Sabtu, 14 April 2012

‘Begitu jelas isteri derhaka’

KUALA LUMPUR: “Isteri yang meninggalkan suami dan anak-anak jelas isteri derhaka,” kata Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Sulaiman Selamat.
Beliau berkata, perkahwinan titik permulaan bagi setiap pasangan memulakan perjalanan hidup bersama, tetapi dalam kes itu si isteri derhaka kerana meninggalkan suami dan anak tanpa pembelaan sewajarnya.

“Amat sedih bila melihat suami berkorban, tetapi bila dia sudah sakit dibalas sedemikian,” katanya.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro kelmarin mengenai seorang suami dan dua anaknya hidup melarat di sebuah pondok di Pasir Gudang, Johor.

Manakala isterinya berusia 30-an membiarkan suaminya, 50-an yang uzur akibat angin ahmar dan mengalami jangkitan kuman pada kaki kiri kerana diabetes. Isterinya hanya datang sebulan sekali untuk mendapatkan wang RM300 yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kembali ke tempat kerjanya di Ulu Tiram.

Berikutan itu, tugas menjaga termasuk membersihkan nanah di kaki lelaki yang pernah bekerja sebagai pemandu bas itu diserahkan kepada dua anaknya berusia sembilan dan 13 tahun.


Sulaiman berkata, perlakuan itu diperhatikan anak mereka yang sedang membesar, sekali gus mendatangkan kesan psikologi kepada mereka.

“Keadaan ini memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan personaliti dan kognitif terutama jika dibiarkan dalam tempoh lama,” katanya.hmetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan