Jumaat, 5 Oktober 2012

Kematian dalam diam meningkat..kematian mengejut

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Semakin ramai rakyat negara ini terdedah dengan kematian dalam diam akibat peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan darah tinggi.

sakit jantung


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit diabetes meningkat kepada 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006.
‘‘Masalah hipertensi dalam kalangan dewasa berusia lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus kepada 32.7 peratus pada tahun sama.
sekadar hiasan

‘‘Turut menunjukkan peningkatan ialah faktor merokok yang meningkat kepada 24.7 peratus pada 2011 berbanding 21.5 peratus pada 2006,’’ katanya pada majlis bersama pelanggan Hospital Ampang, di sini hari ini.
Katanya, peningkatan itu ada kaitan dengan gaya hidup masyarakat seperti tidak lagi melakukan aktiviti senaman.utusanmalaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan