusanmalaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan