Wanita berusia 45 tahun itu ‘bertekak’ selama kira-kira 15 minit dengan beberapa anggota imigresen dan berkeras tidak mahu digari menyebabkan suasana menjadi tegang. Namun dia akhirnya mengalah selepas diberi penjelasan oleh pegawai imigresen terbabit.
sekadar hiasan |
Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, pihaknya memberitahu wanita terbabit bahawa dia perlu digari kerana ia adalah prosedur iaitu jika mereka melakukan kesalahan, mereka perlu digari.
“Wanita itu bersama dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.
Dalam operasi yang dikenali Ops 6P bermula jam 11 malam hingga 3 pagi itu, seramai 14 warga asing termasuk dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia lapan dan sembilan tahun ditahan.
Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Indonesia, Nigeria (empat) dan seorang warga Thailand berusia lapan hingga 46 tahun.
Othman berkata, mereka diberkas atas kesalahan tinggal lebih masa di dalam negara, tidak memiliki dokumen perjalanan dan melanggar syarat pas bekerja.
“Mereka yang ditangkap akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk siasatan lanju,” katanya.harianmetro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan