Rabu, 29 Ogos 2012

Bayi didera hingga mati...fuh nyawa tidak bernilai.


sekadar hiasan

IPOH: Ibu kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang mati pada pertengahan bulan ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bersama seorang pekerja kedai keranda, atas tuduhan membunuh kanak-kanak itu.
T Parimala, 33, dari Kampung Tawas di sini yang mengandung lapan bulan dan S. Kupertasan, 27, dari Lunas, Kedah, didakwa dengan niat bersama membunuh J. Pavitra.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8 malam, 7 Ogos lalu hingga 5.20 petang 14 Ogos di sebuah rumah di No. 152, Lorong Tawas 9, Kampung Tawas di sini.

Mereka yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Shamshol Azwa Martadza.

Mahkamah menetapkan 1 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman yang serius, dipercayai akibat didera ibu dan teman lelakinya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan