rumah orang tua
Tiga daripada 60 pelajar sekolah agama yang dipilih dari seluruh negara bertanya khabar penghuni Rumah Sejahtera Taman Bahagia dikenali sebagai Jarah ketika membuat lawatan.
 
 
MARANG - Ditakdirkan hidup tanpa kasih sayang anak bukan perkara mudah diterima oleh mana-mana insan apatah lagi pada saat usia semakin lanjut.

Sesekali, hati dibaluti perasaan sayu apabila melihat rakan sebaya begitu gembira mempunyai anak yang dapat memberikan perhatian dan kasih sayang serta dapat berteduh di bawah satu bumbung bersama zuriat dikasihi.

“Pak cik rindukan pelukan anak walaupun hanya mempunyai seorang anak, namun pak cik kecewa kerana dia tidak mahu berhenti menagih dadah lalu pak cik mengambil keputusan tinggal di sini,” kata Mohamad, penghuni Rumah Sejahtera Taman Bahagia, di sini.

Warga emas itu berkata demikian ketika menerima lawatan sekumpulan 60 pelajar sekolah agama terpilih seluruh negara menyertai Program Nadwah Kepimpinan Islam di Terengganu.

Mohamad yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia mula menghuni Rumah Sejahtera Taman Bahagia itu sejak Ogos tahun lalu selepas tidak tahan dengan sikap anaknya seorang penagih tegar dan enggan berhenti menagih dadah.
Menurutnya, dia juga kesal terpaksa menyerahkan harta untuk memenuhi kehendak nak yang juga sudah berkeluarga serta mempunyai anak.
“Kerana tidak tahan dan kecewa dengan perangai (anak), pak cik mengambil keputusan mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghuni rumah orang tua ini dengan rela hati,” katanya.sinarharian.