Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Usman Awang 1979
Jumaat, 10 Februari 2012
PEMUDA ALAMI KETUMBUHAN ANEH 20KG DI BAHU
KUANTAN 10 Feb. - Pemuda yang menderita ketumbuhan seberat 20kg dibahu kirinya tidak akan dibedah, sebaliknya diberikan rawatan paliatif bagi mengurangkan kesakitan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nooraini Baba berkata, pemuda itu, Mohd Zulhafiz Abdul Ghani, 21, yang dimasukkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sejak Jumaat lepas, diberikan ubat tahan sakit yang dosnya di tahap paling tinggi bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.
"Rawatan paliatif ini adalah rawatan terakhir yang diberikan kepada pesakit yang menghidap kanser tahap kritikal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, pelbagai rawatan termasuk kemoterapi telah dibuat sebelum ini semasa pesakit yang menghidap kanser tulang tahap kritikal itu mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum dia dirawat di HTAA.
Anak bongsu daripada lima beradik itu menderita penyakit berkenaan sejak April tahun lepas dan dimasukkan ke HTAA Jumaat lepas kerana mengalami pendarahan pada bahagian ketumbuhan itu.
Sementara itu, Pengerusi Biro Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Majlis Belia Pahang (MBP), Nurasyikin Sulaiman, yang melawat Zulhafiz di HTAA hari ini berkata, MBP akan membantu sepenuhnya akan segala keperluan pesakit berkenaan.
"Pihak kami akan membantu dari segi kebajikan dan keperluan harian pemuda terbabit.
"Kami akan memantau keadaan Zulhafiz dari masa ke semasa mengenai perkembangan kesihatannya selain akan memberi bantuan keperluan untuk dia dan keluarganya yang terpaksa menjaganya setiap hari,” katanya. — BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan