Selasa, 3 April 2012

Lagi pembunuhan ala mafia di Kelantan,apa nak jadi??

RANTAU PANJANG 3 April – Seorang pemuda maut manakala rakannya cedera di tangan selepas ditembak dua lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Rantau Panjang di sini kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.




Ketika kejadian mangsa, Mohamad Nazuri Mohd. Zain, 24, dan rakannya, Muhammad Sazuazi Saufi, 27, menaiki kereta jenis Proton Wira menuju ke arah pekan ini dan sebaik tiba di tempat kejadian, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal memotong di sebelah kiri dan melepaskan beberapa das tembakan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa meninggal dunia akibat terkena dua das tembakan di rahang dan dada kiri.
"Berdasarkan maklumat awal, suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dan terkena mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan.
"Rakan mangsa kemudian memandu kereta tersebut dan berhenti di hadapan gerai menjual mi milik ibu mangsa. Selepas itu orang ramai telah menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan