Ahad, 5 Ogos 2012

ala mafia lagi...Bouncer ditembak mati oleh pembunuh upahan


PERIKSA... anggota polis forensik melakukan pemeriksaan pada mayat yang  mati ditembak.
PERIKSA... anggota polis forensik melakukan pemeriksaan pada mayat yang mati ditembak.


SERI KEMBANGAN: Tiga rakan yang asyik minum arak di tepi jalan di Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, di sini, dikejutkan dengan tiga das tembakan yang mengorbankan seorang daripada mereka dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam, Kesavan Subramaniam, 27, yang melepak di bahu jalan itu bersama dua rakannya dihampiri dua lelaki bermotosikal sebelum pemboncengnya melepaskan tiga tembakan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, mangsa yang tidak bekerja dan berasal dari bandar ini mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Siasatan forensik di tempat kejadian mendapati mangsa ditembak di kepala dan tubuh dari jarak dekat. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.
“Pembonceng terbabit turun dari motosikal sebelum menembak dan hanya menyasarkan mangsa berikutan dua lagi rakannya tidak diapa-apakan,” katanya.
Katanya, rakan mangsa mendakwa gagal mengecam wajah dua lelaki terbabit berikutan mereka memakai topi keledar bertutup penuh.

“Namun, kedua-dua suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an dan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.metro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan