Ahad, 5 Ogos 2012

Pengaruh syiah semakin menular

Penulis pelik dengan mereka yang menganut fahaman syiah, dari pengalaman penulis sendiri yang bergaul dengan puak syiah ( mereka berpura-pura berfahaman ahli sunnah) tetapi penulis sudah tahu mereka ini menganut ajaran syiah dengan bukti perbuatan mereka terutama sekali sewaktu mengambil air sembahyang,jamak sembahyang, dan pelbagai kelakuan syiah yang mereka lakukan.Penulis pelik  terutama sekali ustaz -ustaz syiah, mereka bukanya menasihati orang ramai untuk datang ke surau atau masjid tetapi mereka seolah -olah melarang mereka ke surau atau masjid.

Kenapa penulis berkata begitu ini kerana mengikut seorang ustaz berfahaman syiah dia menyatakan sembahyang tarawih ini tidak ada nas qatie yang nabi lakukan, dan sembahyang ini di ada-adakan oleh Khalifah Umar r.a yang mereka memang tidak setuju dengan Khalifah Umar r.a kerana di katakan Saidina Umar telah merampas tahta yang sepatutnya diberikan kepada Saidina Ali.Tarawih sebenarnya sembahyang malam, nabi pun lakukan sembahyang malam ini mengikut fahaman ahli sunnah, yang diambil dari hadis sahabat dan juga isteri baginda Siti Aisyah. Ini baru satu isu yang sengaja diutarakan oleh mereka untuk mengelirukan masyarakat ahli sunnah di Malaysia. Semua isu yang diutarakan sebenarnya ahli sunnah mempunyai jawapan.
Bila ustaz syiah mengeluarkan kenyataan seperti ini menyebabkan orang awam yang tidak mempunyai ilmu agama akan terpengaruh dan banyak kekeliruan akan berlaku dalam masyarakat dan akan timbul ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat dan akhir sekali akan timbul persengketaan.

Bagi pendapat penulis lebih baik puak syiah mencari persamaan dengan ahli sunnah, oleh itu lebih baik bersatu dari berpecah belah melemahkan orang islam. Sebab, apa yang diutarakan oleh puak syiah semuanya boleh dijawab oleh ahli sunnah antaranya kawin mutaah, lafaz amin dalam alfatihah sewaktu solat, dan lain2.

Diharap semua orang islam yang berfahaman ahli sunnah waljamaah berhati-hati dengan gerakan penyebaran ajaran syiah yang telah di fatwakan sesat oleh kerajaan Selangor pada 1996 dan Malaysia kalau tidak silap pada 2012. Mereka sangat licik dan biasanya mereka menumpukan penyebaran ajaran mereka di taman perumahan yang terpencil dan jauh dari kawasan yang sibuk seperti di tempat dimana penulis tinggal mereka sudah mempengaruhi lebih kurang 5 orang ketua keluarga ( golongan bapak ) bersama isteri masing2. Dimana kesemua mereka ini orang kuat surau dan golongan yang suka berjemaah disurau, semenjak menganut ajaran syiah mereka sudah jarang kesurau malah tarawih pun mereka tidah pernah lakukan,jika ada yang lakukan hanya untuk mengambil hati jemaah lain.

Penulis merasakan ini adalah satu lagi masalah kepada orang-orang islam di Malaysia yang sepatutnya berfikir lebih jauh tentang kelemahan umat islam diera ini bukan bergaduh mengenai mazhab mana yang betul atau salah ( gologan syiah selalu merendah2kan dan menyalahkan mazhab ahli sunnah tetapi gologan ahli sunnah tidak pernah pertikaikan mereka, jika diasak dengan soalan baru golongan ahli sunnah akan menjawab dan pertikaikan mereka). Ini membuktikan golongan ahli sunnah lebih berhati-hati dalam mengeluarkan hukum dan tidak menuduh melulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan