Jumaat, 6 April 2012

Mayat bayi ditemui di warung

ALOR SETAR - Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan cukup sifat ditemui di sebuah warung di Kampung Sungai Mati, Langgar dekat sini semalam.
Pemilik warung itu, Rusdi Abd. Aiziz, 45, berkata, dia pada mulanya ternampak satu bungkusan di atas meja di warungnya yang ditutup kerana dia cuti berniaga, kira-kira pukul 6 petang.
Dia juga terhidu benda busuk dari bungkusan itu sebelum dia memberitahu perkara tersebut kepada jirannya.
"Jiran saya membuka bungkusan tersebut dengan menggunakan ranting kayu dan ternampak kaki bayi sebelum mengesahkan ia merupakan mayat bayi,” katanya.
Rusdi kemudian membuat laporan di Balai Polis Langgar yang kemudiannya menghantar mayat bayi itu ke Hospital Sultanah Bahiyah. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan