Jumaat, 12 Oktober 2012

Isteri didakwa bunuh suami

Pegawai polis sedang mengiringi tertuduh

 

KAJANG - Kes pembunuhan seorang tauke kedai tayar dan rakan wanitanya di Cheras bulan lalu memasuki episod baharu apabila isterinya pula dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ahli perniagaan, Yau Chooi Thin, 29, selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Pada 4 Oktober lalu, empat lelaki turut didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh pasangan tersebut. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Ismail Ahmad, 58; S. Dheepak, 27; S. Sandrasagran, 37, dan V. Rajendra Prakash, 33.
Pada prosiding semalam, Chooi Thin didakwa bersama dua yang masih bebas membunuh Leong Kian Sheong, 37, dan rakan wanitanya, Vivien Wong, 20, di sebuah rumah No. 1, Jalan SP 6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9 Cheras antara pukul 6.10 pagi dan 6.45 pagi, 13 September lalu.kosmo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan