Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Ahad, 19 Ogos 2012
Mangsa simbahan asid cekal sambut Aidilfitri
KUALA LUMPUR - Tiada yang lebih menggembirakan hati umat Islam pada Hari Raya Aidilfitri selain memakai baju baru dan berkunjung ke rumah sanak saudara.
Namun kegembiraan seperti itu bagaikan sudah berlalu bagi mangsa simbahan asid, Mohd. Raffie Abdul Latiff, 29.
Dia terpaksa menerima hakikat kesempurnaan fizikal yang dimilikinya dahulu telah diragut sekelip mata selepas wajahnya melecur teruk akibat disimbah asid dalam satu kejadian pada 8 Ogos tahun lalu.
Menurutnya, biarpun sudah genap setahun kejadian malang itu, kedatangan Syawa dirasakan hambar kerana dia masih trauma dengan peristiwa hitam itu.
"Tiada istilah hari raya bagi saya. Sambutan Aidilfitri saya tidak seceria seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Begitupun, saya bersyukur kerana masih hidup dan berpeluang berhari raya bersama keluarga. Tahun lalu saya cuma beraya di katil hospital," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya di sini baru-baru ini.kosmo.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan