Isnin, 29 Oktober 2012

Ala mafia lagi....Amuk majlis kesyukuran

AYER KEROH - Empat termasuk seorang wanita sarat mengandung cedera ditetak selepas sebuah rumah di Taman Bachang Baru, dekat sini, diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, awal pagi semalam.

Amuk majlis kesyukuran
Salehhudin memeriksa Proton Tiara yang pecah keseluruhan cermin angkara sekumpulan lelaki, semalam.
Amuk majlis kesyukuran
Pasu bunga dipercayai turut digunakan untuk memecahkan cermin Proton Tiara milik seorang lelaki.


 Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, wanita berusia 30-an, dua tetamunya dan seorang lelaki yang menyerang mangsa cedera di kepala dan tangan selepas serangan di rumah berkenaan ketika mereka sedang membuat persiapan majlis kesyukuran meraikan wanita mengandung terbabit.

Serangan itu dikatakan berpunca akibat perselisihan faham antara rakan pada jamuan makan malam di sebuah restoran di Malim, dekat sini sehingga mengakibatkan sebuah kereta jenis Proton Putra milik ahli kumpulan itu dipecahkan kira-kira 11.30 malam kelmarin.

Menurut sumber, kumpulan tersebut menyertai jamuan makan malam yang disertai lebih 100 orang sebelum berlaku perselisihan faham di luar restoran berkenaan hingga salah seorang ahli berusia 30-an dipecahkan.

“Walaupun berjaya dileraikan, ahli kumpulan sama yang tidak berpuas hati bertindak pergi ke sebuah rumah di Taman Bachang Baru dan memecahkan cermin sebuah Proton Tiara yang diletakkan di luar rumah dipercayai menggunakan pasu.sinarharian.

“Mereka kemudian pergi ke sebuah lagi rumah berhampiran yang sedang membuat persiapan majlis kesyukuran dan menyerang rumah yang mempunyai tetamu itu menggunakan parang dan senjata lain hingga mengakibatkan empat cedera,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Melaka, di sini untuk rawatan lanjut.

“Akibat serangan itu seorang lelaki cedera ditetak di tangan dan dua lelaki termasuk seorang yang menyerang mangsa cedera di kepala. Bagaimanapun, wanita mengandung berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Susulan kejadian, dua lelaki berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan. Polis akan membuat tangkapan baru dalam tempoh terdekat,” katanya di sini, semalam.

“Bagaimanapun, kita masih mengesan senjata digunakan dalam serangan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan