Jumaat, 10 Februari 2012

kolumnis surat khabar Arab Saudi yang menghina Nabi Muhammad ditahan polis

PUTRAJAYA 10 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penangkapan kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A.Kashgari, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Hishammuddin berkata, warga Arab itu yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan polis pada pukul 9.40 pagi atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menentukan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan