Isnin, 6 Februari 2012

Masyarakat Islam dunia diseru boikot produk Rusia, China

AMMAN 6 Feb. - Kumpulan Islam Jordan semalam menyeru masyarakat Islam dan negara Arab memboikot produk China dan Rusia selepas kedua-dua negara itu menggunakan kuasa veto menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengutuk krisis di Syria.
Ketua kumpulan Ikhwan Muslimin, Hammam Said berkata, tindakan China dan Rusia itu menunjukkan mereka turut serta membunuh rakyat Syria.
"Semua orang Islam dan negara Arab perlu memboikot produk kedua-dua negara itu sebagai sokongan kepada rakyat Syria yang menuntut kebebasan dan maruah," katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan