Rabu, 15 Februari 2012

Zainul Rijal saman peguam Anwar RM10j

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap seorang lagi peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan firma guamannya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi.
Kamar Ainiah yang dinamakan sebagai defendan pertama merupakan peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam prosiding qazaf yang kini di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah di sini.
Rayuan tersebut akan didengar pada 8 Mac ini.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan J.S. Pillay & Mohd. Haaziq di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Februari lalu.
Kes tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera pada 14 Mac ini.
Menurut pernyataan tuntutan, Zainul Rijal, 43, selaku plaintif mendakwa, defendan pertama dan firmanya yang dinamakan sebagai defendan kedua pada 18 Ogos tahun lalu telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya pada satu sidang akhbar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.utusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan