Khamis, 19 April 2012

Padah guna kad kredit orang lain

UKIT BERUANG - Tindakan seorang pekerja butik kecantikan menggunakan kad kredit milik orang lain untuk membeli pelbagai barangan mewah akhirnya mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.


Wanita berusia 20-an itu menggunakan kad kredit terbabit sebanyak sembilan kali untuk membeli pelbagai barangan, antaranya dompet dan dua utas jam tangan mewah mencecah RM3,000.
Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit terbongkar apabila pihak bank yang mengeluarkan kad kredit berkenaan mengesyaki sesuatu dan terus menghubungi pemiliknya, seorang kakitangan kerajaan berusia 33 tahun.
Difahamkan, pemilik kad kredit terbabit telah memaklumkan kad berkenaan hilang, tiga hari lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, wanita terbabit dipercayai telah menggunakan kad kredit berkenaan berulang kali.
Katanya, kali terakhir wanita terbabit dikesan menggunakannya di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Banda Hilir.
Menurutnya, hasil laporan yang dibuat pemilik kad terbabit, polis terus membuat intipan terhadap pergerakan wanita berkenaan sehingga membawa kepada penangkapannya.
“Kita berjaya menangkap wanita terbabit di rumahnya di Tengkera, kelmarin,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Negeri di sini semalam.
Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan polis di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.sinarharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan