Ahad, 5 Ogos 2012

Polis lanjut reman suami Eksekutif TV9

 KUALA LUMPUR 5 Ogos - Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari ke atas suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membolehkan siasatan lengkap dijalankan berhubung kematian wanita itu 28 Julai lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, tempoh reman lelaki itu yang berakhir semalam telah dilanjutkan sehingga 9 Ogos ini.
Dalam kejadian 28 Julai lalu, Syaleza dikatakan ditemui mati dalam keadaan tergantung oleh suaminya dalam sebuah bilik di apartmen mereka kira-kira pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan lelaki itu ketika dipanggil untuk berbuka puasa.
Lelaki itu ditahan di Segamat, Johor pada malam keesokan harinya selepas upacara pengebumian Syaleza, bagi membantu siasatan.utusanmalaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan