Rabu, 8 Ogos 2012

Tipu: pengurut kaki dipenjara setahun dan denda RM300,000

SHAH ALAM 8 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM300,000 atau penjara lima tahun ke atas seorang pengurut kaki setelah didapati bersalah menipu seorang peniaga RM392,000.
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Yap Ah Bian, 63, setelah pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.
Ah Bian didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya Lim Lea Moi, 46, supaya menyertai pelaburan restoran yang menawarkan pulangan lumayan sehingga mendorong peniaga itu menyerahkan kepada beliau wang itu di hadapan Standard Chartered Bank, Meru Klang di antara 29 Mei 2009 dan 27 Jan 2010. utusanmalaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan