Ahad, 12 Ogos 2012

Warga Myanmar Mati Dikelar Rakan Akibat Hutang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati dengan kesan kelaran di leher dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini malam Sabtu.
sekadar hiasan


Mangsa yang dikenali sebagai Pa Ram Nana, 27, dipercayai dikelar setelah bergaduh dengan seorang rakannya akibat hutang di sebuah kafe siber lain yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat mayat mangsa dijumpai.
Dalam kejadian 8.15 malam itu, berdasarkan kepada kesan darah di jalanraya, mangsa yang berlumuran darah berlari ke kafe siber, tempat mayatnya ditemui, sebelum rebah dan meninggal dunia di situ.
Mayat mangsa dijumpai lengkap berpakaian serta didapati mangsa adalah pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan disyaki dikehendaki polis berhubung kes dadah.
Tiada sebarang senjata dijumpai dan polis sedang memburu rakan mangsa bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan