Khamis, 4 Oktober 2012

Bukti cinta sejati

KUALA PILAH: Dia diperkenalkan kepada calon suami yang lumpuh separuh badan, namun setuju untuk menerima jejaka itu sebagai suami dan kini selepas 39 tahun berlalu, hidup mereka kekal bahagia, malah dikurniakan lima anak.
“Sepanjang tempoh 39 tahun, suami insan paling sempurna di mata dan hati saya serta anak-anak,” kata Raya Dahan, 57, wanita yang tabah menjaga suaminya, Kamarul Baharin Shariff, 67, sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
KASIH ISTERI...Raya membantu Kamarul Baharin mengambil kuih.
KASIH ISTERI...Raya membantu Kamarul Baharin mengambil kuih.



Kamarul Baharin, bekas jurulatih silat gayong Selangor pada 1960-an lumpuh separuh badan selepas cedera di kepala akibat ditetak dengan parang secara tak sengaja oleh rakan ketika melakukan demonstrasi silat pada 1967.

“Insiden itu berlaku ketika suami saya beraksi untuk rakaman persembahan silat gayong untuk siaran televisyen. Tiga bulan dia dirawat di hospital sebelum disahkan doktor lumpuh separuh badan,” kata Raya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perigi Jerneh, Senaling, di sini.harianmetro.


p/s: Tahniah makcik dan pakcik.Semoga hidup bahagia hingga akhir hayat.Pasangan sekarang perlu mengambil contoh dari Pasangan ini sebagai iktibar. Semoga makcik ini akan mendapat balasan yang setimpal diakhirat kelak.amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan