Khamis, 4 Oktober 2012

Dua lelaki didakwa bunuh warga emas

PEKAN — Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang warga emas pertengahan bulan lalu.
R. Kaswan, 26, dan Lam Chan Hong, 35, didakwa membunuh Sh. Othman Sh. Bakar, 72, di Kilometer 16 Jalan Pekan-Nenasi pada pukul 1 tengah hari, 15 September lepas.

keratan akhbar

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Sebelum ini akhbar melaporkan kehilangan SH. Othman selepas dipercayai dibawa dua lelaki dengan kereta dari kedai menjual peralatan pembinaan milik mangsa di Taman Peramu Makmur kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian.
Mangsa dipercayai disamun sebelum dibunuh dan dibuang di kawasan terbabit, kira-kira 100 meter dari jalan utama.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan